Monday, August 11, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-42 YANG DISIARKAN PADA 11 OGOS 2008 ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-42 YANG DISIARKAN PADA 11 OGOS 2008, KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan




Gambar Raya Kohandi sebagai Adel

Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta



Episod 42 sinetron Anakku Bukan Anakku

Taufan, Rafli dan teman-temannya yang lain tiba di hospital tetapi mereka mendapati Tatia telah hilang. Mereka cuba mencari Tatia di sekitar tempat di hospital tetapi Tatia masih juga belum dapat ditemui.

Pada waktu yang sama, Yosi(syaitan), Edo dan rakan-rakan jahatnya yang lain menculik Tatia dan membawanya keluar dengan menaiki van. Perbuatan penculikan Tatia di ketahui oleh Bayu dan Timo yang telah berjaya sampai di hospital tersebut juga turut ternampak kejadian tersebut.

Rafli dan Taufan terjumpa sebuah kerusi roda yang berada di kawasan luar hospital dan mengesyaki bahawa Tatia sudah dibawa keluar dari hospital. Mereka terus mencari Tatia dan akhirnya mereka berjaya juga nampak Tatia di dalam van yang sedang menuju keluar dari kawasan hospitan. Tatia terjerit-jerit nama Rafli meminta pertolongan.

Mereka terus berlari menuju van tersebut dan cuba dengan sedaya upaya untuk menyelamatkan Tatia. Rafli dan Tatia akhirnya berjaya masuk ke dalam van yang sedang bergerak dan pergelutan berlaku di situ. Edo dan rakan-rakannya menolak dan memaksa Rafli keluar dari van tersebut dan dia terjatuh di jalan raya.

Taufan juga turut dipaksa keluar oleh mereka dari van itu dan Taufan meminta maaf daripada Rafli kerana dia tidak berjaya menyelamatkan Tatia. Namun begitu, Rafli berkata semua yang telah terjadi adalah takdir.

Nico membawa Vivian untuk dirawat di hosptal apabila keadaan kesihatannya semakin tenat. Sewaktu di rawat doktor memberitahu Nico bahawa isterinya telah terlepas dari keadaan kritikal. Dari airmuka Nico, Adel dapat menjangka Vivian akan sembuh tidak lama lagi.

Adel berasa hampa dan cuba menghubungi ayahnya, Bayu tetapi tidak berjaya. Dengan perasaan gembira, Nico memberitahu Adel bahawa mamanya, Vivian beransur pulih. Adel pura-pura memegang tangan mamanya dan memberitahunya dia amat sayangkan mamanya.

Dalam perjalanan Edo dan rakan-rakanya berhenti kerana mereka menyangka terdapat seseorang yang telah terlantar di atas jalanraya dan telah tercedera. Apabila mereka mendekati orang itu, mereka terkejut apabila dia bangun dan mengacu pistol ke arah mereka. Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 43 pada hari esok jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.



Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by