Wednesday, April 9, 2008

DIARI AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAM MINGGU KEEMPAT HARI KETIGA PADA 9 APRIL 2008





Helo diari minggu keempat hari ketiga Akademi Fantasia Ke6 akan disiarkan di Astro Ria lagi setengah jam dari sekaran. Tetapi saya akan memilih untuk menonton American Idol musim ketujuh untuk mengetahui bagaimana lapan peserta terakhir akan membuat persembahan dengan tema lagu "Inspirational Songs".

Walau bagaimanapun saya akan menonton siaran ulangan bahagian pertama Diari Akademi Fantasia minggu keempat ini pada jam 8.30 malam dan seterusnya ikuti siaran bahagian keduanya pada jam 9 malam nanti.







Mengikut sumber berita yang dibaca, Riz akan berkongsi rahsia dengan Cik Kutip? Pengetua Ramli MS juga akan menceritakan mengenai sepanjang pengalaman hidupnya bersama dengan 10 pelajar di akademi.

Salah seorang pelajar, Stacy akan dikunjungi oleh Sharon Paul, komposer lagu tugasan barunya. Apa pula yang akan didedahkan oleh Alif dalam diari bahagian pertama jam 6 petang nanti? Semuanya akan terjawab dalam Diari Akademi Fantasia di Astro Ria Saluran 104.





Dalam diari bahagian kedua malam ini, dengar khabar masih terjadinya konflik di antara pelajar di Akademi. Rupa-rupanya Rina dengan Riz.



Rina menceritakan tentang Riz kepada Ibu Fauziah Nawi apa yang berlaku di antaranya dengan Riz dan apabila Riz ditanya oleh Ibu Fauziah Nawi apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka, dia berkata tiada apa-apa di antara mereka cuma kadang-kadang entah kenapa Rina macam marah sahaja.



Dia juga memberitahu Ibu Fauziah Nawi ada kalanya dia cuma bergurau tetapi Fauziah Nawi menasihatinya mungkin padanya adalah gurauan semata-mata tetapi orang lain tidak akan berfikiran begitu.

Bilakah ini akan selesai? Sebenarnya semua ini adalah bermula dari perkara yang kecil sahaja.



Toi menyambut hari jadi isterinya di Akademi. Hadiah yang diberikan adalah sejambak bunga dan kad buatannya sendiri. Hari ini sudah masuk hari ketiga tetapi Alif dan Saida masih belum menunjukkan peningkatan dalam nyanyian mereka untuk lagu tugasan mereka.



Dalam pada itu, Toi menyambut hari lahir isterinya di Akademi manakala nyanyian Alif dan Saida pula masih belum menunjukkan peningkatan. Selain daripada mereka ada juga pelajar lain yang masih belum bersedia lagi dan masih perlu banyak latihan.



Kedudukan Afundi untuk 10 pelajar yang masih kekal hingga ke minggu keempat di Akademi Fantasia Musim Keenam:

STACY 15%
NADIA 12%
STANLY 11%
SAIDA 11%
ALIF 11%
RIZ 11%
NUBHAN 10%
TOI 7%
RINA 7%
FAISAL 5%

Kedudukan Afundi 10 pelajar yang terkini pada jam 10:40 malam, 9 April 2008

STACY 14%
ALIF 12%
STANLY 12%
NADIA 11%
SAIDA 11%
RIZ 10%
NUBHAN 10%
TOI 7%
RINA 7%
FAISAL 5%

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by