Tuesday, September 16, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-63 YANG DISIARKAN PADA 16 SEPTEMBER 2008 SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-63 YANG DISIARKAN PADA 16 SEPTEMBER 2008, SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


Tema Anakku Bukan Anakku



Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Menampilkan: Benny Ruswandi


Marcelino Lefrandt


Dinda Kenyadewi sebagai Noni

Kisah selanjut sinetron Anakku Bukan Anakku sudah tiba episod 63 di mana dalam episod yang lalu banyak peristiwa telah berlaku dan kisah ini akan berakhir tidak lama lagi iaitu pada hari Khamis, 18 September 2008:


Anakku Bukan Anakku Episod 62 - 6 (Penghujung episod 62)- Episod 62 berakhir di mana Adel berjaya masuk ke dalam rumah tersebut melalui pintu utama. Untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya, jangan lupa untuk terus mengikuti kisah sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 63 pada ini, 16 September 2008 jam 2.30 petang di TV3.

Episode 63:


Anakku Bukan Anakku Episod 63 - 1

Gimbo: Bila mereka membawa duit di tempat pertemuan kita, kita serang mereka dan bawa mereka pergi. Tunggu.. saya belum selesai cakap.
Konco-konco Gimbo: Baik tuan.
Gimbo: Tunggu. Saya belum selesai bercakap.
Konco-konco Gimbo: Ada apa lagi tuan?
Gimbo: Ada sedikit perubahan dalam rancangan.
Konco-konco Gimbo: Perubahan rancangan, tuan?
Gimbo: Ya!
Konco Gimbo: Perubahan rancangan yang bagaimana, tuan?
Gimbo: Begini. Memang. Kali ini risikonya amat merbahaya. Saya minta kamu semua beranikan diri dan jangan rasa cemas. Faham?
Konco-konco Gimbo: Faham, tuan!
Gimbo: Terutama awak. Awak harus memberanikan diri.
(Kata Gimbo kepada salah seorang daripada konco-konco Gimbo)

Adel: (Bisik seorang diri..) Berisiko bagaimana? Apa maksudnya?

Konco Gimbo: Nampaknya tuan rasa takut. Buktinya tangan tuan menggeletar.
Gimbo: Saya memang belum buat perkara begini sebelum ini.
Konco Gimbo: Apa yang tuan belum lakukan sebelum ini?
Gimbo: Pembunuhan.

Adel: (Bisik seorang diri..)Membunuh? Apa?

Konco Gimbo: Tuan serius?
Gimbo: Ya.
Konco Gimbo: Siapa kita harus bunuh tuan?
Gimbo: Mereka. Salah seorang daripada mereka.
Konco Gimbo: Salah seorang daripada mereka?

Adel: (Berbisik seorang diri..) Salah seorang daripada mereka? Siapa yang dia maksudkan?

Konco Gimbo: Siapa bos?
Gimbo: Gadis itu.
Konco Gimbo: Tatia, bos?
Gimbo: Ya, benar. Tatia. Kita harus bunuh dia.
Gimbo: Saya memang belum pernah membunuh orang sebelum ini.

Gimbo memberitahu rakan-rakan sepenjenayahnya bahawa terdapat perubahan dalam rancangan mereka. Mereka diminta jangan takut kerana apa yang harus mereka lakukan adalah membunuh Tatia walaupun sebelum ini dia belum pernah membunuh orang.

Luci menerima panggilan daripada Gimbo untuk kali kedua. Pertama meminta wang tebusan dan panggilan kedua ini pula meminta Luci menyediakan wang dengan segera dan dibawa ke rumahnya. Ian terdengar perbualan mereka.


Anakku Bukan Anakku Episod 63 - 2

Adel berjaya melepaskan ikatan Tatia, Taufan dan Rafli. Tetapi sempatkah mereka melarikan diri? Luci menyuruh pengawal rumah mereka membuka pintu pagar. Selepas itu dia keluar membawa wang tebusan dengan keretanya. Ian menelefon sahabatnya, pegawai polis dan mereka mengikut kereta Luci.


