Saturday, April 19, 2008

KEPUTUSAN KONSERT MINGGU KELIMA AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAMYANG DIADAKAN DI DEWAN SIVIK MBPJ SECARA LANGSUNG DI ASTRO RIA SALURAN 104





Keputusan Konsert Minggu Kelima Akademi Fantasia Musim Ke-6 telah diumumkan sebentar tadi. Siapakah pelajar yang tersingkir dalam konsert minggu ini?

9 pelajar yang berjaya kekal ke minggu kelima baru sahaja membuat persembahan mereka. Mereka telahpun selesai menyanyi lagu "Menuju Puncak" Siapakah pelajar yang bakal tersingkir. Debaran terus berlaku dan degupan jantung semakin kuat terasa. Sebuah beg merah terletak di atas pentas di mana mereka selesai membuat persembahan.

Keputusan Konsert Minggu Kelima Akademi Fantasia Musim Keenam pada 19 April 2008 telahpun diumumkan dan pelajar yang tidak mendapat undian yang mencukupi untuk terus kekal ke minggu hadapan adalah Saida.













Saida merupakan pelajar yang keenam tersingkir dalam konsert kelima Akademi Fantasia Musim Keenam kerana tidak mendapat undian yang mencukupi untuk kekal hingga ke minggu keenam.

Sekarang cuma tinggal lapan yang akan terus mara ke minggu keenam. Apakah lagu tugasan baru yang akan mereka terima daripada Pengetua Ramli MS nanti. Jangan lupa untuk menyaksikan Diari Minggu Keenam Hari Pertama pada 21 April 2008, jam 9 malam di Astro Ria Saluran 104.

Pada minggu lalu Faisal merupakan pelajar yang kelima tersingkir dalam Konsert Minggu Keempat. Mari kita imbas kembali detik-detik ketika Faisal yang tidak dapat kekal hingga ke minggu kelima.












8 pelajar yang terus kekal hingga ke minggu keenam Akademi Fantasia Musim Keenam selepas keputusan konsert minggu kelima diumumkan oleh Pengacara AC Mizal di penghujung rancangan apabila undian ditutup.

Sekian, daripada sapphire blu untuk anda. Hingga berjumpa lagi dalam kemaskini yang lain. Selamat malam.

1 comments :

Idham said...

mungkin faktor status perkahwinan dan juga kecederongan pengundi untuk memilih jantina bertentangan. ( lelaki undi perempuan dan perempuan undi lelaki). Faktor klon Siti juga ada sebab jugak. saida tak ada identiti tersendiri. Pada peringkat awal orang pilih pada rupa dan gaya dan akan bertukar memilih kepada faktor kecenderongan dan bakat. Awak afundi sape?
http://idham-xpression.blogspot.com

Online Visitors

Thank you for dropping by