Saturday, March 22, 2008

KONSERT AKADEMI FANTASIA 6 MINGGU PERTAMA MALAM INI DISIARKAN SECARA LANGSUNG DARI DEWAN SIVIK MPPJ, JAM 9 MALAM - 1ST CONCERT OF AKADEMI FANTASIA 6


Halo apa khabar semua, akhirnya konsert minggu pertama Akademi Fantasia 6 yang dinanti-nantikan sudah tiba. Debaran di hati terus terasa terutama sekali untuk 14 pelajar di Akademi Fantasia musim ini. Latihan terakhir diberikan oleh tenaga pelajar sebelum mereka membuat persembahan di depan Pengetua Ramli MS dan tenaga pelajar sendiri.

Ada di antara mereka tidak dapat membuat persembahan yang memuaskan ketika berdepan dengan Pengetua dan tenaga pelajar. Kenapa perkara ini berlaku? Apakah punca sebenarnya? Mampukah mereka membuat persembahan yang terbaik pada malam ini di MPPJ, Selangor yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam?

Dari apa yang telah dibaca, raptai penuh untuk konsert mingguan Akademi Fantasia 6 yang bertama telah berjalan dengan lancar. Dengar khabar terdapat kejutan bakal menanti penonton pada Konsert malam ini pada pukul 9 malam yang disiarkan secara langsung di Astro Ria Saluran 104.

Ramai di antara kita sudah tahu siapakah pengacara konsert mingguan Akademi Fantasia untuk musim ke 6 ini. Sudah pasti AC Mizal yang telah berkecimpung dalam bidang sebagai seorang pengacara terutama sekali rancangan "AC Di Sini" sudah bersedia untuk menemui penonton buat pertama kali pada konsert malam ini, yang telah dinanti-nantikan semua peminat rancangan Akademi Fantasia.

Kita semua akan dapat menonton siaran langsung konsert mingguan Akademi Fantasia musim ke 6 yang pertama pada 22hb. Mac 2008 melalui Astro Ria Saluran 104. Jangan lupa untuk terus afundi pelajar kegemaran kita ya!! Selamat menonton.

CARA-CARA untuk AFUNDI

Undian kita semua adalah menentukan siapakah yang bakal menjadi juara Akademi Fantasia musim ini. Terdapat tiga medium undian “AFUNDI” seperti musim-musim yang lain masih dikekalkan:

SMS: Menghantar SMS (Sistem Pesanan Ringkas)

Talian tetap: Mendail nombor 5-digit (13706) dari telefon talian tetap

Butang “R”: Menekan Butang “R” di saluran Astro Ria (memerlukan pemasangan dekoder Astro ke telefon talian tetap, “backchannel”)

Masa untuk afundi:

Mulai 12 tengah malam pada 17 Mac sehingga 11 malam pada 24 Mei 2008 (Konsert Akhir AF6)

Apakah kadar untuk Afundi?

Kadar premium yang dikenakan untuk setiap AFUNDI menerusi semua medium (SMS, Talian tetap dan Butang “R”) ialah RM0.50

Afundi Terkini Pelajar Akademi Fantasia 6 Setakat Ini:

1. FAISAL 14%
2. SAIDA 13%
3. STACY 11%
4. NAIM 10%
5. ALIF 9%
6. STANLY 9%
7. IKA 6%
8. YANA 5%
9. LUFYA 4%
10. RIZ 4%
11. NADIA 4%
12. NUBHAN 4%
13. RINA 4%
14. TOI 4%

Jangan lupa untuk terus klik iklan dari nuffnang di sebelah kiri blog ini. Terima kasih.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by