Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-52 YANG DISIARKAN PADA 27 OGOS 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3
Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku
Bersujud kepada Allah Bersyukur sepanjang waktu Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah Menjaga keikhlasan-Nya Semoga dirimu semoga langkahmu Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah Bersyukur pada Mu ya Allah Indah dalam kebersamaan Hilanglah sebuah perbedaan
Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang
Roger Danuarta sebagai Rafli Nabila Syakieb sebagai Tatia Raya Kohandi sebagai Adel Dude Harlino sebagai Taufan Krisna Mukti sebagai Nico Raslina Rasidin sebagai Vivian Eeng Saptahadi sebagai Bayu Vicky Burki sebagai Syaitan Femmy Permatasari sebagai Luci Ana Pinem sebagai Rona Boy Irshandi sebagai Ian Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan Him Damsyik sebagai Pengemis Buta Dinda Kenyadewi sebagai wajah Tatia(setelah memakai tudung)
Episod 52: Sinetron Anakku Bukan Anakku
Episod 52 - 1
Nico: Mayat Tatia di mana? Robin Hood Moden: Sepatutnya ada di sini. Rafli: Tidak. Tak mungkin Tatia meninggal dunia. Timo: Tadi Tatia ada di sini kan? Kita semua melihatnya. Rafli: Tak mungkin. Tak mungkin Tatia meninggal dunia. Robin Hood moden: Kalau Tatia masih hidup, di mana dia berada? Nico: Saya rasa saya tahu di mana dia berada.
Tatia hilang dari pandangan sekali lagi. Apakah sebenarnya berlaku kepada Tatia setelah keretapi tiba di landasan keretapi di mana Tatia berada?
Rona: Di mana Nico? Rasanya dia akan menimbulkan masalah kepada Abang Bayu.(ketukan di pintu depan) Rona: Siapa itu? Adel: (Adel bercakap seorang diri) Nampaknya Bayu dah balik. Apakah agaknya yang diceritakan kepada Rona? Mesti dia berbohong jika dia menceritakan kepada saya. Kalau Bayu tak menceritakan yang sebenarnya, saya tidak akan tahu perkara yang sebenar. Tak boleh jadi, saya mesti cari jalan dan mesti tahu segala-galanya. Saya tak akan membiarkan Rona dan Bayu menipu saya.
Rona: Ke mana abang pergi lama-lama? Abang tahu tak kalau... Bayu: Shh... saya dah bunuhnya. Rona: Betul? Abang yakinkah? Bayu: Saya lihat sendiri, dia digilis oleh keretapi. Rona: (Tergelak kegembiraan) Bayu: Sekarang saya nak tukar baju dulu. (Dalam perjalanan balik ke kamar) Bayu: Apa awak buat bersendirian di bawah ni? Rona: Nico tiada di rumah, bang. Dia pergi mencari abang. Dia pergi bersama Timo. Dia kelihatan sungguh marah. Dia menerjah masuk ke kamar kita. Dia marah-marah. Dia tanya, di mana Bayu? Bayu: Awak tahu kenapa dia jadi begitu? Rona: Saya tak tahu bang. Kenapa dia tak tanya pasal abang. Bayu: Biarkan dia sahaja, apa boleh dia buat? Apa?
Rona membuka pintu untuk Bayu yang telah memberitahu Rona bahawa Tatia telah digilis oleh keretapi. Rona berasa amat gembira mendengar berita tersebut. Rona berkata Nico telah pergi mencari Bayu dan kelihatan marah sewaktu bertanyakan ke mana perginya Bayu. Kata Bayu pula, biarkan Nico sahaja kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa. Selepas itu mereka berdua naik ke tingkat atas menuju ke kamar mereka.
Bayu: Bagaimana dengan Adel? Rona: Tadi dia berada di dalam kamarnya, bang. Dia sedang tidur. Abang nak kejutkannya? Pasti dia gembira. Bayu: Jangan beritahu apa-apa kepadanya. Rona: Tentang Tatia juga bang? Bayu: Jangan cakap kuat-kuat nanti ada orang dengar.
Rona memberitahu Bayu Adel masih tidur.
Nico: Selamat malam, encik. Pegawai polis: Selama malam. Nico: Saya nak buat laporan. Pegawai polis: Apa yang nak awak laporkan? Nico: Pembunuhan. Saya sendiri menyaksikannya. Pegawai polis: Siapa orang yang disyaki? Nico: Bayu, pegawal(satpan) di rumah saya. Pegawai polis: Rasanya saya pernah mendengar nama itu sebelum ini.
Nico dan Timo membuat laporan mengenai pembunuhan dan dia adalah saksinya.Nico melaporkan kepada pegawai polis bahawa pengawal rumahnya telah membunuh Tatia.
