Wednesday, November 5, 2008

AWAN DANIA DRAMA BERSIRI 13 EPISOD MULA MENEMUI PENONTON BERSIARAN DI ASTRO RIA MULAI 20 OKTOBER 2008 SETIAP HARI ISNIN JAM 6.00 PM


Awan Dania sebuah drama baru yang mengandungi 13 episod kesemuanya dalam slot DramaRia yang mula bersiaran di Astro Ria Saluran 104 pada setiap hari Isnin jam 6.00 petang dan siaran ulangan pada jam 9.00 malam menemui penonton bermula dari 20 Oktober 2008

Dibintangi oleh pelakon:

Scha al-Yahya
Nasha Aziz
Irma Hasmie
Remi Ishak
Zizan Nin
Hans Isaac


Sinopsis Awan Dania:

Awan Dania adalah sebuah kisah tentang perjalanan hidup seorang gadis yang bernama Dania (Scha al-Yahya) yang ingin menjadi seorang pramugari, sesuatu yang tidak pernah masuk akal bagi seorang gadis lasak sepertinya.

Dania ialah seorang gadis lasak dan cekal yang membantu bapa dan abangnya bekerja mengendalikan bagasi-bagasi.

Dia sering memikirkan tentang masa hadapannya dan cemburu apabila melihat orang-orang di sekelilingnya terus berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Perkara ini berlarutan sehinggalah dia terdetik untuk menjadi seorang pramugari dan menjadi bahan ketawa oleh abang-abangnya. Mereka tidak pernah memberi semangat malah memperkecilkan keinginan Dania yang ingin bekerja di langit biru.

Nasib ternyata menyebelahi Dania apabila dia terpilih dan dikehendaki untuk mendaftarkan diri di akademi latihan. Kisahnya bersambung...


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria, http://www.ohbulan.com, http://www1.mstar.com.my dan semua sumber untuk maklumat dan gambar drama Awan Dania)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by