Wednesday, June 18, 2008

SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERDIRI DARIPADA 65 EPISOD DIJANGKA AKAN BERSIARAN EPISOD TERAKHIR PADA PERTENGAHAN BULAN SEPTEMBER 2008


SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU PADA JAM 2.30 PETANG HINGGA 3.30 PETANG SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS DITV3. KISAH SEDIH YANG BEGITU MENYAYAT HATI INI PASTI AKAN LEBIH MENCERIKAN PETANG SETIAP PENONTON DAN PEMINAT SETIA SINETRON INI.



Setiap insan yang hidup di dunia ini pasti akan menempuhi cabaran hidup yang berliku-liku. Begitulah juga kisah yang terdapat dalam sinetron Anakku Bukan Anakku yang kini bersiaran di TV3.

Bayu dan isterinya Rona diuji sekuat mana iman mereka. Walau bagaimanapun Bayu adalah seorang yang begitu lemah dan lebih rela berpihak pada bisikan jahat daripada mengikut jalan yang benar.

Di permulaan cerita sinetron ini, Bayu menukarkan bayi yang sememangnya dia tidak mengharapkan kehadirannya dengan bayi kepunyaan pasangan jiran mereka, Nico dan Vivian sejurus bayi itu dilahirkan di bilik bayi tanpa disedari oleh sesiapa.

Walaupun pasangan Nico dan Vivian adalah daripada golongan yang berada tetapi mereka begitu baik hati terutama sekali Vivian yang begitu prihatin dan mempunyai hati yang murni. Apakah nasib yang akan menimpa bayi yang telah ditukarkan oleh Bayu?

Jangan lupa untuk menonton episod seterusnya hingga ke episod akhir kerana ia pasti tidak akan mengecewakan sesiapa yang terus mengikuti sambungan cerita sinetron ini.



(Terima kasih dan kredit diberikan kepada wasteup Channel untuk petikan video klip soundtrack Anakku Bukan Anakku)



Video klip episod 9 daripada 65 episod yang disiarkan pada 12 June 2008, Khamis 2008.


Anakku Bukan Anakku (Epi 9) - Part 1/5


Anakku Bukan Anakku (Epi 9) - Part 2/5


Anakku Bukan Anakku (Epi 9) - Part 3/5


Anakku Bukan Anakku (Epi 1) - Part 4/5


Anakku Bukan Anakku (Epi 9) - Part 5/5

Terima kasih dan kredit diberikan kepada gransaze Channel atas sumber video klip episod 9 Bahagian 1 - 5 Anakku Bukan Anakku)

Sutradara : Key Mangunsong
Produser : Leo Sutanto
Penulis : Deni Chistantra
Produksi : SinemArt

Dibintangi Oleh:


Siapakah pilihan Rafli di antara dua - Tatia dan Adel?

Roger Danuarta - Rafli
Nabila Syakieb -Tatia
Raya Kohandi - Adel
Krisna Mukti - Nico
Raslina Rasidin - Vivian
Eeng Saptahadi - Bayu
Vicky Burki - Malaikat Hitam
Femmy Permatasari - Luci
HIM Damsyik - Pengemis Buta
Ana Pinem - Rona
Boy Irshandi - Ian

Terima kasih dan kredit diberikan kepada: www.sinemart.com maklumat nama krew produksi (cast dan crew sinetron Anakku Bukan Anakku)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by