ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-15
Roger Danuarta - Rafli
Nabila Syakieb - Tatia
Raya Kohandi - Adel
Krisna Mukti - Nico
Raslina Rasidin - Vivian
Eeng Saptahadi - Bayu
Vicky Burki - Syaitan
Femmy Permatasari - Luci
HIM Damsyik - Pengemis Buta
Ana Pinem - Rona
Boy Irshandi - Ian
Adakah Tatia akan berada dalam kesusahan apabila Adel membuat tuduhan palsu bahawa Tatia menolaknya jatuh dari tangga sekolah?
Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Jawapannya terungkai pada episod ke-15. Pengetua sekolah telah dimaklumkan tentang kemalangan yang menimpa Adel lalu Tatia dipanggil masuk ke pejabat. Tatia tidak dapat membela dirinya yang tidak bersalah kerana kedua-dua rakan karib Adel bersubahat mengatakan bahawa mereka menyaksikan Tatia menolak Adel ke bawah tangga dengan sengaja. Akibatnya, Tatia nyaris dibuang sekolah.
Sekembalinya ke kelas, Rafli bersama-sama Dahlia dan seorang rakan yang lain ternampak seorang pelajar sedang menangis teresak-esak. Kebenaran akhirnya terbukti apabila pelajar tersebut menidakkan tuduhan yang dilemparkan terhadap Tatia. Setelah itu, Vivian mendapat panggilan daripada pihak hospital mengatakan bahawa Adel tidak boleh pergi ke gunung akibat keretakan pada kakinya.
Sejurus selepas itu, pengetua sekolah menelefon lalu memberitahu bahawa Tatia telah difitnah dan Adel perlu memberikan penjelasan tentang tuduhannya terhadap Tatia. Vivian kemudiannya menggunakan kebijaksanaannya memaksa Adel mengaku tentang fitnah yang telah dilakukannya terhadap Tatia.
Oleh sebab Adel tidak dobenarkan pergi ke gunung, Tatia telah dicadangkan untuk Vivian untuk menggantikan Adel. Berita ini telah diketahui oleh Adel dan dia berasa sungguh marah. Sementara itu, Tatia telah terperangkap dalam jerat apabila rakan Edo membohonginya bahawa abangnya, Timo telah ditimpa kemalangan.
Tanpa berlengah lagi, dia terus meluru masuk ke dalam pusat snuker milik Edo untuk mencari Timo tetapi orang yang ditemuinya ialah Edo. Edo menariknya dan cuba menodainya tetapi tidak berjaya kerana pelindung Tatia berupa seutas rantai di lengannya telah menghalang Edo daripada mencederakannya.
Kisah Anakku Bukan Anakku akan bersambung pada hari esok, 25 Jun 2008 pada waktu yang sama di TV3 dalam episod ke-16. Terus menonton sinetron yang penuh dengan suspen ini.
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Krisna Mukti Nico
Ana Pinem sebagai Rona
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Femmy Permatasari sebagai Luci
Boy Irshandy sebagai Ian
Dan Him Damsyik sebagai pengemis buta
Vicky Burki sebagai syaitan
"MANUSIA DAPAT MENIPU SESAMANYA TAPI TAK SEORANGPUN DAPAT BERSEMBUNYI DARINYA"
Terus mengikuti kisah sinetron ini hingga setiap hari Isnin - Khamis pada waktu yang sama, 2.30 petang - 3.30 petang hingga ke penghujung cerita . Sinetron ini akan tiba di penghujung cerita iaitu episod 65 dalam pertengahan September 2008.
Sekian, daripada sapphire blu untuk semua peminat sinetron Anakku Bukan Anakku dalam kemaskini kali ini.
0 comments :
Post a Comment