Friday, October 30, 2009

EPISODE 93 - SAMBUNGAN SINETRON SEKAR PADA 30 OKTOBER 2009 PUKUL 3.00 PETANG DI ASTRO PRIMA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT


Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 93 dari Isnin hingga Jumaat pukul 3.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam

**********************************************************************

Gambar dan Biodata/Profile Pelakon Yang Membintangi Sinetron Sekar:
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://id.wikipedia.org)

**********************************************************************

Tema Pembukaan Baru Sekar

**********************************************************************
Sinopsis sinetron Sekar Episode 93


Rimba kata pada dirinya memang berbeza sekiranya bekerja di pasaraya dibandingkan dengan pasar biasa. Rendra nyanyikan khas lagu untuk Sekar berjudul Merindukanmu. Sekar tersentuh dan berlinangan air mata sewaktu mendengar lagu yang didendang oleh Rendra. Waktu lagu itu dinyanyikan mereka imbas kembali waktu-waktu Rendra bersama Sekar. Rendra tanya adakah Sekar masih ingatkan lagu itu. Kata Rendra kepada Sekar cuma dia saja di hatinya. Malah Sekar menampar Rendra. Sekar kata mereka ke situ untuk berbincang tentang hal Rendra tetapi bukan untuk Rendra merayu kepadanya tentang hal lain. Rendra minta maaf kerana telah menggunakan waktu itu untuk melafazkan cintakan kepada Sekar tetapi dia bermohon kepada Sekar agar mereka dapat mulakan semuanya semula dari awal tetapi Sekar kata tidak boleh dan dia tidak akan mengubah fikirannya. Rendra terus minta Sekar memberinya kesempatan. Sekar minta Rendra hargai keputusannya saja.

Rendra akhirnya mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Syifa bertemu dengan Sekar apabila cintanya ditolak oleh Sekar. Sekar terus mohon kepada Rendra dan kata dia akan lakukan apa saja untuk bertemu dengan Syifa. Sekar berjanji kepada Rendra tetapi Rendra ada satu syarat iaitu Sekar harus bersamanya semula.

Sekar beritahu Rimba bahawa dia dilarang untuk menemui Syifa melainkan dia bernikah dengan Rendra. Rimba tanya adakah dia mahu dan Sekar jawab dia tidak mahu kembali kepada Rendra kerana Rendra adalah masa lalunya. Sekar kata kepada Rimba itu cuma akan sokong Rendra untuk menjadi jahat sekiranya dia bersetuju. Sekar kata dia harus kuat dan sabar untuk bertemu lagi dengan Syifa tetapi hal itu tidak senang. Rimba minta Sekar tabah.

Syifa merayu kepada papanya agar dia boleh bertemu dengan mamanya kerana dia amat merinduinya. Risma minta Sekar terus bersabar. Risma kata cinta itu tidak boleh dipaksa dan keputusan yang diambil Sekar adalah betul. Sekar tidak ada selera makan dan mahu tidur saja. Rendra tanya Sekar adakah dia fikir tentang hal mereka. Namun Sekar tetap dengan keputusannya. Rendra kata "terserah" dan beredar dari situ. Sekar berasa pening sewaktu bekerja kerana tidak mendapat zat yang mencukupi dan pengsan. Bersambung...

**********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 93 pada 30 Oktober 2009


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 93 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 93 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 93 Part 3


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 93 Part 4


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 93 Part 5

**********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by