ULASAN KONSERT LENGKAP MINGGU KE-LAPAN YANG TELAH DI SIARKAN DARI DEWAN SIVIK MBPJ PADA 10 MEI 2008 SECARA LANGSUNG DI ASTRO RIA SALURAN 104 (RECAP OF THE 8TH WEEK CONCERT OF AKADEMI FANTASIA SEASON 6)GAMBAR-GAMBAR KONSERT MINGGU KE-LAPAN JUGA DISERTAKAN.( PICTURES DURING THE CONCERT ALSO INCLUDED FOR VIEWING)
Helo salam daripada sapphire blu. Konsert minggu ke-lapan baru berakhir semalam pada 10 Mei 2008. Sepertimana yang dijangka konsert tersebut telah mendapat sambutan yang begitu meriah dengan tepukan dan sorakan yang gemuruh. Akademi Fantasia memang amat digemari oleh orang ramai termasuk sapphire blu.
Konsert minggu ini dimulakan dengan persembahan lagu bonus (Sembunyi/ Ada Apa Dengan Cinta) daripada 6 pelajar Akademi Fantasia musim ini.
Pengacara AC Mizal
Begitu meriahnya Dewan Sivik MBPJ dipenuhi dengan penonton
Pengundi SMS tertinggi untuk minggu ke-7 adalah Kam Choy Hong
Kedudkan Afundi sebelum konsert ke-8
1. Stacy 21%
2. Riz 18%
3. Stanly 16%
4. Nadia 15%
5. Toi 15%
6. Nubhan 15%
Tiga Pengkritik konsert minggu ke-8 dan mereka adalah:
Fauziah Ahamad Daud (Kak Ogy)
Ning Baizura
Ida Nerina adalah Pengkritik Undangan konsert minggu ini
Tetamu Artis Jemputan, Aishah membuat persembahan "Syurga Di Telapak Kaki Ibu" untuk mengenang jasa-jasa ibu sempena "Hari Ibu" pada 11 Mei 2008
Apa kata Pengkritik kepada 6 pelajar mengenai persembahan mereka:
Toi - Kasih Berduka (M Osman)
Kak Ogy: Konsep persembahan untuk "funfair". Tidaklah mengecewakan. Keyakinan dah build up. Kadang-kadang emosi tak selari dengan aksi. Overall I enjoyed your performance. Bekerja dengan lebih keras jangan cepat putus asa.
Ning Baizura: Saya rasa baru malam ini baru kamu sudah menjumpai genre kamu. Permulaan lenggok lembut tetapi tengah-tengah keras sikit. Pitching better. Opening bagus. Kena selalu belajar dengan cikgu. eye contact very good. Keep it up.
Ida Nerina: Lepas last week punya konsert, Kak Ida rasa you were weak. Tapi I rasa ada hikmah yang amat bagus minggu ini. Kali ini saya tengok awak punya performance have a great opening. Very good. Saya ingat opening It's a cheeky performance. Kita enjoy sebab you kelihatan having fun. Be confident because the cheekiness works.
Kak Ogy: apa je yang dibuat di atas pentas mesti bersebab. Dah tiba masanya anda belajar mengeluarkan idea sendiri. Be creative dan bincang dengan Tenaga Pengajar. Taka semua lagu boleh "Redah Jer"
Ning Baizura: There is no doubt that you can sing. sometimes you project it too throaty. It will afffect your vocal performance. Sebutan you bagus. Tapi I suka sebab you have your own style.
Ida Nerina: I like this Japanese Harujuku style. To me, I suka sebab dari oepning you have defined your character and you stayed through to it and I suka you main dengan kamera. Saya nak bagi warning to the boys. There are two very strong women.
