Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
Pembukaan Tema Si Cantik dan Si Buruk Rupa - Why Do You Love Me
Lagu Tema: Why Do You Love Me Pencipta: Yok Koeswoyo Penyanyi: Rio Febrian
Lirik lagu Pembukaan Tema "Si Cantik dan Si Buruk Rupa"
The time has come That we must be apart The memory is still in my mind But you have gone and leave me alone
Why do you love me So sweet and tenderly I'll do everything to make you happy oh...ohh....ohh...
Why do you love me So sweet and tenderly I'll do everything to make you happy oh...ohh....ohh...
ohh...ohhh...
But you have gone and you love me...
Why do you love me why do you love me...
*********************************************************************** Sambungan sinopsis sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 29 pada 16 November 2009
Kisahnya bersambung pada hari ini: Somad fikir dia telah hancurkan semuanya dan dia bercadang untuk meninggalkan rumah Encik Marten sahaja. Sewaktu dia hendak pergi, Tia memanggil namanya. Romy tiba-tiba muncul dan dia memukul Somad hingga muka Somad lebam akibat tumbukan Romy. Tia ingin membantu Somad yang telah cedera tetapi dihalang oleh Romy. Romy minta Tia jauhi daripada Somad. Tia rasa marah terhadap tingkah laku Romy lalu menamparnya. Tia kata dia menyesal mempunyai tunang seperti Romy. Tia lap lebam pada muka Somad dengan air dan tuala. Sewaktu Tia merawat Somad, ibunya memanggilnya dan Tia keluar dari bilik Somad.
Ibu Tia tanya kenapa dia keluar dari Somad. Kata Tia Somad tercedera dan mukanya bengkak dan dia cuma bantu Somad tuam bengkaknya. Tetapi ibunya kata Somad cuma seorang tukang kebun dan Tia tidak perlu menolongnya kerana mereka tak setaraf. Ibunya tidak suka Tia mendekati Somad.
Dina akhirnya sedar setelah diselamatkan oleh seorang nenek tua. Katanya sudah berhari-hari Dina tidak sedarkan diri semenjak dia jatuh dalam gaung. Waktu itu juga Dina imbas kembali dan teringat apa yang telah berlaku. Dina minta nenek tua itu menghantarnya pulang kerana dia ingin pastikan Kendil selamat. Somad mimpi tentang ibunya dan sewaktu dia sedar dia menjadi Arjuna semula, dia ingin tahu keadaan ibunya. Arjuna menelefon Pengacara Ana. Pengacara Ana tanya kepada Arjuna adakah dia telah mengetahui bahawa ibunya dipasung oleh penduduk kampung. Kata Arjuna, sebab itulah dia menelefon Pengacara Ana.
Kebetulan Santi, Sakti dan Puji berada di situ dan mereka meminta Arjuna jangan pulang dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Warti. Kata mereka lagi, Arjuna cuma berusaha memenangi hati Tia kembali. Arjuna memberi mereka nombor telefon tempat dia bekerja. Arjuna minta mereka hubunginya sekiranya penduduk kampung lakukan hal buruk kepada ibunya dan Arjuna akan segera pulang. Arjuna juga meminta Santi, Sakti dan Puji jangan cari Somad dan bukan Arjuna apabila membuat panggilan.
Romy menghadiahkan kalung kepada Tia. Romy mengaku dia telah bersalah kepada Tia dan dia tidak sepatutnya marah seperti itu semalam. Tia minta Romy minta maaf kepada Somad sahaja dan bukannya. Menurut Romy, Tia pasti kesal kerana menganggp Romy sebagai lelaki yang kasar dan kuat marah tetapi semalam dia bukan dirinya yang sebenar dan dia hanya begitu kerana terlalu mencintai Tia dan dia ingin memliki Tia sehingga dia berasa marah apabila melihat lelaki lain merapati Tia. Tia tanya adakah dia tahu bahawa dia bersalah dan Romy mengaku dia salah besar dalam hal itu. Romy minta maaf dan berjanji perkara sebegitu tidak akan berulang lagi. Tia akhirnya bersedia untuk memaafkan Romy.
