Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-50 YANG DISIARKAN PADA 25 OGOS 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3
Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku
Bersujud kepada Allah Bersyukur sepanjang waktu Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah Menjaga keikhlasan-Nya Semoga dirimu semoga langkahmu Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah Bersyukur pada Mu ya Allah Indah dalam kebersamaan Hilanglah sebuah perbedaan
Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang
Roger Danuarta sebagai Rafli Nabila Syakieb sebagai Tatia Raya Kohandi sebagai Adel Dude Harlino sebagai Taufan Krisna Mukti sebagai Nico Raslina Rasidin sebagai Vivian Eeng Saptahadi sebagai Bayu Vicky Burki sebagai Syaitan Femmy Permatasari sebagai Luci Ana Pinem sebagai Rona Boy Irshandi sebagai Ian Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Episod 50 sinetron Anakku Bukan Anakku pada jam 2.30 hingga 3.30 petang.
Episod 50 - 1
Kisah episod 50 sinetron Anakku Bukan Anakku Bermula dengan Adel begitu terkejut mendengar pita rakaman yang dijumpainya terkeluar dari jacket Bayu.
Vivian memberitahu Tatia, Rafli dan Robin Hood Moden dia akan pulang ke rumah pada hari keesokannya dan mengingati Tatia memakai semula topengnya sebagai berjaga-jaga.
Tatia meminta Robin Hood moden dan Rafli pulang bertolak dahulu sementara dia ingin membincang sesuatu dengan Vivian(Tatia ingin memberi gelang yang peminta sedekah buta(datuk) kepada Vivian), Kemudian mereka bertiga beredar dari situ. Syaitan yang menyamar sebagai jururawat di situ menghantar susu yang telah dibubuh serbuk racun olehnya kepada Vivian.
Dalam perjalanan ke wad Vivian, syaitan berkata seorang diri bahawa dia akan menyingkirkan Vivian terlebih dahulu. Tatia akan cuma dapat berjumpa dengan jasad Vivian pada hari keesokannya dan Syaitan meneruskan lagi bahawa dia akan menghabiskan riwayat Tatia setelah dia membunuh Vivian.
Bayu dan Rona berbincang mengenai Adel yang telah berani mempermainkan mereka tetapi mereka menyangka Adel masih belum tahu sedikitpun tentang polis palsu itu. Rona pula mengatakan bahawa Timo sudah berani mempermainkan mereka dan juga yakin Nico mempunyai rancangan jahat terhadap mereka. Menurut Bayu mereka harus berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir. Pertama Tatia dan sekarang pula, Adel yang sedang berusaha untuk mengkhianati mereka.
Mereka sedang berfikir sebaik sahaja setelah mereka membunuh Tatia, Bayu yakin Adel akan menyingkirkan mereka. Tetapi Bayu berkata mereka beruntung kerana mereka telah mendapat tahu muslihat Adel. Bayu ingin memberi pengajaran kepada Adel.Bayu meneruskan perbualannya dengan Rona bahawa Adel tidak tahu sebenarnya telah membuat aduan kepada pengawal(satpam) di sebelah rumah.
Bayu berkata, nampaknya Tatia berada di mana-mana sahaja masih belum berjaya untuk mneemuinya lagi. Bayu cemas mencari jaketnya. Kata Bayu kepada Rona kocek jaket itu mengandungi alat perakam suara Adel. Rona teringat bahawa dia ternampak jacket Bayu dalam kamar Adel. Selepas itu, Bayu juga teringat jaketnya ada di dalam kamar Adel. Rona meminta Bayu cepat mengambilnya kembali sebelum Adel mendapat tahu.
Jururawat yang kononnya bernama Ros(syaitan) memberi segelas susu kepada Vivian. Vivian berkata kepadanya bahawa dia belum pernah melihatnya sebelum ini. Jururawat itu menjawab bahawa dia baru bekerja di situ. Kemudian dia meminta Vivian minum susu itu sementara masih panas. Vivian memuji kecantikan jururawat(syaitan). Tetapi menurutnya sebenarnya Vivian yang cantik. Bisikan syaitan mengatakan sekiranya Vivian dapat melihat wajah aslinya, tanpa sebarang ubat Vivian akan terus mati.
Bisikan syaitan mengatakan seteguk sahaja sudah cukup untuk membunuh Vivian lenyap dari dunia ini. Tiba-tiba Vivian terasa seperti terdapat kuasa ajaib yang mengelaknya daripada minum susu itu dan gelas tersebut terus terlepas dari tangan Vivian dan pecah lalu jatuh ke lantai.
Jururawat(syaitan) bertanya kepada Vivian apa yang telah berlaku dan kenapa gelasnya... Vivian menyahutnya mengatakan dia juga tidak tahu kenapa gelas itu tiba-tiba sahaja gelas itu pecah. Apabila jururawat(syaitan) itu ingin membawa segelas lagi susu yang lain untuknya, Vivian membritahu jururawat itu esok sahaja kerana dia ingin berehat. Bisikan syaitan berkata hari ini Vivian terlepas dari maut tetapi esok dia pasti akan mati.
