Sunday, December 14, 2008

KEPUTUSAN TERKINI DEBARAN SEHATI BERDANSA MINGGU KELAPAN YANG TELAH DISIARKAN DI ASTRO RIA SALURAN 104 PADA 14 DISEMBER 2008 JAM 9.00 - 9.30 MALAM


Berita terbaru keputusan Debaran Sehati Berdansa pada 14 Disember 2008: - Tema minggu kelapan: Tarian Broadway dan Ballroom




Tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu kelapan dalam Debaran Sehati berdansa yang telah disiarkan secara langsung di Astro Ria Saluran 104 pada 14 Disember 2008 jam 9.00 hingga 9.30 malam.

PASANGAN AMYZA Semalam (Sean Ghazi) Bahasa Cinta (Vina PanduWinata)

PASANGAN KHAI Kalis Rindu (Elyana) Kasidah Cinta (Dewa)

PASANGAN LISDA Rahsia Perempuan (Dewa) Gema Rembulan (Amy Mastura)

Berikut adalah kedudukan keseluruhan pasangan selebriti Sehati Berdansa selepas undian ditutup tadi

Amyza -67.78%
Lisda - 62.60%
Khai - 53.03%


Sewaktu keputusan diumumkan oleh pengacara Fahrin dan Linda Onn sebentar tadi, terasa debaran di hati shinystar untuk mengetahui siapakah yang bakal tersingkir. Apabila pasangan Khai dan Rosma diumumkan sebagai pasangan yang terpaksa meninggalkan pentas Sehati Berdansa, sayu terasa di hati shinystar.

Khai diminta untuk mengumumkan berita yang terbaru yang baru diterima dan setelah mengetahui tiada penyinkiran yang berlaku di penghujung Debaran Sehati Berdansa minggu ini, shinystar berasa begitu gembira kerana masih dapat melihat pasangan ini beraksi sekali lagi dengan persembahan tarian mereka minggu depan. Semoga mereka akan terus kekal. Sekiranya boleh, biarlah ketiga-tiga pasangan iaitu pasangan Lisda & Fauzi, pasangan Amyza & Khairil serta pasangan Khai & Rosma sampai ke Final. Tetapi mungkinkah ini akan terjadi?

Terus undi pasangan kesayangan anda supaya mereka akan dapat membuat persembahan dengan tarian yang diberikan kepada mereka pada Malam Kemuncak Sehati Berdansa yang akan disiarkan secara langsung pada 27 Disember 2008. Segalanya di jari kita semua.

Shinystar mengucapkan tahniah kepada tiga pasangan yang masih kekal ke minggu sembilan.

Kedudukan Dansa Terkini:

Pasangan Amyza & Khairil - 48 peratus
Pasangan Lisda & Fauzi - 34 peratus
Pasangan Khai & Rosma - 18 peratus


Video klip Debaran Sehati Berdansa pada 14 Disember 2008 dimana tiada penyingkiran yang berlaku.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria Saluran 104 - http://www.astro.com.my untuk sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by