Friday, April 4, 2008

DIARI AKADEMI FANTASIA 6 MINGGU KETIGA HARI KELIMA PADA 4 APRIL 2008 - Graf Prestasi Afundi 12 Pelajar Untuk Minggu ketiga -







Kita bersua lagi dalam kemaskini Diari Minggu Ketiga Hari Kelima Akademi Fantasia 6. Apa khabar semua? Dalam diari hari ini menunjukkan segala persiapan dan persembahan 4 pelajar, Stanly, Saida, Riz dan Nubhan sewaktu mereka berada di Pavilion Kuala Lumpur untuk Operasi Badi Pentas.



Setelah kembalinya mereka dari Pavilion, mereka berkongsi pengalaman mereka dengan tenaga pengajar dan rakan-rakan mereka di akademi. Mereka berasa begitu seronok dan gembira sekali sewaktu mereka menceritakan apa yang terjadi sewaktu mereka membuat persembahan di Pavilion semalam.







Mereka juga tidak sangka akan mendapat sambutan yang begitu meriah dengan sorakan yang gemuruh. Pengalaman yang sebegini tidak mungkin akan dilupakan mereka. Walaupun mereka masih pelajar di Akademi Fantasia, peminat mereka sudah begitu ramai. Cuba bayangkan apabila mereka menjadi bintang kelak bagaimanakah suasananya apabila mereka membuat persembahan di pentas.





12 pelajar terus membuat latihan yang terakhir dengan begitu tekun sebelum persembahan dalam Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia 6 esok, jam 9 malam di Dewan Sivik MBPJ, Selangor. Debaran terus berlaku dan terasa di kalangan pelajar yang akan menyanyikan lagu "Rock" tema untuk konsert minggu ketiga.



Walau bagimanapun masih ada juga pelajar yang belum dapat memyempurnakan vokal mereka untuk lagu yang perlu mereka nyanyikan nanti. Bagaimana ye!! Siapa pula yang akan tersingkir di penghujung konsert minggu ketiga esok?



Dalam diari hari kelima ini menunjukkan Lufya asyik bercerita dengan tiga orang rakannya. Seronok juga dapat mendengar cerita daripada Lufya sekali sekala.


Salah seorang pelajar mengantuk sewaktu Lufya sibuk bercerita tentang kisahnya.


Akhirnya Faisal tertidur tetapi Nubhan terus mendengar apa yang dikatakan oleh Lufya.


Nadia dan semua orang di akademi berasa begitu gembira apabila Cik Kutip mula bersuara kembali. Kenapa agaknya dia berdiam diri dalam dua hari ini? Menurutnya demam. Bila ditanya khabar mengenai Encik Pungut Cik Kutip memberi jawapan yang sama, tidak sihat katanya.


Pengetua memberi kritikan terakhir dalam diari minggu ketiga tentang nyanyian 12 pelajar di akademi. Nampaknya kesemua mereka masih lemah lagi dalam vokal mereka. Naim dikatakan masih mempunyai suara "angsa". Bagaimana Naim akan membuat persembahannya nanti. Sama-samalah kita saksikan Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia 6 esok, Sabtu jam 9 malam di Astro Ria Saluran 104.




Apakah nasib 12 pelajar di penghujung Konsert Minggu Ketiga yang akan di langsungkan di Dewan Sivik MBPJ esok? Adakah mereka akan membuat persembahan dengan lebih baik berbanding dengan konsert kedua pada minggu lalu? Siapa pula yang akan tersingkir nanti?

Diari EXT.(Extended/Extra) yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam pada 4 April 2008


Adakah komen pengkritik jejas undi?
Jawapan daripada penonton: 68% mengatakan YA dan 32% mengatakan TIDAK. Apa pula kata anda?


Graf peratus undi harian pelajar lelaki untuk minggu ketiga di Akademi Fantasia 6


Graf peratus undi harian pelajar perempuan untuk minggu ketiga di Akademi Fantasia 6


Graf menunjukkan perbandingan Afundi Sebelum dan Selepas Konsert Minggu Kedua


Afundi terkini kedudukan empat pelajar yang berada di tempat yang terbawah pada jam 10 malam, 4 April 2008

9. Toi 7%
10. Lufya 6%
11. Rina 6%
12. Faisal 6%

Terus afundi mereka supaya mereka tidak akan tersingkir dalam konsert minggu ketiga esok seandainya mereka adalah pelajar kegemaran anda.

Sekian, kemaskini untuk malam ini. Selamat malam. Sehingga kita berjumpa lagi pada hari esok, 5 April 2008. Selamat menonton Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia 6.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by