Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
EPISOD 20: ANAKKU BUKAN ANAKKU PADA HARI RABU, 2 JULAI 2008 DI TV3
GAMBAR PELAKON SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU
Video klip Alhamdullilah Lagu Tema Anakku Bukan Anakku dengan lirik lagu.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada syafiq7400 Channel untuk video klip Alhamdullilah - Opick feat. Amanda)
Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku]
Bersujud kepada Allah Bersyukur sepanjang waktu Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah Menjaga keikhlasan-Nya Semoga dirimu semoga langkahmu Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah Bersyukur pada Mu ya Allah Indah dalam kebersamaan Hilanglah sebuah perbedaan
Dibintangi oleh:
Roger Danuarta - Rafli
Nabila Syakieb - Tatia
Raya Kohandi - Adel
Krisna Mukti - Nico Raslina Rasidin - Vivian Eeng Saptahadi - Bayu Vicky Burki - Syaitan Femmy Permatasari - Luci Him Damsyik - Pengemis Buta Ana Pinem - Rona Boy Irshandi - Ian
Sambungan Kisah Sinetron Anakku Bukan Anakku daripada episod 19 pada 1 Julai 2008 Ke-20 pada 2 Julai 2008 jam 2.30 petang.
Rona begitu terharu apabila Adel mengakui dan menerimanya sebagai ibu kandungnya. Dengan perasaan yang gembira, dia membawa Adel pergi berjumpa dengan bapa kandungnya yang sedang duduk di halaman rumah. Apabila Adel terlihat bapanya di sana dia mengalirkan airmata tetapi mengeringkannya serta merta apabila ternampak Vivian. Vivian memanggil Rona dan memintanya untuk meneruskan kerja lap lantai sehingga kering kerana khuatir Adel akan terjatuh sekiranya terpijak lantai yang basah di dalam rumah.
Luci, ibu Rafli pula mengemaskan bajunya dan bersiap sedia untuk pergi ke gunung dengan harapan dapat mengawasi anaknya Rafli dan Tatia supaya tidak berdua-duaan. Tetapi telah dihalang oleh Ian, suaminya yang telah mengunci bilik mereka.
Kerja rumah Rona sebagai pembantu masih belum terurus dan sewaktu dia sedang disuap oleh Adel makan ais krim kedengaran Vivian menuju ke bilik Adel. Rona segera lapkan mulutnya tetapi masih terdapat sisa ais krim di bibirnya. Rona menerima teguran daripada Vivian kerana tidak meneruskan kerja rumahnya.Adel memihak Rona dengan memberitahu Vivian bahawa dia yang telah menyuapkan ais krim kepada Rona dan menambahkan lagi bahawa kedua Bayu dan Rona sebenarnya kelihatan setia kepada keluarga mereka.
Di gunung, Puan Yosi(syaitan) dihalang oleh guru yang lain apabila dia hendak mengikuti pelajar meneruskan perjalanan penyelidikan mengenai alam sekitar. Ini membuat Puan Yosi berasa kurang senang. Edo dan rakan-rakannya yang jahat juga bercadang untuk memerangkap Tatia yang berada di gunung(puncak).
Adel memberitahu Bayu bahawa dia telah mengetahui hal yang sebenar bahawa kedua Bayu dan Rona adalah ibu bapa kandungnya(Apakah agaknya tujuan sebenar Adel berbaik-baik dengan mereka? Mungkin Adel ingin mempergunakan kedua-dua ibu bapanya demi kekayaan dan kuasa. sapphire blu masih berpendapat perkara ini tidak semudah itu. Atau adakah anggapan sapphire blu terhadap Adel salah?)
Bayu memberi jaminan kepada anaknya, Adel bahawa dia tidak akan membiarkan Tatia pulang ke rumah dengan selamat sepertimana yang dikehendaki oleh Adel. Vivian mencari anaknya, Adel di bilik Rona dan Bayu tetapi mereka memberitahu Vivian Adel tiada di situ. Vivian ternampak seperti seorang dalam selimut dan dia menuju untuk membuka selimut itu. Apakah reaksi Vivian apabila dia membuka selimut tersebut dan terjumpa Adel di situ?
Jangan lupa untuk terus mengikuti kisah sinetron penuh dengan aksi cemas dalam episod seterusnya pada hari esok. Kisah sinetron yang pasti menceriakan petang anda akan bersambung pada hari esok, 3 Julai 2008, Khamis dalam episod ke-21 di TV3 pada waktu yang sama.
Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaan Hati dan Nurani"
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.
0 comments :
Post a Comment