Sunday, July 20, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON PUTRI YANG TERBUANG: EPISOD 36 & 37 PADA 19 & 20 JULAI 2008 SABTU DAN AHAD JAM 4.00 PETANG - 5.00 PETANG


Episod 36 dan 37 Sinetron Putri Yang Terbuang yang disiarkan di Astro Prima Saluran 105 pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang setiap hari Jumaat hingga Ahad


Gambar Marshanda sebagai Putri dan Rionaldo Stokhorst sebagai Raja


Video klip lagu tema sinetron Putri Yang Terbuang: Kenangan Terindah - Samsons

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada gransaze Channel)

Lirik lagu tema sinetron Putri Yang Terbuang - Kenangan Terindah - Samsons

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

Darimu, kutemukan hidupku
Bagiku, kau lah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


Rionaldo Stokhorst sebagai Raja dalam Sinetron Putri Yang Terbuang

Dibintangi oleh Pelakon:

Marshanda sebagai Putri
Rionaldo Stokhorst sebagai Raja
Raya Kohandi sebagai Linda
Chacha Frederica sebagai Tabitha
Gading Marten sebagai Febian
Meriam Bellina sebagai Asti
Dina Lorenza sebagai Yuna
Drg Fadli sebagai Carlos
Ria Probo sebagai Susan
Leily Sagita sebagai Rima
Yadi Timo sebagai Yudi

Sedikit sedutan daripada episod ke-35 pada Hari Jumaat, 18 Julai 2008

Carlos meminta maaf daripada Yuna dan memberitahunya samapai bila-bila masapun Raja adalah anaknya. Adel meluahkan perasaannya kepada Raja tetapi cintanya ditolak oleh Raja. Sewaktu Linda ingin menuju ke arah Raja yang berada di seberang jalan, dia dilanggar kereta dan dimasukkan ke hospital.

Episod 36

Raja cuba menghubungi Asti tentang kemalangan Linda tetapi setelah mendengar suara Asti yang telah menjawab panggilan tersebut, Raja tidak sanggup untuk memberitahu Asti tentang apa yang telah terjadi.

Yuna begitu cemas melihat keadaan Linda di hospital. Raja memberitahu Yuna kemungkinan kakai Linda tidak boleh bergerak lagi dan katanya menurut dokotor lagi Linda akan lumpuh.

Putri terkejut terdengar perbualan Yuna memberitahu Linda walau apapun yang terjadi, Linda tetapa anak kandungnya. Sewaktu di rumah Putri terus termengu memikirkan apa yang telah dilafazkan oleh Yuna kepada Linda awal tadi di hospital.

Asti berasa amat sedih mendengar keadaan Linda yang tenat daripada Raja. Raja juga berkata bahawa segala kos hospital akan dibiayai oleh Yuna. Sewaktu jururawat menyerahkan laporan kesihatan Linda kepada Yuna, dia kelihatan terkejut kerana kumpulan darah Linda dengannya adalah berbeza.

Adakah Linda akan terus menerima Linda sebagai anak kandungnya? Semua ini akan dapat di saksikan dalam episod 37 sinetron Putri Yang Terbuang yang disiarkan pada 20 Julai 2008 pada waktu yang sama.

Episod 37

Yuna pergi mencari Asti untuk mendapat kepastian apakah sbenarnya hubungan Linda dengannya. Asti terkejut melihat Yuna di depan pintu rumahnya. Yuna menapar Asti kerna telah menipunya selama ini. Yudi yang berada di situ pada waktu itu meminta supaya darah Linda diuji sekali lagi sebelum Linda melaporkan kepada polis kerana telah tertipu oleh Asti tentang Linda adalah anak kandungnya.

Sewaktu di hospital menunggu keputusan darah Linda keluar, Yuna ternampak Asti di luar makmal bersama pengawak keselamatan hospital. Astinya mengaku kepada Yuna bahawa Linda bukanlah anak kandung Yuna. Yuna ingin melaporkan hal ini kepada polis tetapi setelah dirayu oleh Raja, Yuna akhirnya melepaskan Asti begitu sahaja.

Raja dan Putri melawat Linda di hospital tetapi Linda tidak mengendahkan Putri yang amat dibencinya. Yuna cuba bertanya kepada Ast di mana anak kandungnya tetapi Asti membohonginya bahawa anaknya telah diculik di taman permainan sewaktu bayi lagi.

Asti juga meminta Yuna terus menganggap Linda sebagai anak kandungnya sendiri kerana tidak sanggup memberitahu Linda hal yang sebenar memandangkan kakinya yang lumpuh (Yuna masih tidak tahu langsung bahawa Linda telah mengetahui bahawa dia bukannya anak kandung kepada Yuna sejak dulu lagi).

