Thursday, March 27, 2008

Diari Akademi Fantasia 6 Minggu Kedua Hari Keempat, jam 6 petang dan 9 malam









Masa berlalu begitu cepat dan esok adalah hari terakhir untuk 13 pelajar untuk berlatih dengan sedaya upaya untuk membuat persembahan mereka dalam Konsert Minggu Kedua Akademi Fantasia 6 pada hari Sabtu ini, 29hb. Mac 2008, jam 9 malam dan seperti biasa ia akan disiarkan secara langsung di Astro Ria Saluran 104 dan @15 di Saluran 109.

Setiap kali saya memikirkan siapakah pelajar yang akan tersingkir, degupan jantung saya makin terasa. Pada konsert minggu yang pertama, pada mulanya apabila tiga buah beg diletakkan di atas pentas Dewan Sivik MBPJ, saya ingatkan terdapat tiga pelajar yang akan tersingkir walaupun baru minggu pertama konsert diadakan.

Akhirnya cuma seorang sahaja yang diumumkan tersingkir oleh Pengacara AC Mizal, dan nama pelajar itu adalah Yana yang menyanyikan lagu Diriku Tapak Sulaiman yang dipopularkan oleh Elyana.

Yana tersingkir kerana tidak mendapat undi yang mencukupi. Adakah pelajar kegemaran kita juga akan menerima nasib yang sama dan tersingkir kerana peminat di luar sana terlupa undi, walaupun mereka dapat membuat persembahan lagu tugasan dengan baik dan memuaskan dalam konsert kedua Akademi Fantasia 6?

Sebelum nasi menjadi bubur terus afundi pelajar kegemaran kita ye!!

Dalam Diari Akademi Fantasia 6 minggu kedua dihari keempat kita akan dapat menyaksikan bagaimana para pelajar akademi bertungkus lumus berlatih lagu tugasan mereka. Dua hari lagi sebelum konsert kedua berlangsung.

Dalam diari hari keempat ini juga kita juga akan dapat saksikan perbagai komen pedas yang diberikan oleh Penetua dan siapakah pelajar yang dikatakan menyanyi sambil lewa sahaja?

Ada juga pelajar yang merasakan dirinya mungkin akan tersingkir dalam konsert minggu kedua ini. Siapakah pelajar tersebut? Semua berita ini akan dapat kita tonton dalam diari hari ini di Astro Ria Saluran 104.


Afundi terkini pada 27hb. Mac 2008

1. Stanly : 10%
2. Nadia: 9 %
3. Alif : 9%
4. Saida: 9%
5. Stacy: 9%
6. Nubhan: 8%
7. Toi: 8%
8. Ika: 7%
9. Riz: 7%
10. Naim: 7%
11. Lufya: 6%
12. Faisal: 6%
13. Rina: 5%


Pelajar wanita berdangdut dengan Cik Kutip

Sekian, saya akan cuba kemaskini berita mengenai Akademi Fantasia 6 dari semasa ke semasa.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by