Tatia telah diselamatkan oleh seseorang. Siapakah agaknya orang yang telah menyelamatkan Tatia daripada digilis oleh keretapi? (Mereka adalah Taufan dan neneknya).
Nenek kepada Taufan: Pernafasannya dah stabil. Esok keadaanya akan bertambah baik. Taufan: Baiklah, kalau begitu kita biarkan dia berehat sahaja.
Bayu berkata kepada Rona dia yakin seratus sepuluh percent bahawa Tatia telah mati. Bayu meminta Rona supaya jangan memberitahu Adel tentang hal ini.
Bayu: Saya dah berjaya membunuhnya. Rona: Abang yakin? Bayu: Yalah.. Rona: Abang yakin 100 percent? Bayu: Apa maksud awak? Bayu: Saya yakin 110 percent. Saya letak Tatia di landasan keretapi. Terus dia hilang. Dia dilanggar keretapi yang lalu di situ. Rona: Adakah abang nampak sendiri keretapi melanggar dia sampai mati? Bayu: Awak ingat saya ni tukang sembilih? Saya tak sanggup melihat Tatia digilis keretapi. Saya tidak sekejam itu. Walaupun wajah saya bengis tetapi hati saya lembut. Saya menutup mata untuk seketika, Setelah saya buka mata, Tatia sudah digilis keretapi. Rona: Baiklah bang. Bayu: Jangan cerita kepada Adel. Adel tak boleh tahu mengenai hal ini. Rona: Baiklah bang. Tetapi bagaimana dengan Nico bang? Bayu: Nico? kenapa dengan dia? Rona: Kenapa dia mencari abang? Bayu: Mana saya tahu? Bayu: Oh ya! Tadi saya nampak Rafli dan siapa dia.. Robin Hood. Ya Robin Hood dia kata namanya Robin Hood. Mereka ada di stesen keretapi. Ehh.. mereka tidak mempunyai apa-apa bukti. Rona: Yang penting sekarang, Tatia dah benar-benar mati. Bagaimana dengan mayatnya? Bagaimana kalau pihak polis menjumpai serpihan mayat Tatia? Bayu: Mana saya tahu? Walaupun mereka menemui mayatnya, peduli apa. Rona: Tapi bang, kita masih mesti pura-pura menjadi ibu-bapanya. Bayu: Mudah saja tu. Kita akan pura-pura menangis teresak-esak ketika kita tengok tulang-tulangnya. Tatia.. haha.. (Rona dan Bayu tergelak kegembiraan) Rona: Betultu bang. Bayu: Beres kan? Rona: Abang mandi dulu sementara saya masak. Mesti abang kelaparan.
Episod 52 - 2
Bayu berkata dia telah nampak Rafli dan Robin Hood moden berada di stesen keretapi tetapi menurut Bayu kepada Rona lagi, mereka tidak mempunyai sebarang bukti walaupun mereka nampak apa yang telah berlaku. Rona terlalu gembira mendengar Tatia telah mati dan ingin memasak makanan untuk Bayu sementara meminta suaminya mandi.
Adel merakam segala perbualan Bayu mengenai Tatia dengan alat perakam suara. Pegawai polis memberitahu Nico bahawa Adel pernah membuat laporan polis tentang Bayu. Dia meminta Nico pulang berehat dahulu kerana dia masih keliru tentang laporan yang telah Adel buat tempoh hari. Dia juga menjelaskan bahawa Adel dalam keadaan mabuk sewaktu temu janji dengannya tetapi Timo memberitahu pegawai polis itu bahawa Adel tidak pernah sentuh minuman keras.
Episode 52 - 3
Rafli pulang ke rumah dalam keadaan sedih mengenai apa yang telah berlaku kepada Tatia. Luci meminta mereka berbincang sahaja di dalam kamar papanya sementara Luci pula mencuri dengar segala perbualan Rafli dan suaminya.
Episod 52 - 4
Rafli memberitahu papanya bahawa Tatia sudah meninggal dunia. Rafli berkata dia telah melihat dengan sendiri bahawa Tatia telah diculik. Selepas itu dia dan Robin Hood moden ternampaknya di landasan keretapi dan dipukul oleh seseorang dengan senjata besi. Menurut Rafli mereka semua termasuk Nico bahawa Bayu telah membunuh Tatia. Ian, papanya terkejut mendengar keterangan Rafli. Luci yang telah membubuh alat pepijat untuk mendengar perbualan Rafli dan Ian terkejut mendengar hal kematian Tatia.
