Tuesday, October 20, 2009

EPISODE 14 - SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 20 OKTOBER 2009 PUKUL 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON SI CANTIK DAN SI BURUK RUPA PADA 8 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3 - Episode 13

***********************************************************************

Gambar-gambar pelakon sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa

Dibintangi oleh:

Adrew White
Dhini Aminarti
Steve Emanuel
Roy Marten
Lidya

***********************************************************************

Pembukaan Tema Si Cantik dan Si Buruk Rupa - Why Do You Love Me

Lagu Tema: Why Do You Love Me
Pencipta: Yok Koeswoyo
Penyanyi: Rio Febrian

Lirik lagu Pembukaan Tema "Si Cantik dan Si Buruk Rupa"

The time has come
That we must be apart
The memory is still in my mind
But you have gone and leave me alone

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

Why do you love me
So sweet and tenderly
I'll do everything to make you happy
oh...ohh....ohh...

ohh...ohhh...

But you have gone and you love me...

Why do you love me why do you love me...

***********************************************************************




Sinopsis sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 14 bersambung...

Encik Marten telefon Romy adakah dia sudah membunuh Arjuna. Encik Marten memberitahu Romy Tia tidur kerana terlalu letih. Encik Marten mahu Pak Lurah dan anak-anak buahnya singkirkan Warti dari kampung dengan secepat mungkin. Warti terus berdoa di rumahnya. Pak Lurah dan anak-anak buahnya tiba. Warti terdengar bunyi sesuatu. Pak Lurah menolak pintu Warti dan Warti terjatuh. Pak Lurah beri Warti satu jam untuknya mengemaskan barangnya dan pergi dari situ. Warti kata kubur Kendil masih merah dan dia tanya apakah salahnya sehingga dia dihalau. Pak Lurah ugut akan bakar rumah Warti sekiranya dia enggan pergi dari situ. Kemudiah Pak Lurah meninggalkan Warti di situ.

Orang-orang suruhan Romy meletakkan Arjuna dalam trak untuk di buang ke dalam sungai. Tia masuk ke dalam trak. Tia cuba bangunkan Arjuna tetapi dia masih belum sedarkan diri. Tia membuka ikatan Arjuna. Warti yang masih dalam kesedihan mengemaskan barangnya dia tidak harus hendak pergi ke mana. Romy dan dua orang suruhannya ingin buang Arjuna ke dalam sungai tetapi mereka terkejut melihat Arjuna sudah tiada di belakang trak lagi. Romy berasa amat marah dan ingin tahu di mana hilangnya Arjuna. Warti tidak rela meninggalkan tempat itu dan dia rela dibunuh saja. Tiada ertinya dia hidup tanpa Kendil di sisinya.

Arjuna sedar dan dia dibantu Tia untuk ke suatu tempat yang lebih selamat. Tangan Arjuna luka. Tia kata mereka harus segera meninggalkan tempat itu sebelum Romy dan orang-orang suruhannya tiba. Tia dan Arjuna ditemui dengan bantuan anjing hitam yang garang. Tia bantu Arjuna untuk pergi dari situ mengikut jalan sungai tetapi Arjuna tidak larat lagi. Arjuna menggigil kesejukan. Tia cuba pergi mendapatkan air untuk Arjuna. Pencarian Arjuna diteruskan dengan bantuan anjing-anjing hitam yang garang itu. Tia memberi air kepada Arjuna dan menemaninya di situ. Tia rasa aneh kerana seberapa bencinya terhadap Arjuna tetapi dia dapat rasakan dia sangat rapat dengan Arjuna. Encik Marten ke bilik tidur Tia tetapi isterinya minta Encik Marten biarkan Tia tidur saja tanpa mengetahui Tia sedang bersama Arjuna. Kisahnya bersambung...







Orang suruhan Romy: Kali ini kamu tak dapat lari.
Tia: Arjuna, tiada jalan lain. Kita mesti terjun.
(Tia dan Arjuna terpaksa terjun dalam sungai. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Kisahnya bersambung dalam Episode 15 esok pada waktu yang sama. Sekian kemas kini daripada shinystar untuk semua)

***********************************************************************

Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 14 Part 1


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 14 Part 2


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 14 Part 3


Sambungan kisah sinetron Si Cantik dan Si Buruk Rupa Episode 14 Part 4

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://sinemart.com, dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by