Anakku Bukan Anakku Episod 63 - 3

Bayu menjumpai pistolnya di dalam satu kotak dan dia berkata kepada Rona bahawa dia akan membunuh Tatia dan menuduh Nico melakukannya dan Vivian juga akan dibunuh. Sewaktu Vivian, Nico dan Timo hendak keluar menyelamatkan Tatia dengan membawa wang tebusan yang mencukupi, Ian tiba dan memberitahu mereka bahawa Luci juga telah membawa wang tebusan tetapi wang itu adalah untuk kematian Tatia. Vivian pengasan apabila dia mendapat tahu berita kemungkinan Tatia telah mati. Bayu dan Rona yang mengintai dari jendela berasa gembira mendengar berita itu.


Anakku Bukan Anakku Episod 63 - 4



Bayu dan Rona ketawa kegembiraan kerana mereka menyangka Tatia sudah mati. Bayu melontar pistolnya ke dalam kolam renang dan mereka mula berdoa semoga roh Tatia tidak akan mengganggu mereka.

Di penghujung episod 63, Tatia, Taufan, Rafli dan Adel ternampak Rona dan Bayu sedang berdoa. Tatia ingatkan mereka berdua sedang berdoa untuk keselamatannya. Tatia mendekati mereka dan apabila mereka membuka mata, mereka begitu terkejut melihat Tatia berada di depan mata mereka dan begitu takut kerana mereka menyangka roh Tatia telah kembali mencari mereka. Mereka juga menyangka Taufan dan Rafli telah mati. Apabila mereka mendapat tahu daripada Rafli bahawa mereka semua masih hidup, Rona dan Bayu menjerit dengan sekuat hati.

Vivian, Nico dan semua orang yang berada di rumah keluar melihat apa yang telah berlaku apabila mereka terdengar jeritan kuat Bayu dan Rona. Apabila mereka keluar, mereka begitu gembira melihat Tatia dan semua yang lain terselamat. Rafli berkata Tatia berjaya diselamatkan adalah kerana jasa dan bantuan Adel. Sekiranya tanpa pertolongan Adel, mungkin Tatia sudah meninggal dunia.



Adel muncul di depan mereka dan memanggil Nico, pak cik dan Vivian, mak cik buat pertama kali dengan berlinangan air mata. Dia berkata dia harus memanggil mereka pak cik dan mak cik kerana dia bukan anak kandung mereka. Tatia barulah anak kandung mereka.



Tatia terkejut mendengar apa yang telah dikatakan oleh Adel dan baru mendapat tahu bahawa dia adalah anak kandung Nico dan Vivian.


Syaitan: Bayu, sahabat saya! Pertunjukan kita telah gagal. Kejahatan kita telah terbongkar, Bayu. Satu-satunya cara untuk menjaga penghormatan awak adalah dengan membunuh Tatia. Bayu! Bunuh dia. Bunuh Tatia, Bayu!



Episod 63 berakhir dengan bisikan syaitan menyuruh Bayu membunuh Tatia. Adakah Bayu akan membunuh Tatia sepertimana apa yang dihasut oleh syaitan kepadanya?

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September, 18 September 2008

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada tv3.com.my)

2 comments :

Haslinda Ibrahimهاسلينده إبراهيم said...

Sinetron ini sangat bagus penuh dengan tauladan yang menyedarkan kita tentang sifat sebenar sesetengah manusia. Biarpun saya mengikuti dari part 1 sehingga 17, saya sangat2 berterima kasih kepada sapphire blu kerna telah menyediakan rancangan ini di dalam u-tube sehingga ke hari ini. Dan saya berharap agar sinetron ini dapat diteruskan sehingga epsiode terakhir (65). Terima kasih sekali lagi.

Anonymous said...

hello nurazlin, terima kasih kerana terus singgah di sini. sapphire blu amat menghargai komen yang telah nurazlin berikan di sini. Salam daripada sapphire blu.

Online Visitors

Thank you for dropping by