Stanly - Naluri Lelaki (Samsons)
Kak Ogy: Saya nampak Stanly enjoy with the song. Yang saya pelik, saya mengharapkan Stanly melakukan sesuatu yang "suave" daripala Stanly. And then Stanly punya habit Stanly suka pusiing begitu why, I don't understand. Dah lapan minggu Stanly suka buat macam itu. Tak kira lagu apa. I don't know why. What's wrong. Mata you roaming. Saya pinjam dialog Ramli MS. I pinjam Pengetua punya words. I know you enjoyed. I can see that you enjoyed your performance.
Ning Baizura: Permulaan very tapi perlu becareful sebab I know you are not sure. Sometimes you tend to over support your tone. Sometimes you swallow your words, swallow your notes so. Hyper sangat. You have to be more relaxed okay!!
Ida Nerina: Memang you suka lagu inikan? Ya, because I boleh nampak you excited. You are a very lucky student to get this song this week because you memang suka lagu ini. You mesti berterima kasih daripada Pengetua kerana lagu lagu ini sebab you suka sangat.You enjoyed your performance. Thank you.
RIZ : Laskar Cinta (Dewa)
Kak Ogy: Saya suka lagu ini tapi saya kecewa dengan persembahan anda. Sebagai pelajar anda mesti memikul tugasan dan sentiasa memberi di atas pentas. I think this is your worst performance. I am so sorry to say this. Kerana daripada awal awak sudah main "set" saya tak suka lagu ini. Sebagai seorang individu awak berhak untuk tidak menyukai lagu ini. Tetapi sebagai seorang pelajar anda harus memikul tanggungjawab kerana tugasan telah diberikan anda harus sentiasa memberi yang terbaik bila anda berada di atas pentas. I am very disappointed, Riz.
Ning Baizura: You have to be positive dik. Your low notes, mula-mula aje dah sumbang. Please don't force your vocals. You have to support from diaphragm on the lower and high range. Kalau anda jerit nanti tak sedap pulakan. I think you really need to ask your teachers how to confidently handle your notes especially your high and low notes okay!
Ida Nerina: Pada saya, for somebody who is reluctant to sing his song, you were okay. Kau kelihatan seksi but towards the end you have to hide it. Betul kata mereka, even if you don't like it you have to deal with it because you ada di Akademi sekarang.
Nubhan: Hanya Engkau Yang Mampu (Aizat)
Kak Ogy: Kenapa dari awal lagi awak macam tak sure masa nak masuk. Itu ketara sangat. Mungkin awak gementar ye, belajar mengawal situasi, itu rahsianya bila gugup atas pentas. Jangan situasi itu mengawal kita. Dari segi penghayatan sekejap ada tarikan sekejap tidak awak hilang. Tak konsisten langsung jadi nampak sangat Nubhan tidak bersatu dengan lagu. Belajar lagi ye!.
Ning Baizura: Kita orang dapat rasalah dik. That's not bad Nubhan. Kakak cuma berharap, buka lagi mulut because your voice is vert beautiful I think you know that by now dah konsert ke-8 tapi dik, cikgu banyak kali menekankan yang kalau terlampau banyak sangat breathy this is going to be dangerous in a long run for your voice. You have to learn to control the breathy tone supaya the placement is right. our note is right there already you know what to do. Yang penting jangan "shout" , please don't shout at your high notes. You just macam biasa macam semua orang, relax aje.
Ida Nerina: Memang sedap suara awak. Tapi Nubhan you kena free your body, pedulikan just do it because suara you memang sedap. Jangan malu-malu.
Stacy: Gembira Hidup Ini (Stacy)
Kak Ogy: Saya suka kerana anda gembira. You enjoyed yourself. Kamu begitu bersatu dengan lagu. I love your performance. Thank you for making my night. You go girl, you go!
Ning Baizura: Wah, baguslah kita teruja dengan persembahan awak pada malam ini, walaupun sedih tadi, you manage to control your emotions and feelings, that's very good. When you are singing the first note, jangan excited sangat kerana terjerit sikit bila excited. Dan ternyata satu hari nanti, kami akan jadi bintang.
