Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
Kini cuma tinggal lima selebriti bersama pasangan masing-masing akan teruskan perjuangan dan cabaran mereka untuk menari pada hari Sabtu ini, 29 November 2008 setelah pasangan Mazin dan Anisa tersingkir semalam iaitu pada 23 November 2008 .
Detik Sehati Berdansa pada 27 Oktober 2008 - Apakah tugasan 5 pasangan Sehati Berdansa pada minggu ini?
Di bawah yang berikut adalah tugasan baru bagi lima pasangan yang masih kekal dalam Sehati Berdansa
Dalam Detik Sehati Berdansa hari pertama minggu keenam yang disiarkan di Astro Ria Saluran 104 semalam iaitu pada 24 November 2008, cabaran untuk minggu keenam telah diketahui.
Minggu penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri Dr P.Ramlee. Lagu-lagu pilihan minggu ini, merupakan dendangan Allahyarham Tan Sri Dr P.Ramlee, dan juga berunsur komedi. Pasangan Selebriti Dikehendaki berlakon dalam tarian atau, menyelitkan unsur lakonan dalam tarian mereka.
Tema minggu ini adalah DRAMA TARI, tetapi mereka bukan sekadar harus berlakon, tetapi mereka harus berlakon dalam tarian. Dapatkah mereka membuat persembahan mereka dengan baik dalam Malam Sehati Berdansa minggu ini? Mereka telah menari dengan begitu baik pada 15 November 2008 dalam Malam Sehati Berdansa. Bagaimana pula minggu ini?
Berikut adalah lagu tugasan yang mengiringi persembahan mereka minggu ini:
Pasangan Amyza Kwek Mambo
Pasangan Khai Yang Mana Satu Idaman Kalbu
Pasangan Lisda Apek & Marjinah
Pasangan Rina Aci Aci Buka Pintu
Pasangan Sasha Bila Mama Pakai Celana
Untuk mengetahui samada mereka mampu menggalas cabaran ini, jangan lupa untuk terus Detik Sehati Berdansa setiap hari Isnin hingga Khamis, 6.00 petang dan 9.00 malam hanya di Astro Ria Saluran 104.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria, http://www.astro.com.my dan semua sumber atas maklumat dan gambar)
0 comments :
Post a Comment