Susan masuk pertandingan dangdut tanpa diketahui oleh Putri. Asti meminta Linda terus menyayangi Yuna untuk memenagi hatinya. Linda menghadiahkan sarung bantal yang kononnya dijahitnya dengan tangan sahaja kerana tidak dapat menggunakan mesin jahit dalam keadaan lumpuh. Yuna begitu terharu sewaktu menerima pemberian hadiah tersebut daripada Linda.

Sewaktu tidur, Yuna termimpi akan Putri. Sewaktu dia terjaga, dalam hatinya berkata kenapa dengan tiba-tiba dia mendapat mimpi seperti itu. Yuna tertanya-tanya samada Putri adalah anak kandungnya?

Kisah sinetron Putri Yang Terbuan episod ke-37 berakhir di sini dan kisahnya akan bersambung dalam episod ke-38 yang disiarkan di Astro Prima Saluran 105 pada minggu hadapan hari Jumaat, 25 Julai 2008 pada waktu yang sama.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang lain.

DramaRia Selasa: GADIS DARI BINTANG EPISOD 1 DAN EPISOD 2 YANG DISIARKAN DI ASTRO RIA SALURAN 104 PADA HARI SELASA 8 & 15 JULAI 2008 JAM 6.30 PETANG


DramaRia Selasa "GADIS DARI BINTANG" YANG DISIARKAN DI ASTRO RIA SALURAN 104 SETIAP HARI SELADA JAM 6.30 PETANG DAN SIARAN ULANGANNYA PADA KEESOKAN HARI PADA HARI RABU JAM 4.30 PAGI

Mempersembahkan drama "Gadis Dari Bintang"

Turut menjayakan drama ini adalah:


Gambar Raja Farah

Raja Farah
Qazem Nor
Leyla Bakar
Shafiq Mustapha
Illya Buang
Dilla Ahmad
Meor M. Fauzi Alqadry
Noratikah Zulkifli
Intan Zalina
Daling Robyna
Muzawira
Ilyas Ismail
Ariffin Yusoff
Adli Bakri Shaary


Mariana Hashim Production

Cerita: Mariana Hashim

Sinopsis drama Gadis Dari Bintang

DramaRIA Selasa yang disiarkan setiap hari Selasa pada jam 6.40 petang dan siaran ulangan pada hari Rabu jam 4.30 pagi mempersembahkan Gadis Dari Bintang mengenai kisah 'seorang' Alien yang tercampak ke Bumi lakonan Raja Farah.


Gambar Raja Farah Raja Aziz

Profile/Biodata Raja Farah Raja Aziz Pelakon Drama Gadis Dari Bintang

Nama: Raja Farah Raja Aziz

Tarikh Lahir: 5 Julai 1988

Asal: Sentul, Kuala Lumpur

Tinggi: 162 sm

Berat: 52 kilogram

Kerjaya: Pelakon dan pengacara

Drama: Impian Illyana, Pesona Cinta, Misi XX Ray, Cinta Medik, Durrani, Gadis Dari Bintang, Intan Asmara dan Manjalara

Rancangan TV: Mango TV (8TV), Suara Emas Bintang RTM, Riuh di 1 dan Filem di 9

Filem: Saloon, Anak Halal, Malaikat Maut, Aquarium Cinta dan Apa Kata Hati

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada www.budiey.com atas sumber maklumat biodata Raja Farah Raja Aziz)

Episod 1 drama Gadis Dari Bintang yang disiarkan pada 8 Julai 2008, Selasa jam 6.30 petang


Video klip drama Gadis Dari Bintang episod 1 bahagian pertama


Video klip drama Gadis Dari Bintang episod 1 bahagian ke-2


Video klip drama Gadis Dari Bintang episod 1 bahagian ke-3


Video klip drama Gadis Dari Bintang episod 1 bahagian ke-4


Video klip drama Gadis Dari Bintang episod 1 bahagian ke-5

Episod 1 drama Gadis Dari Bintang yang disiarkan pada 15 Julai 2008, Selasa jam 6.30 petang


Video klip drama Gadis Dari Bintang episod 2 bahagian pertama


Video klip drama Gadis Dari Bintang episod 2 bahagian ke-2


Video klip drama Gadis Dari Bintang episod 2 bahagian ke-3


Video klip drama Gadis Dari Bintang episod 2 bahagian ke-4


Video klip drama Gadis Dari Bintang episod 2 bahagian ke-5

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada sharimie Channel untuk video klip drama Gadis Dari Bintang)

Online Visitors

Thank you for dropping by