Dina pulang ke rumah dan Bram berasa begitu gembira dan amat bersyukur mengetahui Dina terselamat. Penyakit kulit Warti bertambah teruk. Santi, Sakti dan Puji khuatir tentang Warti dan mereka bercadang untuk memujuk Pak Lurah supaya membebaskan Warti dan ubati sakit kulitnya. Mereka terus pergi ke rumah Pak Lurah dan memohon agar Nenek Warti dibebaskan kerana dia sedang menderita dan penyakit kulitnya makin teruk dan perlu diubati dengan segera. Namun begitu, Pak Lurah kata mereka pasti gila dan dia enggan membebaskan nenek Warti. Katanya Nenek Warti adalah buruan kampung tetapi menurut mereka, Pak Lurah harus jaga kesihatan penduduk kampung termasuk Nenek Warti. Pak Lurah minta mereka usah berlagak pandai. Pak Lurah kata dia adalah ketua kampung dan dialah yang menjaga kesihatan penduduk kampung. Kemudian, Pak Lurah menolak mereka dan halau mereka dari situ. Walaupun Santi, Sakti dan Puji terus merayu kepada Pak Lurah, tetapi katanya dia tidak akan rasa sayu dengan semua rayuan mereka.
Santi, Sakti dan Puji bercadang untuk pergi ke rumah Mak Cik Inam dan dengan diam-diam ke tempat Nenek Warti dan ubatinya. tetapi di manakah mereka hendak mendapatkan wang untuk mengubatainya?
Suara hati Tia berkata walaupun Romy telah meminta maaf kepadanya dan dia juga telah memaafkan Romy tetapi Tia tidak tahu kenapa dia rasa sesuatu yang aneh dalam dirinya. Tia tidak percaya bagaimana dia boleh mencintai Romy dulu hingga bertunang dengannya. Ketika Romy memakai kalung itu padanya, jantungnya tidak berdebar-debar langsung. Tia berasa hairan kenapa begitu.
Sedang Tia mengelamun, Somad muncul dan Tia minta dia duduk bersamanya. Somad tanya kenapa dari tadi Tia termenung saja. Tia memberitahu Somad seperti biasa dia rasa kesepian dan putus asa kerana masih tidak ingat apa-apa. Somad kata dia ada sesuatu boleh menghiburkan Tia.
Somad: Saya tahu itu tidak ada nilainya. Tapi saya buat itu dengan hasil tangan saya sendiri. Saya buat dengan sepenuh hati tetapi saya tidak tahu jika cik mahu menerimanya.(Somad ternampak kalung yang dipakai oleh Tia) Somad: Ternyata Cim Tia dah ada kalung yang lebih mahal. Bagus lagi. (Selepas itu Somad terus mengambil kembali kalung yang baru diberinya kepada Tia)
Tia: Kembalikan kalung itu kepada saya. Somad: Tapi inikan kalung murah. Tia: Kamu tahu, barang yang telah diberikan hadiahkan kepada orang, tidak boleh diminta semula. Tia: Sekarang kamu tolong tanggalkan kalung ini.
Kemudian Tia minta Somad pakaikan kalung pemberiannya. Bagaimanakah perasaan Tia setelah kalung itu dipakai dilehernya?
Di penghujung Episode 29, Tia ingat semula siapa Arjuna.
Tia: Arjuna, kekasihku. Akhirnya aku dapat bersamamu. Arjuna: Kamu masih ingat padaku? Tia: Ya sayang, aku ingat sama kamu. Kamu adalah cinta sejati aku. Kamu adalah orang yang paling aku cintai.
Arjuna berasa syukur kepada Tuhan kerana telah sembuhkan Tia.
Malaikat: Masa kau dah tamat. Kau temui Tia dan sedarkannya... bahawa kalian saling mencintai. Maka ini tibalah saatnya kau menepati janji kau padaku. Arjuna teringat semula janji-janjinya kepada Malaikat sewaktu dia minta Malaikat menolongnya menemuikannya dengan Tia.
Arjuna berubah menjadi Kendil semula.Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Terus menonton Episode 30 bersama-sama dengan shinystar pada 17 November 2009 di TV3 pada waktu yang sama. Sekian, kemas kini shinystar pada hari ini.
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 29 Part 1
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 29 Part 2
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 29 Part 3
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 29 Part 4
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 29 Part 5
Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 29 Part 6
*********************************************************************** (Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
0 comments :
Post a Comment