Thursday, April 3, 2008

DIARI AKADEMI FANTASIA MINGGU KETIGA HARI KEEMPAT PADA JAM 6 PETANG DAN 9 MALAM DI ASTRO RIA SALURAN 104 - PERSIAPAN TERAKHIR UNTUK KONSERT MINGGU 3






Halo, kita berjumpa lagi dalam kemaskini Diari Akademi Fantasia Minggu Ketiga Hari Keempat.

Masa berlalu dengan begitu cepat dan tanpa kita ketahui, cuma tinggal dua hari sahaja lagi untuk kita menyaksikan konsert minggu ketiga Akademi Fantasia musim keenam pada jam 9 malam yang disiarkan secara langsung dari Dewan Sivik MBPJ di Astro Ria Saluran 104.



Terlebih dahulu, pada jam 6 petang tadi, empat pelajar Akademi Fantasia 6, iaitu Saida, Nubhan, Stanly dan Riz telah pergi ke Pavilion Kuala Lumpur untuk Operasi Badi Pentas. Adakah anda salah seorang yang telah pergi ke sana untuk melihat mereka membuat persembahan di situ?


4 pelajar yang dikehendaki pergi ke Pavilion Kuala Lumpur membuat persiapan dan belatih lagu yang akan mereka membuat pesembahan di situ.

Semalam adalah harijadi Nubhan yang ke 22. Apakah hadiah yang diterimanya dan ada juga hadiah tajaan Adabi untuknya? Semua ini dapat kita saksikan dalam diari hari ini.

Beberapa pelajar akademi dibawa ke kelas vokal oleh Cikgu Siti Hajar untuk mempertingkatkan vokal mereka. Walaupun tenaga pengajar telah cuba mengajar dengan sebaiknya, tetapi nampaknya mereka masih belum bersedia untuk persembahan hari Sabtu ini.



Selain itu, 12 pelajar nampaknya tekun berlatih lagu "Menuju Puncak". Bolehkah mereka menyanyikan lagu itu dengan lebih baik dua hari nanti?

Para pelajar berpeluang untuk belajar solekan wajah. Bagaimana agaknya wajah "rock" mereka nanti ye!


Semakin ramai pelajar akademi yang sakit. Di antara mereka adalah Lufya yang ditemani oleh Nadia. Semoga pada hari konsert ketiga nanti mereka akan sihat kembali.


Para pelajar menyanyi di depan Cikgu Fauziah Nawi sebelum dikritiknya.


Cigu Fauziah Nawi bertungkus lumus mengajar dan memerhati 12 pelajar melakukan latihan nayanyian mereka. Ternyata vokal mereka masih perlu diperbaiki lagi.


Apa agaknya komen Cik Kutip dalam nyanyian yang dilakukan pelajar yang didenda untuk menyanyi dengan diawasi olehnya? Jawapannya ialah Cik Kutip cuma berdiam diri sahaja. Adakah ini bermakna mereka sudah boleh menguasai lagu mereka?


Pegetua memerhati latihan terakhir para pelajar sebelum mereka pergi ke Dewan Sivik MBPJ untuk raptai pada hari esok, sehari sebelum konsert minggu ketiga Akademi Fantasia 6 diadakan pada jam 9 malam.


Pengetua terus memerhati latihan nyanyian para pelajar.



Kedudukan Afundi Terkini 12 Pelajar Akademi Fantasia 6 pada jam 9.30 malam


Kedudukan Afundi terkini 12 pelajar di Akademi Fantasia Musim keenam pada 3 April 2008.

STACY 13%
ALIF 11%
NUBHAN 9%
STANLY 9%
SAIDA 9%
NADIA 8%
NAIM 7%
TOI 7%
RIZ 7%
LUFYA 6%
RINA 6%
FAISAL 6%

Diari Akademi Fantasia Minggu Ketiga Hari Keempat Bahagian kedua berakhir di sini. Sekian kemaskini daripada Sapphire Blu untuk anda semua. Semoga kita berjumpa pada hari esok lagi dalam kemaskini yang akan datang. Selamat malam.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by