Friday, March 28, 2008

DIARI AKADEMI FANTASIA 6 PADA MINGGU KEDUA HARI KELIMA BAHAGIAN PERTAMA DAN KEDUA JAM 6 PETANG DAN 9 MALAM, 28HB. MAC 2008

Diari Akademi Fantasia minggu kedua pada hari kelima adalah hari terakhir dimana sekiranya pelajar akademi tidak dapat menyempurnakan latihan dalam nyanyian mereka, mungkin mereka tidak akan dapat membuat persembahan yang memuaskan.

Pada konsert minggu pertama ada di antara mereka yang mendapat kritikan pedas dari pengkritik. Bagaimana pula nasib 13 pelajar pada hari esok? Semoga mereka akan dapat menyanyikan lagu tugasan mereka untuk minggu kedua ini dengan lebih baik dan mendapat kritikan yang lebih baik.

Sarimah Ibrahim adalah hos Diari Akademi Fantasia musim ini


Faisal masih belum dapat menguasai lagu tugasannya dengan baik dan ditegur oleh Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafiz. Faisal diminta keluar untuk latihan vokalnya.

Begitu juga Toi yang juga ditegur dan diminta oleh Cikgu Shafiz untuk keluar untuk berlatih.

Apakah yang dilakukan oleh Nubhan? Dia begitu rajin berlatih sehingga tertidur.

Cikgu Shafiz membantu Mama Rina dalam nyanyiannya.

Saida cuba melepaskan rasa rindu terhadap empat orang anaknya melalui Cik Kutip.

Sememangnya kehadiran En Pungut dan Cik Kutip merupakan satu cadangan terbaru bagi menambah lebih keceriaan Akademi Fantasia musim ini. Kemunculan kedua-dua watak baru ini diperkenalkan kepada kita sejak permulaan minggu kedua Diari Akademi Fantasia 6.





Tidak seperti musim, musim yang lalu dimana cuma kedengaran suara pelajar sahaja yang berceloteh dan bercakap didepan kamera malah kali ini kedua-dua kamera tersebut boleh mengeluarkan suara. Setiap kali Encik Pungut atau Cik Kutip bersuara saya terasa ikut tersenyum dan perasaan gembira juga dapat dirasai.


Saida menasihati keempat orang anak kesayangannya mendengar nasihat ayah mereka melalui Cik Kutip.

Gambar-gambar berikut menunjukkan bagaimana Nadia bercakap dengan Cik Kutip sambil dia menjamu selera dan mengambil gambar Cik Kutip sebagai kenangan. Cik Kutip memang fotogenik.











Cuma tinggal satu hari sahaja lagi menjelang konsert kedua Akademi Fantasia 6 yang akan disiarkan secara langsung di Astro Ria Saluran 104. Bagaimana agaknya 13 pelajar membuat persediaan untuk hari terakhir ini.

kadang kala pelajar juga akan berkongsi berkenaan dengan peribadinya dan dalam diari Hari Kelima ini pula akan menceritakan ciri-ciri idaman nya dari salah seorang pelajar. Siapakah pelajar tersebut?

Sementara itu pula, Cikgu Fauziah Nawi yang sentiasa kelihatan tegas terhadap pelajar di akademi begitu emosi sewaktu Kelas Seni Persembahan. Apa pula agaknya kisahnya ye!!

Sama-samalah kita ikuti Diari Akademi Fantasia minggu kedua hari kelima yang disiarkan pada jam 6 petang dan 9 malam di mana lagi kalau bukan di Astro Ria Saluran 104?




Pengetua berasa memberi komen yang pedas terhadap nyanyian pelajar di Akademi pada hari terakhir diari Akademi Fantasia 6 sehari sebelum Konsert Kedua Siaran Langsung Akademi Fantasia 6 akan diadakah di Dewan Sivik MBPJ yang akan disiarkan di Astro Ria Saluran 104.

Selepas menerima teguran dan komen daripada Pengetua mereka, dapatkah mereka membuat persembahan yang lebih baik esok? Sama-samalah kita saksikannya nanti.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by