Saturday, November 1, 2008

BERITA TERKINI 9 PASANGAN YANG TELAH BERAKSI DI MALAM SEHATI BERDANSA YANG BERSIARKAN DI ASTRO RIA SALURAN 104 JAM 9.00 MALAM PADA 1 NOVEMBER 2008


Malam Sehati Berdansa Minggu Kedua yang disiarkan pada 1 November 2008 jam 9.00 malam di Astro Ria Saluran 104:

Tema: Tarian Melayu Kontemporari menjadi tema untuk cabaran minggu kedua.

Dalam Malam Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria melalui Saluran 104 pada 1 November bermula jam 9.00 hingga 10.30 malam tadi, kata-kata yang begitu baik yang telah diberikan oleh 3 juri profesional iaitu Noraniza Idris, Hamzah Tahir dan Linda Jasmine terhadap mutu persembahan pasangan Sehati Berdansa dalam minggu kedua.

Apa kata 3 juri profesional tersebut:

PASANGAN ANI
Zapin Beradat


Satu gabungan Zapin yang baik ada Tenglu dan Sribunian, kata NORANIZA IDRIS. 74 MARKAH
Menurut HAMZAH pula, penggunaan 'floor work', ruang yang sangat bagus. Cuma Zairi banyak tunduk dan perlu jaga stamina. 76 MARKAH
LINDA JASMINE kata dari permbukaan dah terasa 'energy' anda. Tetapi adakalanya Ani & Zairi nampak hilang fokus. 75 MARKAH

PASANGAN AMYZA
Layar Batuta


NORANIZA IDRIS kata, persembahan liuk lentuk anda penuh dengan penceritaan dan nampak seperti penari. 92 MARKAH
Bagi HAMZAH pula, motivasi yang ada pada anda berdua, menyebabkan persembahan amat bagus. Postur dan lentik seperti penari profesional. Dan pujian harus diberikan pada Amyza & Khairil untuk 'stunt' yang terakhir. 80 MARKAH
LINDA JASMINE kata koreografi yang sangat cantik. 90 MARKAH

PASANGAN JAMAL
Hatinya Tak Tahan


NORANIZA IDRIS kata, beliau sangat terpegun dengan Jamal dan Ida kerana bukan senang untuk menarikan tarian Jawa. Cuma pergerakan dari segi keserasian perlu dilebihkan lagi. 78 MARKAH
HAMZAH kagum melihat karakter yang dibawa. Berjaya mengawal pergerakan dan kawalan badan. 82 MARKAH
LINDA JASMINE kata persembahan yang kemas dan menghiburkan.75 MARKAH

PASANGAN KHAI
Ayuh Juragan


NORANIZA IDRIS kata pakaian begitu menarik. Elemen orang asli yang tepat. Cuma pergerakkan perlu dilembutkan lagi. 80 MARKAH
HAMZAH sangat gembira dengan ekspresi dan pergerakan Rosma, tarian mempunyai unsur sewang dan juga penggunaan 'Floor Work' yang sangat bagus. 85 MARKAH
Kata LINDA JASMINE, tahniah kepada koreografer kerana kreatif dan membuat koreografi yang cantik. 85 MARKAH

PASANGAN LISDA
Hati Kama


Menurut NORANIZA IDRIS, ada dua elemen kejutan untuk lagu berkonsepkan Inang Masri ini... Satu, endang dalam tarian dan kain rentang untuk akhir persembahan. Yang pasti pasangan ini saling membantu dalam tarian. 84 MARKAH
HAMZAH pula kata, Pasangan ini sentiasa memberi kejutan kepada saya. Dan kekuatan LISDA & FAUZI melaksanakan Tarian Melayu Kontemporari adalah koordinasi gerak tangan yang begitu tepat. 78 MARKAH
Tahniah kepada koreografer kerana idea yang bagus cuma LINDA JASMINE rasa minggu kedua ini LISDA & FAUZI kurang bertenaga. 80 MARKAH

PASANGAN MAZIN
Joget Mengidam Rindu


Menurut NORANIZA IDRIS, ada unsur penceritaan dalam tarian. Mazin & Anisa ada gaya penari tradisional dan ada kesopanan serta tertib dalam persembahan. 85 MARKAH
Hamzah kata, saya rasa anda faham apa yang anda buat. Kerana dalam Joget ada usik mengusik dan kejar mengejar. 82 MARKAH
LINDA JASMINE kata lakonan dan penggunaan props amat bagus. 80 MARKAH

PASANGAN RINA
Ngajat Tampi


Menurut NORANIZA IDRIS, Shahrin berjaya menampakkan kepahlawanan. Dan NORANIZA IDRIS sangat suka dengan elemen kejutan yang dibuat iaitu menyumpit. 78 MARKAH
HAMZAH pula kata, masih sebuah persembahan berani dan penuh keyakinan. Cuma Rina jangan tunduk kebawah ketika menari. 78 MARKAH
Bagi LINDA JASMINE pula, penggunaan props yang bagus serta kostum yang cantik. 75 MARKAH

PASANGAN SASHA
Hala Timur


NORANIZA IDRIS kata satu gabungan yang menarik, berdikir sambil menari. 80 MARKAH
HAMZAH suka dengan komunikasi ketika menari. 80 MARKAH
LINDA JASMINE pula rasa Tarian agak 'simple' dan perlu lembutkan lagi pergerakan di bahagian tertentu. 80 MARKAH

PASANGAN SHAH
Racau Sang Khalifah


NORANIZA IDRIS kata pergerakan awal tiada 'eye contact' tapi diakhir baru ada keserasian. Muka terlalu masam ketika menari. 75 MARKAH
Menurut HAMZAH pula, aras persembahan meningkat. Shah begitu yakin sekali dan nampak dari segi fizikal dan psikologikal. 73 MARKAH
LINDA JASMINE kata nampak 'improvement' yang sangat besar. Bagus kerana mengambil komen sebagai cabaran. 70 MARKAH

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my)


Berikut adalah Tarian Melayu Kontemporari yang mengiringi persembahan mereka pada Malam Sehati Berdansa pada jam 9.00 malam, 1 November 2008, Sabtu:

Malam Sehati Berdansa minggu kedua:

Malam Sehati Berdansa P1 pada 1 November 2008 jam 9.00 malam

Malam Sehati Berdansa P2 pada 1 November 2008 pada jam 9.00 malam

Malam Sehati Berdansa bersama Khai dan Rosma

Malam Sehati Berdansa bersama Jamal dan Ida

Malam Sehati Berdansa bersama Rina & Shahrin

Malam Sehati Berdansa bersama Shah & Noraini

Malam Sehati Berdansa bersama Amyza & Khairil

Malam Sehati Berdansa bersama Mazin & Aniza

Malam Sehati Berdansa bersama Lisda & Fauzi

Malam Sehati Berdansa bersama Ani & Zairi

Malam Sehati Berdansa bersama Sasha & Salyo

Malam Sehati Berdansa - Sedutan tarian 9 pasangan dan lagu tema Sehati Berdansa


Terus undi pasangan kegemaran anda supaya mereka akan terus kekal ke minggu berikut.


Pasangan Ani
Zapin Beradat


Pasangan Amyza
Layar Batuta


Pasangan Jamal
Hatinya Tak Tahan


Pasangan Khai
Ayuh Juragan


Pasangan Lisda
Hati Kama


Pasangan Mazin
Joget Mengidam Rindu


Pasangan Rina
Ngajat Tampi


Pasangan Sasha
Hala Timur


Pasangan Shah
Racau Sang Khalifah


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria, http://www.astro.com.my dan semua sumber atas maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by