Tuesday, April 1, 2008

BERITA TERBARU MENGENAI Diari Akademi Fantasia Minggu Ketiga Hari Kedua, jam 6 petang dan 9 malam pada 1 April 2008



Dalam Diari Minggu Ketiga Hari Kedua pada jam 6 petang tadi, kita dapat saksikan bagaimana 12 pelajar Akademi Fantasia begitu tekun berlatih lagu "Menuju Puncak".


Apa pula ceritanya mengenai Diari Akademi Fantasia 6 minggu ketiga hari kedua ye!!


Cikgu Siti Hajar terus mengajar 12 pelajar di akademi untuk menyanyi dengan menggunakan vokal yang betul. Tetapi nampaknya mereka masih tidak dapat menyanyi dengan baik lagi. Mungkin lagu tugasan minggu ini terlalu mencabarkan.


Mereka bertungkus lumus dan cuba sedaya upaya untuk menyerap apa yang telah diajar.


Apa yang cuba dikatakan Naim kepada Cik Kutip yang sentiasa berada di sisi mereka apabila mereka perlu.


Toi pun tidak ketinggalan untuk berceloteh dengan Cik Kutip.


Kesemua pelajar terus berlatih lagu "Menuju Puncak"


Pengetua juga berada di kelas latihan sewaktu mereka berlatih lagu "Menuju Puncak"


Bolehke mereka membuat persembahan dengan lebih baik dalam konsert ketiga nanti?


Menyanyi dan menari lagu "Menuju Puncak"


Begitu bersungguh-sungguh mereka nampaknya.



Hos Sarimah Ibrahim mengumumkan dalam Diari petang tadi bahawa (Al-Fatihah: Ibu Yusni Jaafar telah meninggal dunia pagi ini)


Sedikit sebanyak mengenai Seniwati dan Pelawak Allahyarhamah Yusni Jaafar

Ibu Yusni Jaafar seorang pelakon, dan pelawak terkenal telah menghembuskan nafasnya pada kira-kira pukul 2.30 pagi.

Anak kedua Ibu Yusni, Raja Ema berkata jenazah ibunya dibawa balik ke rumah keluarga di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

Ibu Yusni Jaafar berasal dari Tumpat, Kelantan meninggalkan lima orang anak sewaktu permergiannya. Sepanjang hayatnya, dia telah brlakon banyak filem tempatan iaitu lebih kurang 20 filem tempatan dan filem pertama lakonannya ialah "Panglima Badol" yang ditayangkan pada 1978 dan filem terakhir yang dilakonkan olehnya ialah dalam filem Cuci pada tahun lepas.

Saya turut berasa sedih di atas pemergiannya. Kehilangan Ibu Yusni Jaafar amat dirasai walaupun saya tidak kenalinya sewaktu dia masih hidup dan cuma dapat menontonnya berlakon dan berlawak jenaka di kaca tv. Sejak saya di bangku sekolah lagi saya telah mula menonton filem yang dibawakan oleh pelawak yang tidak asing di negara ini lagi.

Seniwati dan pelawak tempatan, Ibu Yusni Jaafar menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 April 2008, jam 2.30 pagi di Hospital Selayang, Selangor. Dia berumur 63, meninggal dunia akibat kegagalan hati. Ibu Yusni dimasukkan ke hospital pada 31 Januari yang lalu. Begitulah kemaskini saya mengenai pemergian seorang seniwati terkenal Ibu Yusni Jaafar.


Kesemua 12 pelajar dan tenaga pengajar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Al-Fatihah - keluarga Allahyarhamah Ibu Yusni Jaafar.


Faisal dan Rina bagi pihak kesemua pelajar Akademi Fantasia 6 mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Ibu Yusni Jaafar di atas pemergiannya.


Dalam Diari Akademi Fantasia 6 bahagian dua menceritakan bagaimana Stanly yang juga berlatih vokalnya dengan bersungguh-sungguh walaupun ibunya yang sakit baru keluar dari hospital.


Masih tidak boleh menyanyi dengan baik nampaknya Stanly.


Cikgu Fauziah Nawi berkongsi cerita dengan pelajar Akademi


Naim dan Faisal mendapat kesukaran dalam menyanyi lagu tugasan mereka minggu ini. Kata mereka. Rock pun rock lah. Kena berlatih juga.


Apa hal pula dengan Naim ye!! Diperhati oleh Pengetua dan Cikgu Siti Hajar. Bila baru Naim dapat meningkatkan prestasinya dalam menyanyi lagu tugasan barunya.


Faisal juga mendapat kesukaran dalam nyanyiannya dalam diari bahagian kedua tadi. Macam mana ye!!

Dah hari kedua dan cuma tinggal tiga hari sahaja kesemua 12 pelajar terpaksa selesai membuat persiapan untuk persembahan mereka dalam konsert minggu ketiga Akademi Fantasia musim keenam ini. Walau bagaimanapun terus afundi pelajar kegemaran anda agar tidak tersingkir nanti.

Bagaimana Untuk Mengundi Pelajar Kegemaran Anda Supaya Kekal Di Akademi Fantasia 6 untuk minggu yang berikut:

For those of you who wants to know how to vote for your favourite Akademi Fantasia students, here are some simple ways:

Undian anda akan menentukan siapa yang menjadi juara! 3 medium undian “AFUNDI” seperti musim-musim yang lain masih dikekalkan:

SMS: Menghantar SMS (Sistem Pesanan Ringkas)
Talian tetap: Mendail nombor 5-digit (13706) dari telefon talian tetap
Butang “R”: Menekan Butang “R” di saluran Astro Ria (memerlukan pemasangan dekoder Astro ke telefon talian tetap, “backchannel”)

Tempoh AFUNDI*:

Mulai 12 tengah malam pada 17 Mac sehingga 11 malam pada 24 Mei 2008 (Konsert Akhir AF6)

Kadar AFUNDI:

Kadar premium yang dikenakan untuk setiap AFUNDI menerusi semua medium (SMS, Talian tetap dan Butang “R”) ialah RM0.50


Cara AFUNDI melalui SMS – Terbuka untuk semua pelanggan telefon bimbit

Langkah 1: Taip AFUNDI ke 32999 (Malaysia).

Langkah 2: Pengundi akan menerima mesej mengesahkan undian telah diterima.


Nama Singkatan Pelajar adalah seperti berikut:

ALIF
FAISAL

LUFYA
NADIA
NAIM
NUBHAN
RINA
RIZ
SAIDA
STACY
STANLY
TOI


Talian Tetap:

Cara AFUNDI melalui Talian Tetap
Terhad kepada pengguna telefon talian tetap TM sahaja.
Untuk AFUNDI pelajar AF pilihan, pengguna dikehendaki mendail nombor 5-digit (13706) dari telefon talian tetap TM dan tekan 2-digit nombor yang ditetapkan untuk setiap pelajar.

Cara AFUNDI SAKAN

Servis AFUNDI secara cepat dan mudah juga masih dikekalkan. Ini adalah satu cara mudah dan pantas untuk peminat setia AF menghantarkan undian sebanyak 3, 5 dan juga 10 kali melalui Talian Tetap TM:

Talian tetap: Mendail nombor 5-digit dari telefon talian tetap dan ikuti arahan untuk nombor 2-digit pelajar.

Dail 13703 untuk menghantar 3 undian
Dail 13705 untuk menghantar 5 undian
Dail 13710 untuk menghantar 10 undian

Nombor 2-digit pelajar adalah seperti berikut

Dail13703/13706/13705/13710 & Tekan

Nama Singkatan Pelajar

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by