Thursday, July 10, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON PUTRI YANG TERBUANG: EPISOD 33 PADA 12 JULAI 2008 SABTU JAM 4.00 PETANG - 5.00 PETANG


Episod 33 Sinetron Putri Yang Terbuang yang disiarkan di Astro Prima Saluran 105 pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang setiap hari Jumaat hingga Ahad


Gambar Marshanda sebagai Putri dan Rionaldo Stokhorst sebagai Raja


Video klip lagu tema sinetron Putri Yang Terbuang: Kenangan Terindah - Samsons

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada gransaze Channel)

Lirik lagu tema sinetron Putri Yang Terbuang - Kenangan Terindah - Samsons

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

Darimu, kutemukan hidupku
Bagiku, kau lah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


Gambar Rionaldo Stokhorst sebagai Raja dalam Sinetron Putri Yang Terbuang

Dibintangi oleh Pelakon:

Marshanda sebagai Putri
Rionaldo Stokhorst sebagai Raja
Raya Kohandi sebagai Linda
Chacha Frederica sebagai Tabitha
Gading Marten sebagai Febian
Meriam Bellina sebagai Asti
Dina Lorenza sebagai Yuna
Drg Fadli sebagai Carlos
Ria Probo sebagai Susan
Leily Sagita sebagai Rima
Yadi Timo sebagai Yudi

Episod 33:

Raja memberitahu papanya, Carlos dia ingin pindah keluar dari rumah mereka. Walaupun papanya menasihatinya agar habis persekolahan dahulu dan kemudiannya dia menghantar Raja ke luar negeri untuk melanjutkan pelajarannya dahulu, Raja tetap dengan pendiriannya. Dia memberitahu papanya dia ingin hidup sendiri dan mencari pekerjaan kelak. Dia tidak mahu lagi terlalu bergantung pada ayahnya.

Linda mencari Raja lalu memberitahunya apakah yanag akan berlaku seandainya Putri mendapati Raja bukanlah seperti yang difikirkannya selama ini tetapi cuma seorang anak kepada penganggur dan pemalas. Tetapi Raja percaya Putri bukanlah sepertimana yang difikirkan Linda.

Setibanya di rumah Raja mengemaskan barang keperluannya untuk keluar dari rumah mereka. Raja memarahi mamanya dengan mengatakan sekiranya dia sayang padanya kenapa mamanya sanggup membiarkan dia hidup dalam kebohongan. Raja tidak mahu terus tinggal di rumah itu kerana katanya semakin lama dia tinggal di situ semakin muak perasaannya terhadap semua ini. Raja meminta mamanya agar tidak menghalangnya keluar dari rumah itu lagi untuk kebaikan semua orang. Yuna tidak rela atau sanggup melihat anaknya meninggalkannya.

Yuna terus mengejar Raja dan memberitahunya bahawa papanya sedang sakit tenat tetapi Raja enggan mendengar semua ini dan minta mamanya jangan menipunya. Belum sempat Raja keluar, pembantu rumah mereka dengan perasaan cemas memberitahu Yuna bahawa Carlos sudah dimasuki ke rumah sakit kerana sakit tenat.

Sewaktu di rumah sakit, Yuna memberitahu Raja betapa gembiranya papanya apabila mendapat tahu anak yang dilahirkan adalah anak lelaki dan sejak itu Raja diberi kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Demi menggembirakan suaminya, Yuna tidak sanggup untuk berterus terang dengannya mengenai anak kandung mereka sebenarnya adalah perempuan. Kebohongan Yuna adalah semata-mata demi kebahagiaan dan kesihatan suaminya.

Yuna amat berterima kasih kepada Raja yang akhirnya mahu terus tinggal bersama mereka demi papanya. Raja terkenangkan masa silam sewaktu dia masih kecil dan bagaimana papanya, Carlos begitu menyayanginya.

Carlos gembira melihat Raja pergi menjenguknya di rumah sakit. Dia meminta maaf daripada Raja kerana keadaannya yang tenat telah membuat Raja risau. Raja memberitahu papanya dia akan mengikut mereka dan terus tinggal bersama mereka. Papanya begitu bersyukur dan gembira dengan keputusan Raja.

Raja memberitahu apa yang telah terjadi dan Putri terus memberi sokongan dan minta Raja kuatkan semangatnya. Putri melawat Carlos di rumah sakit dan diberi layanan yang baik daripada Carlos. Carlos memberitahu Putri dia gembira melihat Putri. Keadaan Carlos sedang beransur pulih menurutnya. Putri membawa masakan daripada ibunya, Susan untuk Carlos.

Kisah sinetron Putri Yang Terbuang akan bersambung dalam episod ke-34 yang disiarkan di Astro Prima Saluran 105 pada hari Ahad, 13 Julai 2008 pada waktu yang sama.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang lain.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by