Thursday, July 31, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-37 YANG DISIARKAN PADA 31 JULAI 2008, KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-37 YANG DISIARKAN PADA 31 JULAI 2008, KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


Video klip lagu tema Anakku Bukan Anakku Alhamdulillah - Opick feat. Amanda
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada syafiq7400 Channel)

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta



Episod 37 sinetron Anakku Bukan Anakku yang disiarkan pada jam 2.30 petang, 31 Julai, 2008, Khamis:


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 37 bahagian 1-4


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 37 bahagian 2-4


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 37 bahagian 3-4


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 37 bahagian 4-4

Episod 37

Bersambung daripada kisah semalam di mana Rafli dan rakan-rakannya cuba memanggil nama Tatia dengan sekuat hati. Tetapi kelihatannya Taufan dan Tatia tidak mendengar panggilan tersebut dan terus keluar dari tempat kereta. Mereka terus memanggil lagi dan kali ini Tatia seperti nampak mereka melambai-lambaikan tangan mereka kepada mereka berdua. Oleh sebab Tatia tidak mahu menyebabkan kesesakan lalu lintas dia meminta Taufan teruskan perjalanan pulang sahaja.

Selepas itu Rafli dan rakan-rakannya cuba mendapatkan nombor kereta yang dipandu oleh Taufan dari pondok kupon tempat letak kereta supaya dengan cara ini boleh membantu mereka untuk mendapatkan alamat kediaman Tatia. Mereka gembiran berjaya mendapatkan nombor kereta tersebut dan bercadang untuk mendapatkan alamat dari situ pada hari keesokannya.

Fatimah meminta maaf kepada Vivian dan Nico kerana Bayu telah menghilangkan selera mereka sewaktu makan malam tadi. Nico meminta Fatimah supaya tidak menghiraukan Bayu dan Rona.

Sewaktu Fatimah lap meja makan, dia terdengar bunyi dari tingkat atas. Dengan perasaan ingin tahu dia perti melihat apa yang sedang berlaku. Fatimah ternampak Bayu dan Rona pergi mencari Adel di dalam kamarnya. Selepas itu Fatimah pula dengan beraninya masuk ke dalam kamar di mana Timo telah terkunci dari luar.

Timo ternampak Fatimah dan bertanyakan siapa dia. Fatimah menjelaskan kepada Timo bahawa dia adalah pembantu baru di situ. Dia tertarik dengan kekacakan Timo. Timo meminta pertolongan daripada Fatimah dengan mempergunakannya untuk keluar dari kamar.

Adel dan kedua ibubapanya mengesyaki ada seseorang di luar pintu kamar telah mengintip dan mendengar perbualan mereka. Adel terus pergi bertanya kepada Fatimah di mana Vivian berada tetapi dibertahunya kepada Adel bahawa Vivian masih berada di dalam kamar bersama Nico. Adel kemudiannya kembali ke kamarnya semula dan memanggil Rona dan Bayu keluar dari tempat bersembunyi. Mereka masih hairan dan mengatakan bahawa mereka pasti telah nampak bayang seseorang dari kamar Adel tadi.

Cuma seorang sahaja yang mereka syaki iaitu Timo tetapi menurut mereka tidak mungkin orang itu adalah Timo kerana mereka telah menguncinya dari luar kamar. Akhirnya mereka tidak mengesyaki Timo lagi kerana dia masih berada di kamar sewaktu mereka kembali di situ.

Adel menjelaskan kepada Vivian bahawa dia tidak mahu membancuh teh untuknya tetapi sebaliknya telah berbuat demikian untuk Rona kerana pada saat itu Rona sakit kepala. Sebelum kematian Tatia, selalunya Tatia yang membancuh minuman untuk Rona.

Fatimah ternampak Adel membubuh sesuatu dalam kopi Vivian yang dibancuhnya.(Apakah agaknya yang akan terjadi kepada Vivian setelah dia minum kopi tersebut?) Vivian gembira menerima kopi itu daripada Adel dan memeluknya. Dia terharu Adel masih sayangkannya dan dia telah salah anggap terhadap Adel yang selama ini dia fikirkan bahawa Adel telah dipengaruhi oleh Rona dan Bayu.

Luci terdengar perbualan Rafli memberitahu ayahnya bahawa Tatia masih hidup lagi. Luci mengambil keputusan untuk memberitahu Adel tentang hal ini. Tatia memberitahu Taufan bahawa dia ingin menjadi isterinya dan tidak kisah lagi tentang masa silamnya.

Sewaktu lampu merah trafik, Tatia ternampak seorang pengemis buta melintas jalan. Pada ketika itu dia memberitahu Taufan bahawa dia kenal pengemis tua tersebut. Tanpa berfikir panjang, Tatia terus keluar dari kereta Taufan menuju kepada pengemis tua tersebut.

Lampu trafik bertukar menjadi hijau dan dengan perasaan cemas Taufan cuba melarang Tatia(Nur) daripada keluar dari kereta tetapi dia terlambat. Sebuah kenderaan menuju ke arah Tatia(Nur). Apakah yang akan berlaku kepada Tatia? Adakah dia akan di langgar oleh kenderaan yang sedang menuju ke arahnya?

Jangan lupa untuk terus mengikuti kisah sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod ke-38 pada minggu hadapan hari Isnin, 4 Ogos 2008 pada jam 2.30 petang di TV3.



Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008.

1 comments :

Anonymous said...

thanks 4 posting..
suka bangat sinetron ni, kalau nak banding ngan citer bawang red & bawang white .. yg ni lg best, tak terlalu meleret.
teruskan mengepos ya..

Online Visitors

Thank you for dropping by