Monday, July 7, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-22 YANG DISIARKAN PADA 7 JULAI 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3.


EPISOD 22: ANAKKU BUKAN ANAKKU PADA HARI ISNIN, 7 JULAI 2008 DI TV3


GAMBAR PELAKON SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU


Video klip lagu tema Anakku Bukan Anakku Alhamdulillah - Opick feat. Amanda
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada syafiq7400 Channel)

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku]

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan

Dibintangi oleh:

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi - Adel
Krisna Mukti - Nico
Raslina Rasidin - Vivian
Eeng Saptahadi - Bayu
Vicky Burki - Syaitan
Femmy Permatasari - Luci
Him Damsyik - Pengemis Buta
Ana Pinem - Rona
Boy Irshandi - Ian




Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku Episod 21 - 12.31 minit sebelum berakhirnya episod 21

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel atas sumber video klip Sinetron Anakku Bukan Anakku Episod 21 episod ke-5)

Sambungan Kisah Sinetron Anakku Bukan Anakku daripada episod 21 pada 2 Julai 2008 Ke-22 pada 7 Julai 2008 jam 2.30 petang.

Episod 22

Kisah sinetron Anakku Bukan Anakku bersambung menceritakan Noco dan Vivan bersiap untuk pergi ke gunung(puncak. Luci pula terjerit-jerit kerana suaminya telah mengurungnya di dalam bilik agar dia tidak boleh meneruskan perjalanan ke gunung.

Terlintas satu cadangan di kepalanya membuat aduan polis dengan mengatakan suaminya telah menderanya di kediaman mereka. Rona dan Adel begiut risau sekiranya Nico dan Vivian akan terserempak dengan Bayu di gunung. Dalam hati mereka terfikirkan betapa baiknya seandainya Nico dan Vivian tidak akan berjumpa dengan Tatia sebaliknya mmenjumpai mayatnya.

Polis sampai dan terus menyerbu masuk ke kediaman ibubapa Rafli. Mereka memberitahu Ian bahawa mereka telah menerima aduan berkenaan dengan kes dera di kediaman mereka. Ian telah diarahkan membuka pintuk bilik mereka. Setelah pintu dibuka Luci terus mengadu kepada polis bahawa suaminya, Ian kurang waras dan dia terus keluar untuk ke gunung juga.

Di gunung(puncak), Rafli bercadang untuk melarikan diri bersama Tatia dengan segera. Tatia bersetuju untuk mengikutnya ke mana jua Rafli pergi agar mereka dapat bersama. Edo dan rakan-rakannya terdengar perbualan mereka mengenai cadangan mereka untuk melarikan diri.

Dalam satu babak yang lain mengisahkan Bayu telah tiba di gunung(puncak) dengan menaiki teksi. Tatia dan Rafli mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan karib mereka sebelum melarikan diri.

Puan Yosi(syaitan) tiba-tiba muncul di hadapan Rafli dan bertanya kepada Rafli ke mana dia hendak pergi tergesa-gesa begitu dengan begnya. Puan Yosi kemudian memaksa Rafli untuk memberikan sebab arah tujuannya tetapi tidak berjaya kerana guru-guru yang lain tiba dan menghalang Puan Yosi. Mereka telah mengetahui perkara yang sebenar tentang tidak ketidakwujudan Puan Yosi daripada Kementrian Pendidikan.

Pada masa yang sama, Tatia yang sedang memerhatikan peristiwa tersebut telah ditangkap oleh Edo dan nyaris diperkosakannya. Oleh sebab gelang Tatia telah tercicir sewaktu pergelutan, dia telah menggunakan cucuk sanggulnya untuk mencucuk mata kiri Edo.

Tatia berjaya melarikan diri dalam pertengahan jalan, seseorang telah menahannya. Siapakah agaknya orang itu? Kisah sinetron ini semakin mencemaskan. Walau bagaimanapun, jangan lupa untuk terus mengikuti sambungan kisah sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-23 pada hari esok 8 Julai 2008di TV3 pada waktu yang sama.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by