Adel begitu risau dan berlinangan airmata setelah mendapat tahu selama Bayu telah mendapat tahu mengenai dia menelefon polis dan dia terpaksa mencari jalan keluar. Adel juga risau apa yang bakal berlaku. Selama ini Bayu cuma pura-pura baik dengannya. Adel terdengar ketukan di pintu kamarnya dan dia serba salah.
Bayu telah datang mengambil jacketnya semula. Adel berpura-pura tidak tahu tentang pita perakam itu. Bayu mengetuk pintu kamar Adel berkali-kali. Adel bercadang untuk pura-pura tidur untuk mengelak daripada Bayu melihat wajahnya yang cemas.
Bayu masuk ke kamar Adel secara senyap dan ingatkan bahawa Adel telah tidur lena. Bayu berkata sendiri nasib baik Adel tidak nampak pita rakaman tersebut. Dia mengambil kembali jacketnya dan keluar dari situ. Selepas itu, Adel terpaksa berhati-hati terhadap Bayu dan berfikir bagaimana untuk menyingkirkan Bayu sebelum dia disingkirkan olehnya.
Adel memikirkan bagaimana Bayu boleh mendapatkan pita perakam suara itu,dan dia tertanya-tanya siapakah sebenarnya pegawai polis itu. Kemudian dia mengesyaki bahawa orang yang membuat temu janji dan ditemuinya hanya berlakon sebagai pegawai polis.
Bayu memberitahu Rona Adel masih belum tahu mengenai pita perakam suara yang dia tertinggal di kamar Adel kerana sewaktu dia masuk ke dalam kamar Adel, Adel telah nyenyak tidur. Apabila Rona bertanya ke mana Bayu hendak pergi, Bayu memberitahunya dia ingin pergi mencari Tatia. Bayu menjelaskan lagi walau dengan apa cara sekalipun dia harus mendapatkan Tatia. Bayu berharap semoga suaminya berjaya.
Rafli dan Ian berhubung melalui telefon bimbit. Apabila ditanya ke mana perginya Rafli, Rafli menjawab dia kini bersama dengan Tatia dan dia meminta papanya menyembunyikan hal Tatia kerana dia berada dalam keadaan yang tidak selamat. Rafli memberitahu bahawa dia berada di daerah Cinere dan dia ingin bantuan kewangan daripada papanya.
Apabila Luci masuk ke kamar, Ian terus mematikan telefon bimbitnya. Walau bagaimanapun Luci mengesyaki bahawa Rafli telah berhubung dengan papanya dan membubuh alat pepijat di kamar mereka supaya dia akan mengetahui apa yang sedang berlaku.
Ian bersedia membantu anaknya Rafli dengan memberinya wang. Rafli memberitahu Robin Hood moden wang yang diminta olehnya daripada papanya adalah untuk Robin Hood moden. Rafli dan Tatia ingin membantu Robin Hood moden dengan memberinya wang supaya dia tidak menjadi perompak lagi. Robin Hood berterima kasih kepada Rafli dan Tatia kerana akhirnya dia boleh mencari jalan keluar daripada semua ini dan tidak perlu menjadi perompak lagi.
Adel menelefon balai polis dan polis yang mengangkat telefon itu memarahinya dan berkata sewaktu temu janji dengannya dia telah muntah ke jacketnya. Adel ingin menjelaskan apa yang telah berlaku tetapi polis itu enggan meneruskan perbualan dengannya.
Adel menerima panggilan daripada Tatia. Adel terkejut dan berasa cemas mendengar suara Tatia dan bertanya kepadanya dia berada di mana. Tatia memberitahu Adel dia tidak dapat memberitahunya di mana dia berada. Tatia terus menanya Adel kenapa dia dan Bayu sanggup mencederakannya. Adel pura-pura tidak tahu mengenai hal itu. Tetapi Tatia meminta Adel jangan berbohong dan Adel sudah tahu segala-galanya kerana menurut Tatia dia mempunyai bukti. Tatia juga tidak mahu menceritakan apa yang sedang berlaku kepada Adel kerana dia masih belum mempercayainya.
Bayu terdengar suara seorang gadis sedang berbual melalui telefon dan mendekati ke arah tempat itu dan mendapat tahu dia adalah Tatia. Bayu ternampak Tatia sedang menghubungi Adel. Tatia berjanji untuk menemui Adel. Sebelum Tatia habis bercakap dengan Adel, Bayu telah menekup mulut Tatia dan Tatia hilang dari pandangan.
Robin Hood moden terjaga dari tidur begitu juga Rafli. Robin Hood moden terdengar seperti ada bunyi suara orang. Kemudian mereka mendapati Tatia telah hilang.Robin Hood moden dan Rafli mencari Tatia di sekitar rumah dan mereka ternampak kesan darah dan telefon bimbit Tatia.
Ke manakah Bayu telah menculik Tatia dan adakah Tatia masih hidup?
Episod 50 sinetron Anakku Bukan Anakku berakhir di sini. Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 51 pada hari esok jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008
0 comments :
Post a Comment