Wednesday, December 3, 2008

SAMBUNGAN TERKINI LAGENDA: PUTERI SALJU EPISOD 10 PADA 2 DISEMBER 2008 YANG BERSIARAN DALAM SLOT LAGENDA DI TV3



Lagenda: Puteri Salju mula bersiaran dalam slot Lagenda TV3 pada 18 November 2008 dan kini telah tiba ke Episode 10 pada 2 Disember 2008

Sinopsis:

Drama 20 episod ini mula bersiaran di TV3 Isnin ini melalui slot Lagenda

Drama baru Puteri Salju yang telah mula menemui penonton di TV3 dalam slot Lagenda pada 17 November 2008, Isnin. Puteri Salju merupakan sebuah drama yang diadaptasi dari hikayat dongeng yang berjudul "Snow White" akan menemui penonton mulai 17 November 2008 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 4.30 petang dan 8.30 malam di TV9.




Video klip OST Lagu Tema Puteri Salju - Memori Tercipta: Shila OIAM

Lirik Lagu Tema Lagenda Puteri Salju: Memori Tercipta

Penyanyi: Shila OIAM

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Puteri Salju yang menghiasi slot Lagenda ini dibintangi oleh pelakon-pelakon:

Puteri Fateen Nasuha Shamsuddin
Fizzow Omar
Sabrina Ali
Sharifah Shahira
Heryanto Hassan
Abby Nadzri
Rosnah Mat Aris
Jehan Miskin
serta penampilan istimewa 7 midget (orang kerdil).

Lagu Tema Puteri Salju: Memori Tercipta - Shila

Sinopsis/Plot Cerita:

Drama yang disiarkan menerusi slot Lagenda di TV3 mulai 17 November ini bermula jam 4.30 petang setiap Selasa hingga Khamis mengisahkan Zarina yang sanggup melakukan apa saja untuk memiliki lelaki idamannya.

Ia sebenarnya diceritakan kembali oleh Puteri Salju selepas melalui pengalaman hidup bersama ibu tirinya iaitu Zarina. Apabila mengetahui Juriah iaitu isteri Mohamad sedang berbadan dua, Zarina cemburu kerana Mohamad adalah pemuda kampung yang sangat diminatinya.

Zarina mula mengatur langkah untuk merosakkan rumah tangga Mohamad lalu dia berjumpa dengan bomoh Kelly Cantik yang bertujuan untuk menggugurkan kandungan Juriah.

Ternyata Juriah terpedaya dengan tipu helah Kelly Cantik yang memberikan racun menyebabkan Juriah bertemu ajal. Namun Juriah sempat menyelamatkan anak yang dikandungnya lalu lahirlah Puteri Salju.

Akhirnya Zarina berjaya berkahwin dengan Mohamad dan menjadi ibu tiri kepada Puteri Salju. Pelbagai dugaan ditempuh Puteri Salju dalam hidupnya bersama ibu tiri sehingga dia diupah Zarina untuk dibunuh. Puteri Salju melarikan diri ke dalam hutan dan diselamatkan oleh tujuh wanita kerdil.

Lagenda: Puteri Salju Episod 10

Sambungan kisah Lagenda:Puteri Salju Episod 10 Part 1

Sambungan kisah Lagenda:Puteri Salju Episod 10 Part 2

Sambungan kisah Lagenda:Puteri Salju Episod 10 Part 3

Sambungan kisah Lagenda:Puteri Salju Episod 10 Part 4


Kisah Lagenda: Puteri Salju episod 10 berakhir di sini dan akan bersambung pada 3 Disember 2008 dalam episod 10. Hingga bertemu lagi dalam kemas kini shinystar yang akan datang dalam episod yang seterusnya.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://www.mesra.net, http://lirikami.blogspot.com, http://www.budiey.com dan semua sumber atas maklumat dan gambar)

1 comments :

Anonymous said...

I recently came accross your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I dont know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often.

Alena

www.sunscreenstips.com

Online Visitors

Thank you for dropping by