Wednesday, June 25, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-16 PADA 25 JUN 2008, HARI RABU JAM 2.30 PETANG - 3.30 PETANG DI TV3


ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-16





Dibintangi oleh:

Roger Danuarta - Rafli
Nabila Syakieb - Tatia
Raya Kohandi - Adel
Krisna Mukti - Nico
Raslina Rasidin - Vivian
Eeng Saptahadi - Bayu
Vicky Burki - Syaitan
Femmy Permatasari - Luci
HIM Damsyik - Pengemis Buta
Ana Pinem - Rona
Boy Irshandi - Ian


Video klip Sinetron Anakku Bukan Anakku - Episod 16 Bahagian Pertama


Video klip Sinetron Anakku Bukan Anakku - Episod 16 Bahagian ke-2


Video klip Sinetron Anakku Bukan Anakku - Episod 16 Bahagian ke-3


Video klip Sinetron Anakku Bukan Anakku - Episod 16 Bahagian ke-4

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk atas sumber video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 16)

Episod ke-16 bermula apabila Luci menelefon Nico untuk bertanya tentang keadaan Adel. Nico menyampaikan berita buruk tersebut lalu mengatakan bahawa Tatia akan menggantikan Adel dalam ekspedisi ke gunung.





Luci terperanjat dan mengambil keputusan untuk menghalang Rafli daripada pergi ke gunung kerana bimbang Tatia akan melakukan sesuatu untuk mendampingi anaknya. Akhirnya, Rafli disokong oleh ayahnya dan dia tetap akan pergi ke gunung tanpa sebarang halangan.





Bisikan syaitan telah meracuni fikiran Rona dan Bayu untuk berterus-terang dengan majikan mereka, Vivian, supaya tidak terlalu mengatur kehidupan anak mereka iaitu Tatia. Vivian berasa sungguh marah lalu mengatakan bahawa dia tidak suka sikap mereka berdua yang malas dan mereka tidak diusir dari rumah itu disebabkan Tatia yang amat disayanginya.





Ketika Tatia pulang dari masjid, dia telah terserempak dengan pengemis buta tersebut dan pengemis itu menyuruh Tatia supaya terus mempercayai tentang kewujudan Tuhan dan terdapat lebih ramai lagi orang yang lagi tidak bernasib baik berbanding dirinya. Sebaik sahaja Tatia tiba di rumah, dia terdengar pertelingkahan antara Vivian dan Nico tentang dirinya. Oleh sebab tidak menginginkan sebarang pergolakan keluarga, Tatia telah pergi ke rumah Rafli untuk menghalangnya daripada pergi ke gunung.


Bagaimanakah reaksi Rafli apabila mengetahui bahawa Tatia inginkannya mengundur diri?

Jangan lupa untuk mengikuti episod ketujuh belas pada Hari Khamis 26 Jun 2008 pada waktu yang sama di TV3.


"Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaan Hati dan Nurani"

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Hingga kita bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by