Tuesday, July 15, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-27 YANG DISIARKAN PADA 15 JULAI 2008,PADA JAM 2.30 PETANG ISNIN G DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-27 YANG DISIARKAN PADA 15 JULAI 2008, SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


GAMBAR PELAKON SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU

Dibintangi oleh:

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel


Gambar Dude Harlino sebagai Taufan (Tarikh lahir Dude Harlin : 2 Disember 1980 di Jakarta)

Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian


Gambar Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-27 bahagian pertama


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-27 bahagian ke-2



Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-27 bahagian ke-3


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-27 bahagian ke-4


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-27 bahagian ke-5 (4.38 minit sebelum berakhirnya episod 27)

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel atas sumber video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-27)

Episod ke-27

Bermula dengan gembiranya Rona dan Bayu apabila terdengar Adel mengumumkan bahawa setengah daripada harta Nico akan menjadi milik mereka sebagai pampasan atas kematian Tatia.

Apabila Adel ditegur oleh Nico dan Vivian tentang pengumuman 50 peratus daripada harta mereka diberikan kepada Rona dan Bayu, Adel membalas dengan mengatakan Vivian sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini yang menyebabkan kematian Tatia dan juga menuduh Vivian sebagai pembunuh.

Vivian berasa begitu sedih apabila Adel menganggapnya sebagai pembunuh. Di rumah Taufan, neneknya begitu cemas apabila mendapati Tatia tiada di kamarnya. Mereka cuba mencari Tatia di setiap ruang rumah tetapi masih gagal berjumpa dengannya. Akhirnya Taufan terjumpa Tatia sedang bersolat dan terus menegurnya dan mengatakan Tatia adalah beban berat kepada keluarga mereka.

Adel pergi ke rumah Rafli dan menjelaskan kepada Rafli kenapa dia terpaksa berkelakuan seperti tidak sukakan Tatia. Menurut Tatia, sebenarnya papanya, Nico takut dia kehilangan Rafli yang cintakan Tatia dan merampasnya daripada Adel. Adel memberitahu Rafli lagi bahawa dia percaya bahawa Tatia masih hidup.

Vivian terpaksa buat kerja dan mencuci pinggan mangkuk yang masih belum terurus di dapur. Rona dan Bayu asyik makan makanan yang enak sehingga terlalu kenyang dan ini menyebabkan Rona terpaksa pergi ke bilik air berulang kali.

Timo menyelamatkan Vivian apabila Rona cuba membuat sesuatu kepada Vivian yang mendekati air yang sedang mendidih di dapur. Sekiranya Timo tiada di situ pada waktu itu, entah apa yang akan berlaku kepada Vivian.

Badai pergi ke rumah Taufan dan ternampak Tatia sedang mengeringkan rambutnya. Dia terpikat oleh kecantikan Tatia. Kisah sinetron Kisah sinetron Anakku Bukan Anakku akan bersambung dalam episod seterusnya iaitu episod ke-28 pada hari esok, Selasa pada 16 Julai 2008 pada waktu yang sama.


"Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaan Hati dan Nurani"

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by