Friday, April 4, 2008

EMPAT PELAJAR - SAIDA, STANLY, RIZ DAN NUBHAN PERGI KE PAVILION UNTUK OPERASI BADI PENTAS AKADEMI FANTASIA 6 PADA 3 APRIL 2008, KHAMIS MULAI 6 PETANG



Seperti yang sedia maklum, Pengetua Ramli MS telah menghantar empat orang pelajar Akademi Fantasia 6 ke Pavilion Kuala Lumpur semalam untuk Operasi Badi Pentas AF 6. Adalah difahamkan ia telah berjalan lancar dengan sambutan peminat Akademi Fantasia yang begitu meriah sekali.



Pada awalnya memang satu kejutan daripada Pengetua Ramli Ms dilakukan kepada Saida, Riz, Stanly dan Nubhan. Mereka dikehendaki pergi ke Pavilion dan membuat persembahan di situ pada 3 April 2008, Khamis dari jam 6 petang adalah untuk mengatasi perasaan gementar dan gugup mereka sewaktu berada di pentas.



Sambutan peminat di Pavilion semalam mendapat sambutan yang begitu hangat dan kedengarantepukan gemuruh dan meriah daripada mereka. Dalam Operasi Pentas Badi Akademi Fantasia 6 yang bermula pada jam 6 petang dimulakan dengan Stanly membuat persembahan dengan lagu Izinku Pergi dan Sudah Tu Sudah - Imran Ajmain.



Selepas itu Riz pula membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Kasih Latifah - Spider dan Kasih Berubah - Ferhad. Apabila Nubhan keluar untuk membuat persembahannya, dia mendapat sorakan dan tepukan yang begitu gemuruh. Dia membuat persembahan dengan menyanyikan dua buah lagu juga iaitu Seribu Tahun - Imran Ajmain dan Bukan Diriku - Samsons.

Cuma seorang pelajar wanita iaitu Saida yang dipilih membuat persembahan di situ. Lagu yang dinyanyikannya adalah Kaulah Segalanya - Ruth Sahanaya dan Berdua Lebih Baik - Archa Sepriasa.

Mengikut kata Pengetua Ramli MS, sebenarnya operasi tersebut diadakan untuk menghilangkan perasaan takut apabila mereka berhadapan dengan penonton dalam konsert mingguan nanti. Jelasnya lagi, empat pelajar Akademi Fantasia musim keenam ini dipilih berdasarkan kemampuan mereka yang seakan tertinggal dua konsert ke belakang sekiranya dibanding dengan pelajar lain yang membuat persembahan.

Demikianlah serba sedikit mengenai kemaskini 4 pelajar Akademi Fantasia 6 yang telah pergi ke Pavilion Kuala Lumpur semalam, 3 April 2008 bermula jam 6 petang.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by