Ida Nerina: Memang this week punya dressing is you. I am happy you didn't mengecewakan saya langsung.
Persembahan "Tak Tahu Antara Dua" di antara satu lagu bonus daripada pelajar AF ke-6
Persembahan lagu bonus "Paling Comel" daripada pelajar AF ke-6
Begitulah berakhirnya lagu bonus daripada 6 Pelajar
Konsert minggu kelapan baru sahaja selesai sebentar tadi setelah enam pelajar membuat persembahan "Menuju Puncak". Debaran dan degupan jantung yang lebih deras dapat dirasai oleh sapphire blu apabila sebuah beg berwarna merah terus diusung ke atas pentas Dewan Sivik MBPJ.
Debaran di setiap konsert amat dirasai tetapi semua ini adalah keputusan seratus peratus dari Pengundi. "Jari Menjadi Juri". Sebelum keputusan akhir diumumkan para pelajar berasa risau dan tidak ada senyuman yang kelihatan.
Konsert ke-8 ini akan menentukan samada mereka akan terus bergelar "Pelajar Akademi Fantasia" ataupun mereka terpaksa mengusung beg berwarna merah keluar meninggalkan Akademi Fantasia musim ini dari pentas Dewan Sivik dan tidak dapat meneruskan latihan tarian dan vokal mereka daripada Tenaga Pengajar.
Apabila Pengacara AC Mizal membuat penguguman bahawa tiada pelajar yang tersingkir dalam konsert minggu ini, sapphire blu terus berasa lega tetapi yang paling mengejutkan adalah Nadia yang merupakan salah seorang pelajar yang berpotensi untuk ke "Finals" berada di tangga kedudukan yang paling rapuh iaitu di tangga yang terbawah selepas undian ditutup.
Buat pertama kalinya sapphire blu mendapat kejutan di mana Nadia berada dalam keadaan merbahaya iaitu di tangga yang paling rapuh. Terus Afundi Nadia seandainya dia merupakan pelajar kesayangan anda.
Namun begitu, pasti terdapat penyingkiran dalam konsert minggu ke-sembilan yang akan diadakan pada 17 Mei 2008 dari Dewan Sivik MBPJ di Astro Ria Saluran 104, jam 9 malam.
Tiga orang Pengkritik, Kak Ogy, Ning Baizura dan Ida Nerina turut gembira apabila tiada penyingkiran dilakukan dalam konsert kali ini.
Seperti minggu ke-lapan, enam pelajar akan terus melangkah ke minggu ke-sembilan untuk mendapat latihan daripada tenaga pengajar untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi vokal mereka supaya mereka dapat membuat persembahan yang lebih baik lagi dalam konsert minggu ke-sembilan.
6 pelajar yang terus melangkah ke minggu ke-9 adalah:
Stacy - Stracy Angie Anam
Stanly - Stanley Maringai David Impi
Nubhan - Ahmad Nubhan Ahamad
Nadia - Nadia Haswani Hasnan
Riz - Mohamed Idris Mohd Zaizizi
Toi - Khairul Nizam Baharom
Berikut adalah kedudukan pelajar sebelum konsert dimulakan dan selepas undian ditutup pada 10 Mei 2008.
Carta kedudukan peratusan AFundi sebelum konsert minggu ke-lapan:
Stacy 21%
Riz 18%
Stanly16%
Nadia 15 %
Toi 15%
Nubhan 15%
Carta kedudukan peratusan terkini AFundi selepas undian ditutup:
Nubhan 19%
Riz 19%
Stacy 18%
Stanly 16%
Toi 16%
Nadia 13%
Terima kasih dan kredit kepada semua sumber ( Thank you and credits to all sources)
Sekian, daripada sapphire blu untuk anda semua. Hingga kita berjumpa lagi dalam kemaskini Diari Minggu Ke-9 Akademi Fantasia Musim Ke-6 pada 12 Mei 2008 hingga 16 Mei 2008.
0 comments :
Post a Comment