Thursday, July 10, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON "SALAH MENCINTA" EPISOD KE-3 PADA 10 JULAI 2008 DI ASTRO ARUNA SALURAN 121 PADA JAM 1.00 HINGGA 2.00 PETANG


Episod ke-3 Sinetron "Salah Mencinta" pada 10 Julai 2008 jam 1.00 - 2.00 petang

Dibintangi oleh pelakon:


Nama: Ibnu Jamil
Tarikh Lahir: 30 April 1982
Umur: 26 tahun

Icha Nurbani,
Ichi Nuraini,
Maya Caroline


Video klip lagu tema "Salah Mencinta" Hanya Ingin Kau Tahu - Republik

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada satcure645 Channel untuk video klip Hanya Ingin Kau Tahu - Republik)

Lirik lagu Hanya Ingin Kau Tahu - Republik

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo


Episod ke-3:

Sinta mencari hadiah gaun merah pemberian Fahri kepadanya di merata tempat dalam kamar tidurnya. Mama Sinta memberitahunya yang dia ternampak adiknya Santi memakai gaun tersebut keluar rumah tadi. Sinta menunggu Santi pulang dalam bili Santi dan apabila Sinta meminta kembali gaunnya daripada Santi, didapatinya gaun tersebut telah terkoyak akibat perbuatan Santi.

Aryo kurang senang hati apabila rakan seperniaggannya, Iwan memberitahunyabahawa anaknya Dodi akan bekerja dalam syarikat mereka. Perhubungan Dodi dan Fahri adalah sepupu dimana Iwan adalah adik kepada ayah Fahri. Fahri mengikut ibunya pergi melawat Dodi apabila mendapat tahu Dodi baru sahaja pulang dari seberang laut tetapi kedatangan mereka sia-sia sahaja dan mereka telah diusir oleh Iwan, ayah Dodi.

Sofi keluar rumah dengan alasan ingin berjumpa dengan doktor dan meminta suaminya, Ferdi menemani anak mereka, Fino untuk berenang. Ferdi terasa sesuatu yang tidak kena pada isterinya lalu menelefon doktor untuk mendapat kepastian samada Sofi benar-benar pergi berjumpa dengannya. Dia hampa apabila terbukti Sofi telah menipunya. Ferdi juga berasa sesuatu yang ganjil mengenai kelakuan isterinya sejak kebelakangan.

Fahri pergi ke rumah Sinta memabawa kek dan hadiah untuk Sinta lewat malam kerana dia mahu menjadi orang yang pertama menyambut Hari jadi Sinta sepertimana yang telah dijanjikannya kepada Sinta. Santi begitu gembira dengan kedatangan Fahri.

Ibu Tia sakit tenat dan Tia terpaksa membatalkan hasratnya untuk menghadiri majlis Hari Jadi Sinta. Dodi pula tiba-tiba melamar Sinta di majlis Hari Jadi Sinta dan Santi. Apakah yang akan berlaku selepas ini? Adakah Santi akan menerima lamaran Dodi yang tidak pernah dia ketahui sebelum ini?

Kisah sinetron Salah Mencinta berakhir di sini dan akan bersambung pada hari keesokannya pada waktu yang sama. Jangan lupa untuk terus mengikutinya untuk mengetahui apakah reaksi Dodi seandainya Sinta menolak lamarannya nanti?

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Semoga kisah sinetron baru ini akan lebih menceriakan hari anda.

