Wednesday, April 16, 2008

DIARI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-6 HARI KE-3 - SUKAR UNTUK SAYA BUAT PILIHAN. TERUS TONTON DIARI AKADEMI FANTASIA 6 ATAU AMERICAN IDOL TOP 7 -




Sarimah Ibrahim Hos Diari Akademi Fantasia Musim Ke-6

Hello semua yang singgah di blog sapphire blu, seperti biasa hari ini akan disiarkan Diari Minggu Kelima Hari Ke-3 bahagian satu dan dua, 6 petang dan 9 malam di saluran astro kegemaran saya 104, Astro Ria. Walau bagaimanapun saya terpaksa memilih di antara dua.

American Idol Top 7 Finalists Season 7 yang akan membuat persembahan mereka pada waktu yang sama di Astro StarWorld, Saluran 711 atau diari harian Akademi Fantasia. Sebenarnya sukar untuk saya pilih.





Kini cuma tinggal 9 pelajar yang dapat kekal di minggu kelima Akademi Fantasia 6 setelah Faisal tersingkir dalam konsert minggu keempat hari Sabtu lalu, 12 April 2008kerana tidak mendapat undian yang mencukupi untuknya terus belajar di Akademi.

Dari sumber berita yang saya baca, terdapat beberapa peristiwa yang berlaku di Akademi. Nampaknya Stanly tiba-tiba keluar dari Akademi. Ke mana agaknya dia pergi?Pada satu masa yang lain pula, sewaktu Pengetua Ramli MS mengajar dengan serius, ada pelajar yang tergelak sehingga menyebabkannya ditegur. Siapa pula agaknya pelajar itu dan apa yang menyebabkannya tergelak?

Stacy dikehendaki menari sewaktu menyanyikan lagu tugasannya untuk minggu ini. Jangan lupa untuk menyaksikan aksi Stacy belajar menari dalam Diari Akademi Fantasia, bahagian pertama nanti, jam 6 petang di mana kalau bukan di Astro Ria Saluran kegemaran sapphire blu 104.


Riz juga mengadu kepada Cik Kutik tentang keguguran rambutnya.

Masih ingatkah Nubhan mengadu kepada Cik Kutip dia keguguran rambut? Kini ada pula pelajar yang membuat pengaduan yang sama. Siapakah pelajar tersebut? Selain itu ada pula pelajar yang ingin melebatkan keningnya. Pelajar itu adalah Stacy. Semua ini terdapat dalam diari bahagian kedua jam 9 malam.


Sesi latihan bersama Kak Nita. Para pelajar menonton klip video ketika Kak Nita membuat persembahan pentas. Ini akan membantu mereka dalam latihan bagaimana untuk membuat persembahan di atas dengan betul.


Kak Nita terus memberi nasihat dan tunjuk ajar bagaimana hendak berdiri di atas pentas di hadapan penonton dengan gaya yang lebih baik.


Faisal dalam konsert minggu ke-4 Akademi Fantasia 6

Peminat Faisal berpeluang untuk berbual dengannya di @15 Saluran 109 pada jam 8 malam. Faisal merupakan pelajar kelima yang tersingkir dalam konsert minggu keempat Akademi Fantasia 6.

Kepada semua komposer dan penulis lirik di Malaysia, anda akan berpeluang untuk menyertai pertandingan mencipta lagu serta lirik yang dianjurkan oleh Maestro. Sebagai ganjaran pemenang yang terpilih berpeluang mencipta lagu dan lirik untuk pelajar finalis Akademi Fantasia musim ke-6 ini untuk mereka membuat persembahan dalam konsert minggu terakhir. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan mencipta lagu dan lirik talian hubungan adalah 03-20943066.

Kedudukan Afundi Terkini untuk 9 pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-6 pada 16 April 2008

STACY 17%
ALIF 14%
NUBHAN 12%
STANLY 12%
NADIA 11%
RIZ 10%
TOI 9%
SAIDA 8%
RINA 7%

Sekian daripada sapphire blu untuk anda semua yang telah singgah di sini. Hingga berjumpa lagi dalam kemaskini yang akan datang.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by