Tuesday, June 10, 2008

KONSERT CORNETTO LOVE SPARKS - MULANYA DI SINI PADA 28 JUN 2008 DI LOKASI PADANG MERBOK, JALAN PARLIMEN, KUALA LUMPUR PADA JAM 7.30 MALAM


(Terima kasih dan kredit kepada: mstar online untuk informasi gambar Dafi, Mila, Stacy dan Mawi)

Kepada peminat Dafi, Mawi, Mila, Gita Gutawa, Estranged dan Stacy jangan lupa untuk menonton "Konsert Cornetto Love Sparks - Mulanya Di Sini" anjuran ais krim yang dikenali ramai iaitu Walls Cornetto, yang akan diadakan di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Siaran langsungnya akan bermula pada jam 7.30malam.

Menurut sumber berita, lima penyanyi popular dan Stacy yang merupakan bintang baru dari Akademi Fantasia 6 bergabung tenaga membuat persembahan konsert ini dengan tujuan menghargai cinta, muzik dan persahabatan. Selain daripada enam artis yang akan bergabung tenaga untuk menjayakan konsert tersebut, kumpulan Estranged dan penyanyi comel dari Indonesia juga akan turut menghiburkan anda.

Kepada sesiapa yang berminat untuk ke "Konsert Cornetto Love Sparks - Mulanya Di Sini" dengan memasuki peraduan melalui SMS, Caranya mudah saja iaitu menghantar kod unik yang terdapat pada kon ais krim keluaran Walls Cornetto. Hantarkan melalu SMS ke 36323 untuk mememenagi tiket konsert ini. Tarikh tutup peraduan adalah pada 25 Jun 2008. Janagan lepaskan peluang untuk pergi ke konsert yang meriah ini.

Terima kasih kepada sumber di atas informasi Konsert Cornetto Love sparks - Mulanya Di Sini - Thank you and credits to all sources for the information of this konsert)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by