Friday, October 30, 2009

EPISODE 20 - SINETRON SETINGGI BINTANG PADA 30 OKTOBER 2009 DI ASTRO ARUNA PUKUL 6.00 PETANG - DIBINTANGI OLEH NIKITA WILLY & HAPPY JANSEN


Sinetron Setinggi Bintang mulai 5 Oktober 2009 di Astro Aruna pukul 6.00 petang dalam Episode 19

Sinopsis ringkas sinetron Setinggi Bintang:

Ketika cinta, hasrat, kehilangan dan kebahagiaan terangkai dalam satu kisah kehidupan yang dibalut dendam.


Dibintangi oleh:

Dhini Aminarti
Arifin Putra
Nikita Willy
Happy Jansen
Rana Audi Marissa
Syalwa

***********************************************************************

Pembukaan Tema sinetron Setinggi Bintang - Bersamamu: Putih

Lirik Lagu Bersamamu - Putih (Tema sinetron Setinggi Bintang)

Bersamamu
Aku merasakan seperti orang yang paling istimewa
Bersamamu
Aku seperti bintang-bintang yang selalu bersinar
Aku bahagia...
Aku bahagia...

Bersamamu
Aku merasakan kedamaian yang tiada terkira
Bersamamu
Aku seperti matahari yang selalu menyinari
Aku bahagia...
Aku bahagia...

**
Bagiku hanya kau yang terindah
Di antara bunga-bunga itu
Bagiku hanya kau yang terindah
Di antara bunga-bunga itu
Bagiku kaulah segalanya

Bersamamu
Aku bagai langit yang selalu menaungi hatimu
Bersamamu
Aku seperti pelangi yang menghiasi duniamu
Aku bahagia...
Aku bahagia...

Bersamamu
Aku merasa bahagia yang sesungguhnya
Bersamamu di sisa hidupku

ohh.. Di antara bunga-bunga itu
Bagiku hanya kau yang terindah
Di antara bunga-bunga itu
Bagiku kaulah segalanya..

Kau yang terindah
Kaulah segalanya...

**********************************************************************
Sinopsis sinetron Setinggi Bintang Episode 20 pada 30 Oktober 2009

Melly minta bantuan Dimas dan memberitahunya tentang Billy yang telah memukulnya dan mereka telah meninggalkan Billy. Dimas membayar rumah sewa untuk Melly dan Binar untuk setahun dan mereka amat berterima kasih kepada Dimas. Melly juga meminta agar tentang mereka dirahsiakan.. Dimas berjanji untuk menyimpan rahsia itu. Alan(Andika) memberitahu Hestia bahawa dia telah menjumpai alamat Binar. Hestia kata mungkin Binar sudah berbeza sekarang setelah 7 tahun berpisah. Tetapi Alan kata Binar tetap orang yang sama dan tidak akan berubah.

Dimas menegur Christy, kakaknya kerana berhubung dengan mama mereka. Dimas kata mama mereka telah mempergunakan Christy untuk mengambil wangnya berfoya-foya. Dimas pergi menemui mamanya. Katanya ada benda serius untuk dibincangkan. Dimas mohon mamanya jangan peralatkan Christy. Dimas tidak mahu mamanya terus meminta wang daripada Christy kerana wang itu adalah demi kepentingan diri mamanya sendiri. Dimas curiga ada lelaki yang telah ke rumah mamanya kerana dia terjumpa puntung rokok di situ. Dimas pasti ada seseorang yang telah berada di rumah itu lalu dia mula mencari orang itu. Dimas terjumpa seorang lelaki muda di dalam almari bilik mamanya.

Papa Dimas minta Dimas cari jodohnya. Papa Dimas kata kepada Christy bahawa terpulang untuk Dimas menemui jodoh pilihannya sendiri. Dimas kata belum waktunya dia ada pacar. Hestia minta Alan jangan menaruh harapan yang besar kepada Billy tentang pencarian Binar. Hestia terus cemburu mengenai Binar. Alan kata hingga sekarang Binar masih menderita. Hestia kata Billy adalah seorang yang merbahaya. Tetapi adakah Alan percayakan Hestia..

***********************************************************************
Sambungan sinetron Setinggi Bintang Episode 20


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 20 Part 1


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 20 Part 2


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 20 Part 3


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 20 Part 4


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 20 Part 5

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Aruna, Multivision Plus dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by