Sunday, December 7, 2008

PASANGAN SASHA DAN SALYO TERSINGKIR DALAM DEBARAN SEHATI BERDANSA YANG BARU BERLANGSUNG PADA 7 DISEMBER 2008 DI ASTRO RIA SALURAN 104


Berita terbaru Debaran Sehati Berdansa pada 7 Disember 2008:

Debaran Sehati Berdansa bahagian pertama

Debaran Sehati Berdansa bahagian kedua


Debaran Sehati Berdansa bahagian ketiga

Debaran Sehati Berdansa bahagian keempat - Pasangan Sasha dan Salyo tersingkir pada 7 Disember 2008

Belum hilang ketakutan yang menyelubungi akibat tragedi tanah runtuh di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Sasha dan Salyo terpaksa pula menerima hakikat penyingkiran mereka dalam Debaran Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi.

Ini bermakna, mereka menjadi pasangan ketujuh (7) tersingkir mengikuti jejak pasangan Ashed & Shima, Shahril & Noraini, Jamal & Faridah, Ani & Zairi, Mazin & Anisa, dan Rina & Shahrin. Pasangan Amyza dan Khairil yang berada di tangga terbawah mengikut markah juri pada Malam Sehati Berdansa walaubagaimanapun masih kekal dalam Sehati Berdansa Musim Kedua ini.

Mereka yang mewakili Persekutuan Diabetes Malaysia turut menyampaikan cek berjumlah RM7000 kepada wakil badan amal itu, Dato' Hajah Rahimah Bt Dato' Haji Ahmad.

Berikut adalah kedudukan keseluruhan pasangan selebriti Sehati Berdansa selepas undian ditutup tadi

Lisda - 64.50%
Amyza -61.79%
Khai - 52.88%
Sasha - 48.53%

Kini cuma tinggal 3 pasangan sahaja yang akan meneruskan perjuangan mereka dalam minggu kelapan. Pasangan manakah pula yang akan dihantar pulang dalam Debaran Sehati Berdansa minggu kelapan nanti?


Pasangan Sasha
Kaho Na Pyar Hai (Film : Kaho Na Pyar Hai)

Tiga pasangan mengucapkan selamat tinggal kepada Pasangan Sasha dan Salyo yang telah tersingkir dalam Debaran Sehati Berdansa yang pada 7 Disember 2008 jam 9.00 hingga 9.30 malam di Astro Ria Saluran 104.

Dalam episod Debaran Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi, pasangan Sasha dan Salyo telah meninggalkan pentas Sehati Berdansa musim kedua apabila menjadi pasangan ketujuh yang tersingkir.

Selama enam (7) tujuh minggu dalam Sehati Berdansa menjadi pengalaman terindah buat pasangan Sasha dan Salyo. Namun, hanya tempoh ini sahaja yang ada buat mereka apabila akhirnya terpaksa meninggalkan cabaran Sehati Berdansa musim kedua setelah diumumkan tersingkir pada Debaran Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi pada 7 Disember 2008.

Jalan lupa untuk terus menonton Sehati Berdansa minggu kelapan mulai esok pada 8 Disember 2008 untuk mengetahui apakah tugasan tema tarian tiga pasangan yang masih kekal.


Pasangan Amyza
Sona Sona Roop Hai (Film : Bollywood Hollywood)


Pasangan Khai
Tenu Leke (Film : Salaam E Ishq)


Pasangan Lisda
Dhoom Taana (Film : Om Shanti Om)

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://astro.com.my/sehatiberdansa)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by