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-25 YANG DISIARKAN PADA 10 JULAI 2008, KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-25 YANG DISIARKAN PADA 10 JULAI 2008, KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


GAMBAR PELAKON SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU


Video klip lagu tema Anakku Bukan Anakku Alhamdulillah - Opick feat. Amanda
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada syafiq7400 Channel)

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku]

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan

Dibintangi oleh:


Gambar Rafli dalam sinetron Anakku Bukan Anakku


Gambar Tatia dalam sinetron Anakku Bukan Anakku


Gambar Adel dalam sinetron Anakku Bukan Anakku

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi - Adel
Krisna Mukti - Nico
Raslina Rasidin - Vivian
Eeng Saptahadi - Bayu
Vicky Burki - Syaitan
Femmy Permatasari - Luci
Him Damsyik - Pengemis Buta
Ana Pinem - Rona
Boy Irshandi - Ian


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-25 bahagian pertama


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-25 bahagian ke-2


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-25 bahagian ke-3


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-25 bahagian ke-4


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-25 bahagian ke-5 (7.24 minit sebelum berakhirnya episod ke-25 sinetron Anakku Bukan Anakku)

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip sinetron Anakku Bukan Anakku Bukan Anakku episod ke-25)

Episod ke-25

Bersambung daripada episod semalam di mana Tatia diselamatkan oleh seorang pemuda bernama Taufan. Apabila ditnya nama nya Tatia, Tatia tidak dapat mengingati siapa dia sebenarnya. Selepas itu Tatia terus pengsan dan Taufan membawa dia pulang ke rumahnya.

Nenek Taufan risau dengan keadaan satu-satu cucunya yang masih belum pulang lagi. Lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca buruk sebegini. Selepas beberapa ketika, Taufan sampai di rumah tetapi neneknya merajuk. Tetapi setelah diberitahu oleh pembantu mereka bahawa Taufan membawa bersamanya seorang gadis, neneknya terus turun ke bawah untuk melihat siapa gadis tersebut. Setelah memeriksa dahi Tatia, nenek Taufan ternyata Tatia demam tinggi dan dia dibawa ke kamar tidur.

Penyelia dan Ian, ayah Rafli pergi ke gunung untuk menanyakan khabar berita di sana. Mereka diberitahu bahawa kemungkinan Tatia sudah meninggal dunia. Luci terloncat kegembiraan mendengar khabar buruk ini.

Polis memberitahu semua orang yang berada di gunung(puncak) bahawa pencarian Tatia sudah berakhir dan Tatia disahkan telah meninggal dunia. Vivian berrasa amat sedih mendengar khabar buruk ini tetapi menurutnya mereka terpaksa tabaha dan teruskan perjalanan pulang ke Jakarta. Rafl juga dinasihatkan pulang bersama mereka.

Di rumah Taufan, dokor yang merawat Tatia. Apabila Tatia sedar, dia begitu cemas dan panik. Tatia juga risau akan keadaan kirinya yang tidak ingat lagi asal usulnya dan siapa dirinya sebenar. Doktor memberitahu Taufan bahawa Tatia hilang ingatan disebabkan kejutan yang teruk dan tidak dapat pasti bila ingatannya akan pulih.

Rona dan Bayu pura-pura gembira ketika Nico dan Vivian sudah pulang dan bertanya dimanakah anak mereka, Tatia. Mereka juga berlakon didepan Nico dan Vivian bahawa mereka teringin sangat mendengar berita baik mengenai Tatia yang dia juga pulang bersama mereka. Dengan hati yang berat, Vivian memberitahu Bayu dan Rona bahawa mungin Tatia telah meninggal dunia.

Rona pengsan kerna tidak sanggup menerima kenyataan itu dan Bayu pula pura-pura ingin membalas dendam mengenai hal ini. Timo yang sedang bersembunyi terdengar semua perbualan dan segala lakonan mereka tanpa disedari sesiapapun.

Episod ke-26 berakhir apabila Tatia dengan tiba-tiba terjaga dari tidur. Dia seperti nampak orang yang ingin membunuhnya tetapi tidak dapat ingat wajah orang itu dengan jelas. Dia membisik seorang diri siapakah lelaki tersebut?

Jangan lupa untuk terus mengikuti sambungan kisah sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-26 pada minggu hadapan, 14 Julai 2008, Isnin di TV3 pada waktu yang sama.


"Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaaan hati dan Nurani".

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008.

Online Visitors

Thank you for dropping by