SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-43 YANG DISIARKAN PADA 12 OGOS 2008, SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3
Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan
Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang
Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Episod 43 sinetron Anakku Bukan Anakku pada jam 2.00 hingga 3.00 petang.Episod 43 bermula dengan Rafli, Taufan dan teman-temanya yang lain membuat laporan polis dan pada waktu yang sama papanya, Ian juga telah pergi ke sana dan dia mendapat tahu Rafli tercedera akbibat pergelutan sewaktu cuba untuk menyelamatkan Tatia.
Bersambung daripada episod semalam di mana Robin Hood Moden telah mengacukan pistol ke arah Edo dan rakan-rakannya yang lain, dia membertiahu mereka bahawa dia tahu mereka cuma menyamar semata-mata tetapi lakonan mereka akhirnya membuat Robin Hood Moden mula mempercayai bahawa Tatia benar-benar adalah isteri Edo yang sedang sakit tenat dan perlu dihantar ke hospital oleh mereka dengan segera.
Sewaktu perompak (Robin Hood Moden) menghulurkan wang kepada salah seorang mereka yang menyamar sebabagai ibu mertua Edo, tiba-tiba dia mengesyaki sesuatu yang mencurigakan dan mereka mula bertelaga. Edo dan mereka yang lain berjaya ditumpaskan oleh perompak(Robin Hood Moden. Tetapi Yosi(syaitan) berjaya melarikan diri.
Selepas itu perompak tersebut memandu van membawa Tatia yang masih pengsan bersamanya. Bayu keluar dari semak dan mengikut perompak itu dari belakang dengan menaiki motorsikal yang dicurinya dalam episod semalam.
Rafli, papanya dan teman-temannya yang lain melawat Nico dan mereka memberitahunya bahawa Tatia masih hidup. Nico berasa amat gembira mendapat berita tersebut tetapi Adel pula risau memikirkan tentang hal itu. Dia pura-pura turut gembira bersama mereka.
Rafli menerima panggilan dari balai polis mengatakan Edo dan rakan-rakan jahatnya sudah ditangkap polis. Adel tidak mahu mengikut Nico, Rafli dan mereka yang lain pergi mendapat lebih maklumat mengenai hal ini.
Sewaktu di rumah, dia cuba menghubungi Bayu sekali lagi tetapi gagal. Rona risau mereka akan dipenjarakan tetapi Adel memberi kepastian kepada Rona bahawa mereka akan selamat. Dia meminta Rona kembali ke kamarnya. Setelah Rona beredar dari situ, Adel merancang bagaimana untuk menyelamatkan dirinya dan dia berkata seorang diri bahawa yang penting dia harus selamatkan dirinya dahulu tanpa mempedulikan orang lain.
Tatia sedar dan mendapati dirinya dikelilingi oleh sekumpulan kanak-kanak yang mejelaskan kepada Tatia bahawa dia sedang berada di rumah anak yatim. Mereka memberitahu Tatia bahawa ayah mereka telah menukarkan pakaiannya yang telah kotor. Tatia hairan dan bertanya siapakah ayah mereka? Perompak(Robin Hood Moden) muncul di depan Tatia dan menjelaskan dia adalah ayah kepada mereka.
Di balai polis, Edo dan rakan-rakannya memberitahu polis apa yang telah berlaku dan bagaimana perompak(Robin Hood Moden) telah membawa Tatia pergi dengan Van. Polis berkata perompak yang mereka maksudkan sudah lama dijejaki oleh mereka.
Adel masih bimbang hal mengenai Tatia dan dia memikirkan apa yang haru dilakukannya sebelum terlambat. Bisikan jahat Adel memberitahunya untuk menghapuskan Rona dan Bayu. Kemudian, Adel berkata kepada dirinya bahawa dia tahu apa yang harus dilakukannya dan dia menelefon polis.
Gambar Raya Kohandi sebagai Adel dalam sinetron Anakku Bukan Anakku
Adel memberitahu polis bahawa ibubapanya, Rona dan Bayu telah memaksanya mengikuti kehendak mereka. Sekiranya dia engkar berbuat demikian, mereka akan membunuhnya. Sewaktu Adel masih lagi bercakap dengan polis di telefon, dia ternampak bayang seseorang di luar pintu kamarnya. dia membuka pintu kamarnya, Adel tidak nampak sesiapapun, cuma sebilah pisau yang ditunjuk-tunukkannya dari luar kamar. Siapakah orang yang telah terdengar perbualan Adel dengan polis di telefon tadi?
Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 44 pada hari esok jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008
0 comments :
Post a Comment