Friday, April 4, 2008

EMPAT PELAJAR - SAIDA, STANLY, RIZ DAN NUBHAN PERGI KE PAVILION UNTUK OPERASI BADI PENTAS AKADEMI FANTASIA 6 PADA 3 APRIL 2008, KHAMIS MULAI 6 PETANG



Seperti yang sedia maklum, Pengetua Ramli MS telah menghantar empat orang pelajar Akademi Fantasia 6 ke Pavilion Kuala Lumpur semalam untuk Operasi Badi Pentas AF 6. Adalah difahamkan ia telah berjalan lancar dengan sambutan peminat Akademi Fantasia yang begitu meriah sekali.



Pada awalnya memang satu kejutan daripada Pengetua Ramli Ms dilakukan kepada Saida, Riz, Stanly dan Nubhan. Mereka dikehendaki pergi ke Pavilion dan membuat persembahan di situ pada 3 April 2008, Khamis dari jam 6 petang adalah untuk mengatasi perasaan gementar dan gugup mereka sewaktu berada di pentas.



Sambutan peminat di Pavilion semalam mendapat sambutan yang begitu hangat dan kedengarantepukan gemuruh dan meriah daripada mereka. Dalam Operasi Pentas Badi Akademi Fantasia 6 yang bermula pada jam 6 petang dimulakan dengan Stanly membuat persembahan dengan lagu Izinku Pergi dan Sudah Tu Sudah - Imran Ajmain.



Selepas itu Riz pula membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Kasih Latifah - Spider dan Kasih Berubah - Ferhad. Apabila Nubhan keluar untuk membuat persembahannya, dia mendapat sorakan dan tepukan yang begitu gemuruh. Dia membuat persembahan dengan menyanyikan dua buah lagu juga iaitu Seribu Tahun - Imran Ajmain dan Bukan Diriku - Samsons.

Cuma seorang pelajar wanita iaitu Saida yang dipilih membuat persembahan di situ. Lagu yang dinyanyikannya adalah Kaulah Segalanya - Ruth Sahanaya dan Berdua Lebih Baik - Archa Sepriasa.

Mengikut kata Pengetua Ramli MS, sebenarnya operasi tersebut diadakan untuk menghilangkan perasaan takut apabila mereka berhadapan dengan penonton dalam konsert mingguan nanti. Jelasnya lagi, empat pelajar Akademi Fantasia musim keenam ini dipilih berdasarkan kemampuan mereka yang seakan tertinggal dua konsert ke belakang sekiranya dibanding dengan pelajar lain yang membuat persembahan.

Demikianlah serba sedikit mengenai kemaskini 4 pelajar Akademi Fantasia 6 yang telah pergi ke Pavilion Kuala Lumpur semalam, 3 April 2008 bermula jam 6 petang.

KONSERT MINGGU KETIGA AKADEMI FANTASIA 6 YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG DARI DEWAN SIVIK MBPJ PADA 5 APRIL 2008, JAM 9 MALAM DI ASTRO RIA SALURAN 104


Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia 6 akan disiarkan secara langsung pada 5 April 2008, jam 9 malam dari Dewan Sivik MBPJ, Selangor di Astro Ria Saluran 104 dan @15 Saluran 109. Tema konsert minggu ketiga ini adalah lagu "ROCK"


Pengacara Konsert Akademi Fantasia Musim Keenam adalah AC Mizal

Dua Pengkritik Tetap Konsert Akademi Fantasia 6

Pengkritik Tetap Konsert Akademi Fantasia 6: Ning Baizura


Pengkritik Tetap Akademi Fantasia 6: Fauziah Ahmad Daud atau dikenali sebagai Kak Ogy


12 Pelajar Yang Berjaya Melayakkan Diri Ke Minggu Ketiga Akademi Fantasia Musim Keenam

Siapakah pengkritik undangan konsert minggu ketiga Akademi Fantasia Musim Keenam?

Helo, kita bertemu kembali dalam kemaskini saya pagi ini. Cuma tinggal sehari lagi sebelum 12 pelajar Akademi Fantasia musim keenam ini akan membuat persembahan di tempat yang sama iaitu di Dewan Sivik MBPJ, Selangor. Konsert ini akan disiarkan secara langsung di Astro Ria Saluran 104 dan 109 di @15.

Saya mula mengikuti Akademi Fantasia 6 sejak musim pertama lagi. Pemenang untuk musim 1 hingga 5 adalah seperti berikut:

Musim pertama: Vince
Musim kedua: Zahid
Musim ketiga: Mawi
Musim keempat: Faizal
Musim kelima: Mila

Empat musim pertama Akademi Fantasia telah dimenangi oleh pelajar lelaki dan satu kelainan telah berlaku dimana pelajar wanita telah memenangi gelaran juara dalam Akademi Musim Kelima.

Bagaimana pula agaknya musim keenam ini. Siapakah pilihan penonton untuk juara musim ini? Kedudukan tangga afundi pelajar sentiasa bertukar tempat dari semasa ke semasa. Bagaimana pula agaknya kedudukan mereka dalam konsert minggu ketiga yang akan diadakan esok? Semua ini terletak dalam keputusan pengundi. Seandainya kita berhenti mengundi walau sekejap sahaja, kedudukan pelajar kegemaran kita akan tercugat.

Dalam diari minggu ini kita telah menyaksikan bagaimana 12 pelajar bertungkus lumus berlatih vokal mereka supaya mereka dapat menyampaikan lagu mereka dengan sebaiknya.

Bagaimana agaknya keadaan pelajar yang tidak sihat terutama sekali Lufya. Diharap dia akan sihat seperti biasa dan dapat membuat persembahannya nanti.

Berikut adalah senarai 12 pelajar yang akan membuat persembahan mereka dalam konsert minggu ketiga pada hari Sabtu ini, jam 9 malam nanti.

Lagu Rock Tema Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia 6

Lagu Persembahan Pelajar Wanita


Saida : Sepi Sekuntum Mawar Merah - Ella


Nadia : Total Eclipse of The Heart - Bonnie Tyler


Stacy : Pelesit Kota - Search


Lufya : Tika Dan Saat Ini - Medicine


Rina : Enter Sandman - Metallica

Lagu persembahan Pelajar Lelaki


Faisal : Sentuhan Kecundang - Ekamatra


Toi : C.I.N.T.A. - XPDC


Riz : Keunggulan Cinta - BPR


Stanly : Patahnya Sayap Malam - Massa


Naim : Opera Hidup - Wings


Alif : Kamelia - Sweet Charity


Nubhan : Summer of 69 - Bryan Adams

Siapakah agaknya pengkritik undangan untuk Konsert Minggu Ketiga ini? Sama-samalah kita saksikannya nanti. Sepertimana yang sedia maklum minggu ini adalah minggu "ROCK". Bagaimanakah kritikan yang akan diberikan oleh pengkritik dalam konsert minggu ini? Semuanya adalah tanda tanya semata-mata. Jawapannya terdapat dalam Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia Musim Keenam pada 5 April 2008, Jam 9 malam.

Berapa pelajar yang akan tersingkir pada minggu ini? Degupan jantung sudah mula dirasai walaupun konsert ketiga masih belum bermula. Cuma tinggal sehari sahaja lagi dan kita akan mengetahui siapakah pelajar yang akan meninggalkan Akademi Fantasia 6 kali ini. Adakah pelajar tersebut pelajar kegemaran anda?

Sekian sahaja buat kali ini. Sehingga kita bertemu lagi dalam kemaskini Sapphire Blu yang akan datang.

Online Visitors

Thank you for dropping by