Monday, November 17, 2008

PUTERI SALJU DALAM SLOT LAGENDA TV3 MENGGANTIKAN CINTA BATU BELAH MULAI 17 NOVEMBER 2008 JAM 4.30 PETANG - EPISOD 1


Lagenda: Puteri Salju mula bersiaran dalam slot Lagenda TV3 pada 17 November 2008 dalam Episode 1

Sinopsis:

Drama 20 episod ini mula bersiaran di TV3 Isnin ini melalui slot Lagenda

Drama baru Puteri Salju yang telah mula menemui penonton di TV3 dalam slot Lagenda pada 17 November 2008, Isnin. Puteri Salju merupakan sebuah drama yang diadaptasi dari hikayat dongeng yang berjudul "Snow White" akan menemui penonton mulai 17 November 2008 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 4.30 petang dan 8.30 malam di TV9.

Puteri Salju yang menghiasi slot Lagenda ini dibintangi oleh pelakon-pelakon:
Puteri Fateen Nasuha Shamsuddin
Fizzow Omar
Sabrina Ali
Sharifah Shahira
Heryanto Hassan
Abby Nadzri
Rosnah Mat Aris
Jehan Miskin
serta penampilan istimewa 7 midget (orang kerdil).

Lagu Tema Puteri Salju: Memori Tercipta - Shila

Sinopsis/Plot Cerita:

Drama yang disiarkan menerusi slot Lagenda di TV3 mulai 17 November ini bermula jam 4.30 petang setiap Selasa hingga Khamis mengisahkan Zarina yang sanggup melakukan apa saja untuk memiliki lelaki idamannya.

Ia sebenarnya diceritakan kembali oleh Puteri Salju selepas melalui pengalaman hidup bersama ibu tirinya iaitu Zarina. Apabila mengetahui Juriah iaitu isteri Mohamad sedang berbadan dua, Zarina cemburu kerana Mohamad adalah pemuda kampung yang sangat diminatinya.

Zarina mula mengatur langkah untuk merosakkan rumah tangga Mohamad lalu dia berjumpa dengan bomoh Kelly Cantik yang bertujuan untuk menggugurkan kandungan Juriah.

Ternyata Juriah terpedaya dengan tipu helah Kelly Cantik yang memberikan racun menyebabkan Juriah bertemu ajal. Namun Juriah sempat menyelamatkan anak yang dikandungnya lalu lahirlah Puteri Salju.

Akhirnya Zarina berjaya berkahwin dengan Mohamad dan menjadi ibu tiri kepada Puteri Salju. Pelbagai dugaan ditempuh Puteri Salju dalam hidupnya bersama ibu tiri sehingga dia diupah Zarina untuk dibunuh. Puteri Salju melarikan diri ke dalam hutan dan diselamatkan oleh tujuh wanita kerdil.

Kisah drama Puteri Salju dalam slot Lagenda TV3 pada 17 November 2008, 4.30 petang bermula dengan:

Lagenda: Puteri Salju Episod 1

Puteri Salju Episode 1 Bahagian Pertama

Puteri Salju Episod 1 Bahagian ke-2

Puteri Salju Episod 1 Bahagian ke-3

Puteri Salju Episod 1 Bahagian ke-4

Puteri Salju Episod 1 Bahagian ke-5

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://www.mesra.net, http://lirikami.blogspot.com, http://www.budiey.com dan semua sumber atas maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by