Monday, July 14, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON "SALAH MENCINTA" EPISOD KE-5 PADA 14 JULAI 2008 DI ASTRO ARUNA SALURAN 121 PADA JAM 1.00 HINGGA 2.00 PETANG


Episod ke-4 Sinetron "Salah Mencinta" pada 14 Julai 2008 jam 1.00 - 2.00 petang

Dibintangi oleh pelakon:


Nama: Ibnu Jamil
Tarikh Lahir: 30 April 1982
Umur: 26 tahun

Icha Nurbani,
Ichi Nuraini,
Maya Caroline

Lirik lagu Hanya Ingin Kau Tahu - Republik

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo

Episod 5

Santi memikirkan satu rancangan bagaimana untuk mencegah Sinta dan Fahri daripada terus berhubung. Sinta mencuri telefon bimbit Sinta dan apabila ibunya nampak dia keluar dari bilik Sinta dia membohongi ibunya bahawa dia berasa bersalah terhadap Sinta dan ingin meminta maaf daripadanya tetapi mendapati Sinta telah tidur.

Ibu Tia menasihati Tia agar dia tidak jatuh ke dalam perangkap Dodi tetapi Tia tidak mengendahkan kata nasihat ibunya sebaliknya dia membuat janji temu. Santi menelefon Fahri lewat malam berkenaan dengan hasratnya ingin bertemu dengan Fahri.

Keesokan harinya, Sinta mencari telefon bimbitnya yang telah hilang. Dia baru sedar akan kehilangan telefon bimbitnya apabila dia tidak mendapat sebarang berita daripada Fahri.

Apabila Sinta ingin mengambil balik telefon bimbitnya daripada Santi, Santi tidak mengaku dan sebaliknya menghalaunya dari kamarnya.

Aryo mengajak Sofi untuk pergi bercuti bersamanya di puncak. Sofi terpaksa memberi alasan agar Ferdi, suaminya tidak mencurigainya.

Tia dan Dodi keluar bersama tetapi Dodi tidak menaruh hati kepada Tia dan cuma ingin mempergunakannya sebagai kekasih sampingan.

Sementara waktu pula, Fahri terkejut dan seakan tidak percaya kerana Sinta(Santi yang menyamar sebagai kakak kembarnya, Sinta) telah bertukar menjadi seorang yang berperwatakan lain daripada Sinta yang dikenalinya selama ini.


Kisah sinetron Salah Mencinta degan sarikata Bahasa Malaysia akan bersambung dalam episod ke-6 pada 15 Julai 2008 pada jam 1.00 - 2.00 petang di Astro Aruna Saluran 121. Kepada sesiapa yang tidak dapat mengikuti kisah ini pada waktu petang, siaran ulangannya adalah pada jam 11.00 malam.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by