Episod 28 Sinetron Putri Yang Terbuang - Di manakah Raja akan tinggal apabila dia enggan pulang ke rumahnya?
Marshanda dan Rionaldo Stokhorst dalam Sinetron Putri Yang Terbuang bersiaran setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 4.00 petang di Astro Prima Saluran 105
Dibintangi oleh Pelakon:
Marshanda sebagai Putri
Rionaldo Stokhorst sebagai Raja
Raya Kohandi sebagai Linda
Chacha Frederica sebagai Tabitha
Gading Marten sebagai Febian
Meriam Bellina sebagai Asti
Dina Lorenza sebagai Yuna
Drg Fadli sebagai Carlos
Ria Probo sebagai Susan
Leily Sagita sebagai Rima
Yadi Timo sebagai Yudi
Episod 28: Ahad, 29 Jun 2008Sambungan kisah sinetron Putri yang Terbuang: Raja pergi ke sekolah tanpa pulang ke rumah pada keesokan pagi. Sewaktu dalam kelas Raja rasa mengantuk dan disuruh gurunya pergi mencuci muka. Dia terserempak dengan Putri di depas bilik air dan Raja menipunya bahawa dia telah pulang ke rumah.
Yuna pula meminta maaf daripada Asti kerana katanya dia telah membuat salah tuduhan terhadap Linda dan kemudiannya meminta Linda untuk bermalam di rumahnya untuk satu malam. Yuna berasa amat gembira dengan tawaran Yuna dan bersetuju.
Dalam satu babak yang lain menceritakan bahawa Yudi terjumpa Raja yang tidak pulang ke rumah selepas sekolah lalu dia mengajaknya untuk pulang ke rumahnya sendiri dan tinggal di sana buat sementara waktu. Apabila Asti nampak Raja dia berasa amat terharu dan menyiapkan bilik Linda untuknya.
Di sekolah, Linda dengan sombongnya memberitahu Putri yang Raja telah bersarapan pagi dengannya sebelum ke sekolah apabila dia mendapat tahu Putri menyediakan bekal makanan untuk Raja. Raja meminta Linda untuk merahsiakan tentang dia tinggal di rumah keluarga Linda atau dia akan terus keluar dari rumah itu. Linda kemudiannya berjanji akan menyimpan rahsia itu daripada Putri. Putri yang tidak tahu tentang apa yang terjadi berasa cemburu dan sedih.
Sewaktu Raja menolong Asti di bilik dapur untuk menyediakan makanan tengahari, Linda dengan senyap memasuki kamar tidur Raja dan ternampak gambar Raja yang diambil bersama Putri. Dengan perasaan dengki dan cemburu dia membaling gambar itu ke lantai dan bingkai itu pecah.
Raja meninggalkan rumah itu kerana katanya kepada Asti, seandainya Putri tidak disukai oleh mana-mana pihak, adalah lebih baik dia meninggalkan tempat itu. Dia juga memberitahu Asti bahawa dia tidak berhak untuk mengatur hidupnya kerana tiada apa perhubungan di antara dia dan Asti. Asti berasa amat sedih apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Raja kepadanya.
Bagaimanakah kisah selanjutnya? Jangan lupa untuk terus mengikuti episod 29 sinetron Putri Yang Terbuang pada 4 Julai 2008 jam 4.00 petang di Astro Prima Saluran 105.
0 comments :
Post a Comment