Saturday, April 12, 2008

KEPUTUSAN TERKINI KONSERT MINGGU KEEMPAT AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAM YANG DIADAKAN DI DEWAN SIVIK MBPJ SECARA LANGSUNG DI ASTRO RIA SALURAN 104

Keputusan Konsert Minggu Keempat Akademi Fantasia Musim Keenam pada 12 April 2008 telahpun diumumkan dan pelajar yang tidak mendapat undian yang mencukupi untuk terus kekal ke minggu hadapan adalah Faisal.

10 pelajar baru sahaja selesai membuat persembahan mereka. Mereka telahpun selesai menyanyi lagu "Menuju Puncak" Siapakah pelajar yang bakal tersingkir. Debaran terus berlaku dan degupan jantung semakin kuat terasa. Sebuah beg merah terletak di atas pentas di mana mereka selesai membuat persembahan.

Pengacara AC Mizal bertanya 10 pelajar tersebut, siapakah di antara mereka yang mereka rasakan tidak membuat persembahan dengan cukup baik pada malam ini. Kemudian kesemua 10 pelajar Akademi Fantasia musim keenam yang telah selesai membuat persembahan sebelum ini tampil ke hadapan. Mereka merasakan nyanyian yang disampaikan oleh mereka kurang memuaskan.

Walau bagaimanapun Afundi terletak di tangan pengundi. Dengan tidak membuang masa Pengacara AC Mizal membuat mengumumkan bahawa pelajar yang tersingkir untuk konsert minggu keempat pada malam ini adalah Faisal. Dia terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada 9 orang rakannya yang lain dan mengusung begnya dari pentas Dewan Sivik MBPJ.

Faisal merupakan pelajar yang kelima meninggalkan Akademi Fantasia musim ini. Pelajar yang pertama tersingkir adalah:

1. Yana

2. Ika

3. Lufya

4. Naim

5. Faisal

Faisal terpaksa akur dengan keputusan pengundi yang meletakkannya di kedudukantangga yang terbawah iaitu tangga yang kesepuluh selepas undian ditutup. Semoga Faisal akan terus berjaya dalam bidang nyanyian.

video clip persembahan Faisal dalam konsert keempat AF 6 - Joget Bunga Melati
(Terima kasih kepada pihak berkenaan di atas sumber video klip konsert minggu keempat AF 6. Thank you for the source video clip of AF 6 concert)

Lirik Joget Bunga Melati - Halil Chik (Faisal)

Bunga Bunga melati kumbang sekuntum di taman seri
Bunga, bunga melati kembang sekuntum di taman seri
Harum baunya menarik hati, hiasan sanggul nampak berseri
Harum baunya menarik hati, hiasan sanggul nampak berseri

Cantik sungguh bunga melati dipuja – puja setiapnya hari
Cantik sungguh bunga melati dipuja – puja setiapnya hari
Harus dijaga berhati – hati oi… Bimbang dihingap sekumbang jati
Harus dijaga berhati – hati oi… Bimbang dihingap sekumbang jati
Sayang bunga melati kau mekar hanyalah sekali
Sayang bunga melati kau mekar hanyalah sekali
Bila disunting dari tangkainya, layulah dia untuk selamanya
Bila disunting dari tangkainya , layulah dia untuk selamanya

Kak Ogy: Awak kena belajar tentang imaginasi dan mewarnakan persembahan awak.
Ning Baizura: Malam ini awak telah menjumpai suara yang berlainan sedikit. Saya harap awak work harder on your tone.
Adlin Aman Ramli: Nyanyian awak okay. Awak sepatutnya boleh menari lagi.Saya tak pasti undian awak selamatke tidak tetapi persembahan dalam nyanyian awak selamat jadi selamatlah.

Begitulah serba sedikit kritikan yang diberikan oleh 3 orang pengkritik konsert Akademi Fantasia minggu keempat. Walaupun Faisal telah tersingkir dalam konsert keempat ini, dia telah cuba buat yang terbaik.

Sekian, daripada saya untuk anda. Hingga berjumpa lagi pada hari esok dalam ulasan Konsert minggu keempat Akademi Fantasia Musim Keenam.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by