Episod 29 Sinetron Putri Yang Terbuang - Bagaimanakah perhubungan Raja dengan Putri setelah Putri mendapat tahu daripada Linda bahawa Raja telah membohonginya?
Marshanda dan Rionaldo Stokhorst dalam Sinetron Putri Yang Terbuang bersiaran setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 4.00 petang di Astro Prima Saluran 105
Dibintangi oleh Pelakon:Marshanda sebagai Putri
Rionaldo Stokhorst sebagai Raja
Raya Kohandi sebagai Linda
Chacha Frederica sebagai Tabitha
Gading Marten sebagai Febian
Meriam Bellina sebagai Asti
Dina Lorenza sebagai Yuna
Drg Fadli sebagai Carlos
Ria Probo sebagai Susan
Leily Sagita sebagai Rima
Yadi Timo sebagai Yudi
Episod 29: Jumaat, 4 Julai 2008Setelah Raja meninggalkan rumah Linda, dia mengenang kembali apa yang diluahkan Asti kepadanya tetapi dia tidak dengar keluhan Asti mengatakan dia adalah sebenarnya ibu kandung kepada Raja.
Raja ingin menyewa bilik tetapi terpaksa membayar wang pendahuluan 50 peratus daripada RP2.5 juta untuk setahun. Disebabkan Raja tidak mampu untuk membayar wang sebanyak itu, dia bercadang untuk tinggal di rumah rakan karibnya Glen sahaja.
Ibu Linda, Asti menyesali dan berasa amat sedih setelah Raja keluar meninggalkan rumah mereka. Linda memberitahu Putri yang Raja masih belum pulan ke rumahnya sendiri lalu Putri menegur Raja kerana dia telah membohonginya.
Raja berasa hampa apabila Putri tidak memahami hatinya yang begitu mencintai Putri hingga sanggup keluar dari rumah demi untuk teruskan perhubungan mereka. Ibu Glen pula tidak membenarkan Raja tinggal di rumah mereka. Di manakah agaknya Raja akan tinggal kini?
Putri terkejut apabila Raja muncul di depannya tanpa disedari sewaktu dia sedang menyidai pakaian. Mereka saling bermaafan dan Putri mengajak Raja tinggal di rumahnya. Raja begitu gembira dan terharu mengenai hal ini.
Linda memberitahu ibunya, Asti bahawa buat sementara waktu Raja sedang tinggal di kediaman Putri dan ini membangkitkan kemarahan Asti. Tanpa berfikir panjang dia telah pergi mencari dan berjumpa dengan Susan, ibu angkat Putri.
Dia membantah Raja tinggal di rumah Susan dan menyuruh Susan agar tidak membenarkan Raja tinggal di situ tetapi Susan kurang setuju. Pertelingkahan sengit berlaku hingga menyebabkan Asti cuba mencekik Susan. Yudi ternampak kejadian itu dan cuba menolong Susan. Asti berasa cemburu akibat hal ini.
Di rumah keluarga Raja, ibunya, Yuna terus merindui anaknya yang telah meninggalkan kediaman mereka tempoh hari. Dia berasa sedih dan tidak mempunyai selera untuk makan atau tidur dengan lena. Disebabkan kerinduan yang amat dirasainya terhadapa anaknya, Yuna asyik terkenangkan peristiwa silam sebelum Raja meninggalkan kediaman mereka.
Yuna cuba meminta maaf daripada suaminya, Carlos tetapi tidak dihiraukannya atas perbuatannya tempoh hari yang telah menghalau anak kesayangannya, Raja.
Di penghujung episod kisah sinetron Putri Yang Terbuang, seminit sebelum berakhirnya episod ke-29, Yuna pengsan. Kisah sinetron ini akan bersambung di episod ke-30 pada waktu yang sama, 5 Julai 2008 di Astro Prima Saluran 105.
0 comments :
Post a Comment