Monday, August 11, 2008

KEPUTUSAN TERKINI KONSERT GANGSTARZ MUSIM KE-2 PADA 10 OGOS 2008 SECARA LANGSUNG DARI AUDITORIUM MBSA, SHAH ALAM DI TV3 DARI JAM 9.00 - 10.30 MALAM


Helo semua, seminggu berlalu lagi tanpa kita sedari dan kini adalah minggu yang sebelaskumpulan dalam Konsert GangStarz. Siapakah agaknya yang akan tersingkir di penghujung rancangan. Malam ini adalah malam penentu untuk enam kumpulan yang mana antara enam ini, salah satu daripada mereka akan memenangi wang sebanyak USD100,000.


Pengacara Faizal Tahir dan Fara Fauzana : Antara enam kumpulan ini, empat kumpulan akan memasuki konsert Finals GangStarz musim ke-2 pada 24 Ogos 2008 di Stadium Melawati Shah Alam.


Cuma tinggal dua minggu lagi sebelum konsert Finals akan di adakan. Terus undi kumpulan kegemaran anda di mana 50 peratus di tangan juri dan 50 peratus lagi di tangan pengundi. Pengundi sms yang terbanyak akan memenangi satu telefon bimbit 3G sumbangan hotlink.


Pencarian Vokal Terhebat Di Asia untuk Musim Ke-2 - Siapakah yang akan menjadi juara tahun ini?


Kumpulan manakah yang akan ke Finals?

Kumpulan pertama yang di panggil untuk pergi ke centre stage adalah: Paragon Child.
Kumpulan kedua yang dipanggil adalah One Nation Emcees.


Kumpulan One Nation Emcees merupakan kumpulan pertama yang akan meneruskan perjuangan mereka di Konsert Akhir(Finals).


Kumpulan ke-2 yang berjaya masuk Finals adalah Paragon Child. Paragon Child menitiskan airmata tanda kegembiraan.

Dua kumpulan, One nation Emcees dan Paragon Child adalah antara empat kumpulan yang telah melayakkan diri mereka ke Finals. Siapakah dua kumpulan lagi yang berjaya mara ke 24 Ogos 2008?


Kumpulan seterusnya yang di panggil oleh Faizal Tahir, pengacara konsert GangStarz musim ke-2 ini adalah: Kumpulan Akasia.


Kumpulan D'Reborn juga di panggil untuk ke centre stage. Kumpulan ke-2 yang akan terus ke Finals adalah kumpulan D'Reborn.


Kumpulan 3.5 dan D'Raz di minta ke hadapan untuk bersama dengan kumpulan Akasia. Antara 3 kumpulan ini, kumpulan manakah yang akan turut ke Finals?



Kumpulan D'Raz telah tersingkir pada minggu ini dan ini bermakna Kumpulan Akasia dan Kumpulan 3.5 akan pergi ke Finals bersama-sama dengan tiga kumpulan yang telah diumumkan sebentar tadi( Two more groups who are joining the other three whom the host has mentioned earlier on are Akasia and 3.5). Tahniah kepada lima kumpulan yang telah berjaya untuk membuat persembahan di Finals nanti pada 24 Ogos 2008.

Menurut Faizal, lima kumpulan yang akan melangkah ke Finals(Five groups will make it to the Finals).

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by