Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-64 YANG DISIARKAN PADA 17 SEPTEMBER 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3
Tema Anakku Bukan Anakku
Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan
Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang
Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Menampilkan: Benny Ruswandi
Marcelino Lefrandt
Dinda Kenyadewi sebagai Noni
Kisah selanjut sinetron Anakku Bukan Anakku sudah tiba episod 64 di mana dalam episod yang lalu banyak peristiwa telah berlaku dan kisah ini akan berakhir tidak lama lagi iaitu pada hari Khamis, 18 September 2008:
Penghujung episod 63 Anakku Bukan Anakku: Adel memanggil Nico, pak cik dan Vivian, mak cik buat pertama kali dengan berlinangan air mata. Dia berkata dia harus memanggil mereka pak cik dan mak cik kerana dia bukan anak kandung mereka. Tatia barulah anak kandung mereka. Bisikan syaitan menghasut Bayu untuk membunuh Tatia. Adakah Bayu akan meneruskan rancangannya untuk membunuh Tatia?
Episod 64:
Anakku Bukan Anakku Episod 64 - 1
Bayu: Tatia matilah awak. Tatia, saya akan bunuh awak. Rona: Bagus bang Bayu: Vivian dan Nico kamu jangan lari. Rafli: Lari semua.
Selepas itu Bayu melepaskan beberaoa tembakan ke arah mereka.
Bayu: Jangan cuba lari. Vivian: Bayu, awak dah gila! Bayu: Ya. Saya dah gila. Rona: Mari sini bang. Bunuh mereka. Bayu: Saya dah gila. Jangan cuba lari. Mereka tak mungkin lari kerana Tatia di tangan saya. Adel: Ayah, hentikan semuanya (Adel ditampar oleh Bayu selepas Adel meminta Bayu memberhentikan semuanya) Tatia: Adel! (Apabila Tatia cuba mendekati Adel, Bayu menarik Tatia ke arahnya lalu memegangnya dengan ketat) Bayu: Nak pergi mana anakku sayang? Nak lari ke mana? (Bayu bertanya dengan meninggikan suaranya)
Bayu: Rona, kamu kena kerja keras hari ini. Rona: Kerja keras, bang? Bayu: Ya. Ambil tali dan ikat mereka semua. Rona: Ya, bang. Rona: Ini, bang. Bayu: Ikat mereka semua. Rona: Ya, bang. Rona: Tangan! (Rona meminta mereka semua menghulurkan kedua belah tangan mereka supaya dia dapat mengikat mereka dengan tali)
Bayu terus menerjun ke dalam kolam renang untuk mengambil pistolnya dan melepaskan beberapa tembakan ke arah semua orang apabila mereka cuba lari dari situ. Adel ingin menghalang Bayu tetapi Bayu menamparnya. Sebaliknya dia menangkap Tatia dan Tatia berada di tangannya. Semua orang dipaksa masuk ke rumah dan Rona menggunakan tali untuk mengikat mereka sementara Bayu masih memegang Tatia dengan kuat.
Di rumah: tempat penyembunyian Gimbo dan konco-konconya:
Gimbo: Perlahan-lahan Konco perempuan Gimbo: Jadi, apa yang kita nak buat sekarang, bos? Konco lelaki Gimbo: Ya, bos. Sekarang Noni juga dah pergi. Gimbo: Diam! Saya masih hidup. Selagi saya masih hidup, masih ada harapan untuk mendapatkan wang.
Anakku Bukan Anakku Episod 64 - 2
Anakku Bukan Anakku Episod 64 - 3
Luci tiba di rumah tempat penyembunyian Gimbo dan konco-konconya. Gimbo menipu Luci bahawa Rafli masih berada dalam bilik kurungan. Bayu menelefon Luci.
Apabila Gimbo menanyakan kepada Luci siapakah pemanggil tersebut, Luci memberitahunya bahawa pemanggil itu adalah Bayu, sahabatnya dan dia licik seperti Gimbo juga.
Luci berkata kepada Bayu bahawa dia mempunyai berita yang gembira untuk diberitahukan kepada Bayu iaitu Tatia akan segera mati. Bayu ketawa mendengar apa yang telah didengarnya kerana ternyata Tatia dan Rafli ada bersamanya.
Luci tidak percaya mereka berada di tangan Bayu. Setelah Luci mendengar suara Tatia barulah dia tahu bahawa dia telah ditipu oleh Gimbo. Luci memberi beg duit tersebut kepada Gimbo dan ingin melarikan diri daripada Gimbo sebelum terlambat.
Anakku Bukan Anakku Episod 64 - 4
Luci ditangkap oleh polis kerana disyaki bersubahat menculik Tatia. Empat orang konco-konco Gimbo juga ditangkap ke balai polis bersama-sama dengan Luci.
Bisikan syaitan: Bayu, musnahkan mereka! Bakarlah mereka semua! Bakarlah seluruh rumah ini. Kemudian kamu akan menjadi satu-satunya pemilik kekayaan ini. Bayu!
Bayu menyuruh Rona mengambil minyak tanah untuk membakar rumah Nico bersama-sama dengan Nico, Vivian, Tatia, Taufan, Timo, Ian, Noni dan Adel(kesemua mereka). Gimbo akan larikan diri ke Malaysia. Dia menghalau dua konco-konconya yang lain. Dia memberi mereka sekeping dari beg duit tersebut.
Gimbo membuka beg duit tersebut dan terkejut melihat duit palsu itu.
Rona menuangkan minyak tanah di sekitar ruang tamu bersedia untuk membakar rumah itu. Bayu ingin memulakan api tetapi polis tiba pada waktu yang tepat. Bayu terus melarikan diri tetapi Rona ditangkap sewaktu dia keluar dari kamar membawa bersamanya barang perhiasan.
Anakku Bukan Anakku Episod 64 - 5 (Penghujung episod 64)
Luci dikurungkan bersama-sama dengan Rona di dalam satu lokap di penjara.
Bayu: Saya tidak akan berhenti di sini. Saya harus cari cara untuk membunuh Tatia walaupun nyawa saya akan turut terkorban. Tatia harus mati. Harus! Sebelum Tatia mati terkapar...Seandainya saya mati, nyawa saya tidak akan tenteram
Bayu bercakap seorang diri bahawa rancangannya untuk membunuh Tatia telah gagal dan dia harus meneruskan rancangan untuk membunuh Tatia walaupun dengan apa cara sekalipun.
Episod 64 berhenti di sini.
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada hari esok, 18 September 2008 jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada tv3.com.my)
0 comments :
Post a Comment