Wednesday, March 26, 2008

Minggu Kedua Hari Ketiga Diari Akademi Fantasia 6 - 3rd. Day of 3rd. Week "Akademi Fantasia 6" on 26th. March 2008





Pada minggu kedua setelah 13 pelajar Akademi Fantasia menerima lagu tugasan mereka daripada Pengetua Ramli MS, sepertimana yang diberitahu mereka oleh Pengetua, bukan selalu akan dapat daging kadang kala mesti dapat tulang juga.

Kata-kata ini memang penuh dengan cabaran untuk mereka. Nampaknya mereka berlatih begitu bersungguh-sungguh setelah mendapat kritikan pedas daripada pengkritik dalam konsert Akademi Fantasia 6 yang pertama. Tetapi masih ada pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian dan didenda tenaga pengajar. Siapakah pelajar yang dimaksudkan?

Kepada sesiapa yang masih belum tahu apakah lagu tugasan minggu kedua 13 pelajar di Akademi Fantasia musim ini, sekalai lagi saya kemaskinikan lagu yang mereka dikehendai membuat persembahan dalam konsert kedua yang akan disiarkan secara langsung pada hari Sabtu yang akan datang.

Tugasa Minggu Kedua Pelajar Wanita

1. Saida akan menyanyikan lagu Dr. Cinta - DEwi-Dewi
2. Umbrella sebuah lagu yang sangat saya diminati yang sepatutnya dinyanyikan oleh Ika pada minggu lalu dinyanyikan oleh Nadia - lagu yang dipopularkan oleh Rihanna.
3. Stacy akan menyanyikan lalu Rela - Tila
4. Ika akan menyanyikan lagu Malu Tapi Malu - Dina
5. Rina akan menyanyikan lagu Ku Seru - Misha Omar
6. Lufya akan menyanyikan lagu Cintaku 100% - Mas Idayu

Tugasan Minggu Kedua Pelajar Lelaki

1. Faisal akan menyanyikan lagu Ranggi Metropolis - Wings
2. Toi akan menyanyikan lagu Sang Pecinta - M. Nasir
3. Riz akan menyanyikan lagu Separuh Masa - De Lima
4. Stanly akan menyanyikan lagu Sudah Tu Sudah - Imran Ajmain
5. Naim akan menyanyikan lagu aspalela - Saiful Apek
6. Alif akan menyanyikan lagu Angan Dan Sedar - Mawi
7. Nubhan akan menyanyikan lagu Tak Bisa Memilihmu - 6th Sense.


Apa yang dibisikkan oleh Kak Fauziah Nawi kepada pelajar akademi dalam bahagian kedua Diari, jam 9 malam tadi? Oh, ada kejutan sambutan Hari Jadi. Hari Jadi siapa agaknya. Kejutan yang diberikan sebenrnya khas untuk Kak Nita.







Selepas sambutan Hari Jadi Kak Nita, pelajar diberi nasihat dan tunjuk ajar bagaimana untuk menyanyikan lagu Happy Birthday pula. Bukan senang untuk menyanyikan lagu itu. Ada teknik menyanyi lagu tersebut rupanya.

Apabila Nadia diminta menyanyikan lagu tersebut di depan Kak Nita dan rakan-rakannya yang lain, suaranya begitu merdu walaupun dengan hanya menyanyikan lagu "Happy Birthday" sahaja.

Kepada peminat Nadia, jom kita sama-sama afundi untuk Nadia supaya kedudukannya tidak akan tergugat. Selain daripada Nadia, terus afundi untuk pelajar kegemaran lagin anda ye!!

Sekian, kemaskini untuk malam ini. Sehingga kita bertemu lagi pada keesokan hari. Selamat malam dan Sapphire Blu mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.

Afundi terkini di minggu kedua hari ketiga, jam 10.24 malam

1. STANLY 11%
2. SAIDA 9%
3. NADIA 9%
4. ALIF 9%
5. STACY 9%
6. TOI 8%
7. NUBHAN 8%
8. IKA 7%
9. RIZ 7%
10.NAIM 7%
11.FAISAL 6%
12.LUFYA 5%
13 RINA 5%

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by