Monday, August 18, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-46 YANG DISIARKAN PADA 18 OGOS 2008 ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-46 YANG DISIARKAN PADA 18 OGOS 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta


Episod 46 sinetron Anakku Bukan Anakku pada jam 2.00 hingga 3.00 petang.



Adel menanya mamanya, Vivian siapa yang sedang dipeluknya. Tatia menjawab bahawa dia adalah jururawat peribadi Vivian. Adel memegang bahu Tatia dan Tatia berjaya memakai topeng di mukanya semula. Tatia bersyukur kerana dia sempat memakai topeng dengan cepat sebelum Adel dapat mengecamnya.



Tatia menanyakan kepada Adel kenapa dia melihatnya dengan cara sedemikian dan Adel berkata, dia seperti telah mengenalinya. Tatia meminta diri untuk pergi ke belakang sebentar.







Adel bertanyakan khabar Vivian. Vivian memberi alasan untuk panggil Adel mendapatkan ubat minyak panas untuknya. Vivian menyembunyikan minyak panas daripada Adel. Adel diminta untuk membeli chokelat dan minyak panas untuknya.

Setelah Adel beredar dari situ, Tatia keluar semula dan memeluk Vivian yang amat dirinduinya selama ini. Adel terpaksa kembali semula untuk mendapatkan dompet yang dia telah terlupa untuk ambil sewaktu kelauar tadi.

Tatia khuatir Adel akan ternampaknya dan ingin memakai topengnya semula tetapi topeng itu jatuh ke lantai dan kotor. Sempatkah Tatia memakai topeng tersebut?



Apabila Adel ingin membuka pintu bilik Vivian, Bayu muncul dan mereka berbincang seketika mengenai hal Tatia. Adel memberitahu Bayu hingga ke saat itu, Tatia masih belum muncul lagi. Bayu berkata dia akan kembali ke tempat Robin Hood Moden lagi untuk mencari Tatia.

Tatia sempat memakai topeng itu akhirnya dan dia meminta diri dengan membawa makanan Vivian. Bayu mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila dia melihat Tatia(memakai topengnya) kerana dia seperti pernah melihat wajah itu sebelum ini tetapi telah lupa di mana.

Bayu mengangkat telefon bimbit Vivian yang sedang berdering dan dia menyamar sebagai suara Adel. Bayu terkejut mendapat tahu bahawa panggilan itu dari balai polis dan Adel telah membuat perjanjian dengan polis untuk keterangan lanjut menegenai Rona dan Bayu. Bayu memberitahu polis tersebut bahawa dia(Adel) akan memakai baju berwarna merah untuk bertemu dengannya nanti.

Bayu bercadang untuk menghapuskan Adel kerana dia telah berpaling tadah terhadapnya dan Rona. Bayu berkata kepada dirinya bahawa dia akan menyingkirkan kedua-dua Adel dan Tatia sekali.

Rafli ingin keluar mencari Tatia tetapi Luci meminta Rafli melamar Adel. Dia memberitahu Rafli sekiranya dia kahwini Adel, dia akan menjadi kaya tetapi Rafli menjelaskan kepada mamanya bahawa dia cuma cintakan Tatia seorang sahaja.

Robin Hood Moden mengacukan pistol di kepala Rafli dan memintanya mengikut ke mana hendak dituju dengan keretanya. Adel hairan kenapa *Tatia*(sedang memakai topeng)segera pergi dari situ apabila ternampaknya. Adel juga berasa hairan kenapa mamanya memintanya membeli ubat minyak panas sedangkan Nico telah membeli dua botol untuknya sehari sebelum itu. Adel pasti ada sesuatu yang tidak kena mengenai Vivian.



Bayu memberitahu Rona dia ingin menanam mereka berdua hidup-hidup. Rona terkejut anak mereka sanggup berbuat demikian terhadap mereka. Bayu bercadang untuk meminta Fatimah menyamar sebagai Adel untuk temu janji bersama polis.





Timo meminta pertolongan daripada Fatimah untuk berjumpa dengan Vivian. Vivian memberitahu Nico dia telah bertemu dengan Tatia. Nico berasa gembira mendengar berita tersebut. Nico mendapat tahu daripada Vivian bahawa Tatia telah memakai topeng sewaktu melawatnya dan Vivian pasti Tatia akan pergi ke sana menemuinya lagi.

Bayu meminta Fatimah untuk memakai baju merah untuk pergi ke suatu tempat dan memintanya supaya jangan sampai Adel ketahui tentang hal ini. Robin Hood Moden meminta Rafli untuk memakai topeng sekiranya dia ingin berjumpa dengan Tatia.



Adel memberitahu Bayu dia sudah mendapat tahu tentang hal Tatia. Dia berbisik sesuatu di telinga Bayu. Apakah yang agaknya dibisikkan Adel kepada Bayu?



Di penghujung episod 46 sinetron Anakku Bukan Anakku, Tatia diberi suatu kejutan oleh Robin Hood Moden. Tatia membuka pintu dan episod 46 berakhir di sini. Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 47 pada hari esok jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.



Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008

(Terima kasih kepada badaimimpi Channel untuk gambar-gambar dari episod 46)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by