Monday, August 4, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-38 YANG DISIARKAN PADA 4 OGOS 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-38 YANG DISIARKAN PADA4 OGOS 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta


Episod 38 sinetron Anakku Bukan Anakku yang disiarkan pada 4 Ogos 2008 pada jam 2.30 petang di TV3


Episod 38 sinetron Anakku Bukan Anakku yang disiarkan pada jam 2.30 petang, 4 Ogos, 2008, Khamis:


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 38 bahagian 1-5
Episod 38

Edo pergi mendapatkan kad pengenalan palsu Taty(Tatia)untuk rancangan seterusnya. Luci ingin membuat panggilan kepada Adel tetapi dia tidak dapat menghubunginya. Dia menelefon Adel sekali lagi ke kediaman mereka kali ini setelah tidak dapat menghubungi Adel ke telefon bimbitnya. Vivian menerima panggilan tersebut dan dia berasa hairan apabila diberitahu Luci Adel tiada di kamarnya.


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 38 bahagian 2-5
Adel dan Bayu berada di kamar Fatimah berbincang mengenai sesuatu dan mereka meminta Fatimah agar dia terus menyembunyikan daripada Vivian bahawa dia bukannya diupah dari agensi pekerjaan. Sebenarnya Fatimah adalah anak saudara kepada Bayu. Bayu dan Adel juga meminta Fatimah berjaga-jaga terhadap Timo.


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 38 bahagian 3-5
Nenek Taufan khuatir apabila Tatia dan Taufan masih belum pulang lagi. Akhirnya mereka mendapat panggilan daripada Taufan memberitahu neneknya bahawa Nur (Tatia)ditimpa kecelakaan(kemalanagan) dan kini berada di rumah sakit.

Taufan sedih dan risau dengan keadaan Tatia yang tercedera dan kini masih belum sedar lagi. Vivian memikirkan di mana Adel berada apabila dia tidak berada di kamarnya. Rona memberitahu Bayu dan Adel melalui telefon bimbit meminta mereka berhati-hati.

Adel dan Fatimah pura-pura berlakon untuk mengaburi Vivian dan Nico apabila mereka mendapat tahu daripada Rona bahawa Vivian dan Nico sedang menuju ke kamar Fatimah. Adel memberitahu Fatimah bahawa Bayu dan Rona adalah cuma pembantu mereka dahulu. Adel pura-pura terkejut melihat kedua papa dan mamanya apabila dia membuka pintu kamar Fatimah untuk keluar.


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 38 bahagian 4-5

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 38)





Vivian memberitahu Adel bahawa seseorang yang bernama Sederhana(Luci) telah menelefonnya. Vivian tahu bahawa Sederhana yang dimaksudkan oleh mamanya adalah Luci dan berasa hairan apa yang hendak diberitahu oleh Luci kepadanya.

Syaitan dan salah seorang rakan Edo (yang menyamar sebagai ibubapa Taty(Tatia) tiba di kediaman Taufan bersama polis tetapi Satpan (pengawal kediaman Taufan) memberitahu mereka bahawa semua orang telah pergi melawat Nur(Tatia) di rumah sakit. Syaitan pura-pura pengsan mendengar berita kecelakaan (kemalangan) yang telah menimpa Nur(Tatia).

Vivian kurang sihat setelah minum kopi yang telah dibancuh oleh Adel(Adel telah membubuh sesuatu dalam minuman Vivian dalam episod sebelum ini). Adel menghubungi Luci dan sewaktu Vivian ingin menelefon doktor mengenai kesihatannya yang kurang sihat, dia terdengar perbualan di antara Luci dan Adel. Luci memberitahu Adel bahawa Tatia masih hidup dan kini Rafli telah mendapatkan alamat Tatia dan menuju ke balai polis. Adel terkejut mendapat tahu bahawa Tatia masih hidup dan memberitahu Luci mereka harus melakukan sesuatu.


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 38 bahagian 5-5



Vivian terdengar semua perbualan di antara mereka berdua dan terkejut. Selepas itu dia terus memberitahu Nico yang pada masa itu ada di sisinya bahawa dia baru sahaja mendapat berita yang mengerikan lalu pengsan.





Di penghujung episod ke-38, Tatia tersedar dan dia hilang ingatan sekali lagi. Apabila nenek Taufan memanggil namanya, Nur(Tatia) menanyakan siapa mereka semua? Adakah dengan hilang ingatan Nur(Tatia) tentang nenek dan Taufan akan mengembalikan ingatannya kepada waktu sebelum dia terjatuh di dalam sungai sewaktu berada di puncak dan akan ingat kembali bahawa dia adalah sebenarnya Tatia?



Untuk mengetahui kisah selanjut ini, jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 39 pada hari esok jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.


Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by