Saturday, May 3, 2008

KEPUTUSAN TERKINI KONSERT MINGGU KETUJUH AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-6 DARI PANGGUNG SARI ISTANA BUDAYA PADA 3 MEI 2008 SECARA LANGSUNG DI ASTRO RIA


Konsert minggu ke-tujuh disiarkan secara langsung di Astro Ria Saluran 104 dan saluran ini merupakan salah satu daripada saluran kegemaran sapphire blu





Milik siapakah beg berwarna merah ini? Siapakah pelajar yang akan mengusung beg ini dari Panggung Sari Istana Budaya di penghujung konsert? Semua penonton menanti keputusan yang diumumkan oleh Pengacara konsert mingguan, AC Mizal dengan hati yang berdebar-debar. Kini cuma tinggal 7 pelajar dan dikurangkan kepada 6 sahaja selepas malam ini.

Konsert minggu ke-ketujuh Akademi Fantasia Ke-6 baru sahaja berakhir dan keputusannya telahpun diketahui selepas undian ditutup. Siapakah agaknya pelajar yang tersingkir pada malam ini? Kesemua 7 pelajar telah cuba membuat persembahan mereka dengan sebaiknya malam ini.

Tidak seperti 6 konsert mingguan yang lalu di mana mereka membuat pesembahan di Pentas Sivik MBPJ. Kali ini terdapat kelainan di mana kesemua 7pelajar Adademi Fantasia musim ke-7 ini telah cuba sedaya upaya membuat persembahan pertama kalinya di Panggung Sari Istana Budaya yang diiringi dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan. Semestinya mereka tidak akan berasa sedikit cemas kalau dibandingkan pada minggu-minggu yang lalu.

Tujuh pelajar tersebut amat berharap untuk mendapat undian yang mencukupi untuk terus kekal ke minggu ke-lapan.











Dengan berakhirnya lagu "Menuju Puncak" undian ditutup dan Pengacara AC Mizal mengumumkan bahawa pelajar yang tersingkir adalah Alif kerana berada di tangga kedudukan yang paling rendah dan dengan ini dia gagal untuk mara ke minggu hadapan. Apakan daya segala keputusan muktamad adalah terletak di tangan pengundi. "Jari Menjadi Juri" di Akademi Fantasia.

Kini cuma tinggal 6 pelajar sahaja yang akan teruskan perjuangan mereka di Akademi Fantasia musim ini.

6 pelajar Akademi Fantasia yang akan membuat pesembahan dalam konsert minggu berikut iaitu pada 3 Mei 2008 adalah:



Riz
Nadia
Toi
Stanly
Nubhan
Stacy

Jangan lupa untuk mengikuti siaran Diari Akademi Fantasia Minggu Ke-lapan mulai 5 Mei hingga 9 Mei 2008. Jangan lupa untuk menonton aksi 6 pelajar membuat persembahan mereka dalam Konsert Minggu Ke-tujuh Akademi Fantasia musim yang ke-enam pada 10 Mei 2008 nanti.





Sekian daripada sapphire blu untuk anda. Sehingga berjumpa lagi esok dalam kemaskini yang akan datang. Selamat malam.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by