Ian hairan kenapa Bayu sanggup membunuh anaknya sendiri dan Rafli meneruskan lagi bahawa itu bukanlah kali pertamanya Tatia cuba dibunuh oleh Bayu. Papa Rafli akan berbincang tentang hal ini kepada kawannya yang bekerja sebagai pegawai polis dan meminta anaknya, Rafli percayakannya. Luci tertanya-tanya bagaimana seorang ayah sanggup bunuh anaknya sendiri. Luci juga berpendapat selama ini Bayu selalu berpihak dan membela Adel tetapi membenci Tatia. Luci bercadang untuk membantu Bayu kerana Bayu telah berjaya membunuh Tatia. Selama ini Luci begitu inginkan Tatia mati.
Episod 54 - 5
Tatia bangun dan terdengar seperti ada orang sedang membaca Al-Quran. Tatia ingin tahu siapakah orang yang telah menyelamatkannya. Tatia tanya kepada dirinya sendiri kenapa suasana di rumah itu gelap. Tatia seperti "familiar" dan kenal tempat itu. Tatia seperti pernah pergi ke tempat itu.
Katanya lagi kepada dirinya. Tatia turun ke tingkat bawah. Tatia masih ingat bahawa di dalam kamar itu terdapat kulit binatang dan dia membuka pintu kamar tersebut. Taufan berada di situ. Pada mulanya Tatia agak terkejut tetapi selepas seketika Tatia memanggil nama Taufan. Taufan gembira dia masih ingatkannya. Tatia gembira dapat bertemu semula dengan nenek Taufan lalu memeluknya dan pembantu Taufan juga turut gembira dapat berjumpa lagi dengan Tatia.
Episod 52 - 6
Telefon rumah berdering. "Siapa yang telah menelefon malam-malam begini", kata Bayu sendiri. Bayu terdengar ketukan di pintu kamarnya. Adel memberitahu Bayu bahawa Bayu mendapat panggilan telefon daripada polis. Adel juga meminta ayahnya tanya polis itu sendiri apa yang polis itu mahu. Apabila Bayu enggan menjawab panggilan tersebut, Adel berkata "Jangan begitu ayah, kata mereka, mereka akan ke sini". Bayu terpaksa menjawab panggilan telefon itu.
Bayu mengangkat telefon itu. Pemanggil itu berkata bahawa dia adalah Brefka Shanty dari pejabat polis. Adel mencuri dengar perbualan Bayu dengan polis itu.Polis itu berkata mereka telah menemui tubuh seorang gadis di landasan keretapi. Seorang gadis yang wajahnya telah hancur dan tidak dapat dikenali. Bayu berkata apa kaitannya pula dengannya. Menurut polis itu lagi mereka telah menjumpai dompet berhampiran dengan mayat itu. Sewaktu mereka buka dompet itu, di dalamnya ada kad pengenalan kepunyaan Bayu.
Tetapi pihak polis itu meminta buka pintu rumah dan keluar dengan segera. Mereka sudah berada di depan pagar rumah untuk menahan Bayu. Menurut polis itu, dia percaya bahawa Bayu tidak bersalah dan dia ingin membantunya. Bayu hairan kenapa polis itu ingin menolongnya. Bayu bertanya "Bagaimana saya boleh percaya dengan kata-kata awak?" Kata polis itu "Baik awak keluar dan lihat sendiri." Selepas itu perbualan mereka dimatikan.
Adel berkata pada dirinya "Tatia dah mati? Kenapa polis itu nak tolong ayah?" Bayu menggaru kepalanya dan hairan siapa pula yang telah menelefonnya. Katanya, peliknya dompet itu ada bersama dengannya. Yang penting dia harus keluar untuk mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku.
Polis wanita: "Awak ditahan." Bayu (Bayu ketakutan lalu terkencing): "Ditahan?, Awak kata nak membantu saya." Polis wanita: "Itu hanya satu perangkap, sekarang awak tidak boleh pergi ke mana-mana lagi." Bayu: "Apa salah saya?"
Episod 52 sinetron Anakku Bukan Anakku berakhir di sini di lihat oleh Adel yang telah membuka pintu pagar rumah. Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 53 pada hari esok jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008
akak, masa saya cuti 2 bulan baru2 ni, hari2 saya duk tgk cerita anakku bukan anakku. tapi skrg dah start keje, duk baca from blog akak, review sinetron anakku bukan anakku. macam mana akak dapat update eventhough cerita tu belum habis ye?
1 comments :
akak, masa saya cuti 2 bulan baru2 ni, hari2 saya duk tgk cerita anakku bukan anakku. tapi skrg dah start keje, duk baca from blog akak, review sinetron anakku bukan anakku. macam mana akak dapat update eventhough cerita tu belum habis ye?
p/s saya suka betul kalau tatia dgn taufan
Post a Comment