Wednesday, April 15, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 215 YANG BERSIARAN PADA 15 APRIL 2009, RABU DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM


JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENONTON SINETRON INTAN BERSAMA-SAMA DENGAN SHINYSTAR SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 11.00 MALAM DI ASTRO PRIMA


POSTER INTAN DAN RADO - CINTA MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUDAR
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya design dua poster "SINETRON INTAN" ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 10 April 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 215



KLIP VIDEO OPENING TEMA BARU INTAN


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan

* Naysila Mirdad sebagai Intan
* Dude Harlino sebagai Rado
* Glenn Alinskie sebagai Ello
* Ingka Noverita sebagai Lila
* Meriam Bellina sebagai Nadine
* Anwar Fuady sebagai Arman
* Mathias Muchus sebagai Ardi
* Ninok Wiryono sebagai Kasih
* Nani Widjaya sebagai Lastri
* Umar Lubis sebagai Dr. Frans
* Rico Tampatty sebagai Fajar
* Indah Indriana sebagai Rena
* Rama Michael sebagai Romi
* Manfreed sebagai Jemmy
* Nunu Datau sebagai Wina
* Salma Paramitha sebagai Bintang
* Alyssa Tardipa sebagai Tiara
* Kevin Julio sebagai Kevin
* Virgo Brody sebagai Mico
* Ricardo Senzienz sebagai Bobby
*Rio Reifan sebagai Dewa

Sambungan sinopsis Intan Episode 215 pada 15 April 2009:

Nadine melaporkan kepada suaminya, Arman bahawa Bintang rapat dengan Kasih. Nadine bercadang untuk pindah rumah lagi iaitu tinggal di rumah Kasih. Arman dan Nadine melawat Kasih dan Kasih tanya ke mana mereka hendak berpindah. Kasih terkejut apabila mendapat tahu bahawa mereka ingin tinggal di situ. Lila kata kenapa mereka ingin tinggal di sana. Menurut Kasih, dia tidak tahu bagaimana hendak menolak mereka jadi terpaksa bersetuju dengan mereka. Intan meminta maaf kepada mamanya dengan sikap Nadine. Kasih berkata dia telah berhutang budi dengan Nadine yang telah menjaga Intan selama ini. Dia minta Intan usah risaukan tentang hal itu kerana Dr. Frans dan Bunga juga tahu tentang hal itu dan begitu juga Lila dan mereka dapat menerimanya.

Nadine asyik bercerita kepada Bintang dan Lila rasa agak terganggu dengan hal ini. Lila tanya ke mana perginya buku-bukunya. Pembantu mereka memberitahu Nadine telah menyimpan semua bukunya di bilik stor. Kasih diberitahu oleh pembantu bahawa Nadine juga telah mengubah gantungan yang biasa di bilik Bunga dan Nadine juga telah membuang barang di rumah itu tanpa kebenaran. Lila semakin marah tentang hal ini. Intan dengar perbualan Lila dengan Kasih dan dia mendapat tahu Lila tidak suka dengan kehadiran Nadine. Intan dan Rado tidak tahu apa yang harus dilakukan. Nadine minta Lila buat senaman aerobik daripada tidur dan tidak berbuat apa-apa di rumah. Intan cuba menegur perbuatan Nadine di rumah Kasih tetapi menurut Nadine bukankah lebih baik sekiranya dia buat begitu agar rumah itu kelihatan lebih bersih.

Sewaktu makan, Nadine cuba menasihati Lila untuk makan sayur-sayuran agar kulitnya tidak nampak kusam tetapi jawapan Lila kepadanya adalah bukankah dia bukannya anak Nadine dan dia tidak suka makan sayur-sayuran. Lila juga berkata mereka tidak suka dengan sikap Nadine yang suka mengarah dan sebagainya. Nadine marah dan pindah keluar dari rumah Kasih. Nadine tanya kepada Intan sekali lagi samada dia mahu pindah ke rumahnya. Intan serba salah dan dia meminta maaf kepada Nadine. Nadine kata tidak apa sekiranya itu kemahuan Intan dan dia pindah kembali ke rumahnya sendiri bersama suaminya. Nadine marah dan kecewa apabila Intan pilih untuk tinggal bersama Kasih. Romi dan Rena gembira mendapat tahu Intan, Rado dan Bintang telah pulang ke Jakarta. Apabila Romi dan Rena ingin melawat mereka, Nadine melarang mereka daripada berbuat demikian kerana kata Nadine dia telah diusir dari rumah Kasih..


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 215 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 215 Part 2


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 215 Part 3


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 215 Part 4


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 215 Part 5

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by